Hi, assalamualaikum semua, nama aku Mike, umur 28 tahun, aku nak confess tentang kisah aku bercinta dengan seorang gadis yang ada affair dengan ex dia selama tiga tahun, dan relationship kami ni short distance. Bekas awek aku ni colleuage aku jugak and kitaorang tinggal pun tak jauh.
Kira hari-hari jumpa la, pergi ofis sama-sama, balik sama-sama, makan sama-sama. Semua benda kitaorang buat sama-sama and aku tak pernah bosan pun dengan dia. Aku lagi suka dia selalu dekat dengan aku. Nama awek aku ni Fii, dia muda setahun dari aku.
Kami belajar di universiti yang sama tapi waktu student dulu kitaorang tak kenal pun. Kami start bercinta tahun 2017 tapi sebelum tu aku dah dua kali kena reject dengan cara yang lagi sadis dari Fii buat dekat aku, just waktu tu aku ni masih muda and aku anggap apa yang terjadi tu biasa dalam cinta monyet zaman sekarang ni.
Tapi dengan Fii ni aku serius, dialah perempuan pertama yang aku bawak keluar dating dan jaga dia sehabis elok, support dia 100%. So, plot cerita dia ikut kronologi la dari tahun ke tahun starting dari 2017.
Masa tahun 2017 tu, aku masuk kerja tempat Fii kerja ni, walaupun aku senior dia tapi dia dulu kerja dekat situ awal dalam beberapa bulan. Mula-mula aku tengok dia, aku tertarik jugak la, Fii ni jenis yang on/off pakai tudung and dressing dia pun agak banyak yang ketat-ketat.
Tapi tu dekat kawasan tempat kerja kitaorang je, bila dia pergi tempat lain dia bertudung la. Fii ni jugak jenis yang social, and gedik sikit, dia ada ramai kawan, kawan lelaki pun dia ada ramai mostly dari zaman belajar dia dulu.
Then, dia selalu la pergi KL just untuk lepak dengan member-member dia, crash rumah diaorang lepak 2-3 hari then balik ke Johor tempat kerja kami ni. Masa tu Fii ada boyfriend, aku tahu, tapi masa tu relationship diaorang berantakan sikit pasal boyfriend dia ni tak appreciate dia.
Fii yang mula-mula approach aku, and aku tak de la nak amek kesempatan masuk line ke apa, cuma aku malas nak kacau hal relationship dia, biar dia settle sendiri. Aku selalu la teman Fii buat kerja, ajar dia macam-macam pasal kerja sebab technically aku lagi banyak experience dari dia.
Aku pun sebenarnya memang tak nak try pun dia sebab aku ada experience yang sadis, so aku buat shield supaya aku tak tersakiti lagi. Aku jadi lagi susah nak percaya dekat orang, dan aku akan betul betul siasat latar belakang orang tu. Fii tak pernah bagi tau pun dia ada boyfriend, kawan kerja kami yang lain pun tak tahu sangat yang dia ada boyfriend.
Selang beberapa bulan, Fii dengan aku dalam relationship dah tanpa sedar dan aku expect dia dah selesaikan masalah dengan ex dia tu. Fii dengan aku jadi rapat sangat, tapi selalunya tiap kali kitaorang nak pergi makan atau keluar pergi mana-mana, ex dia call, Fii terus reject and silent phone dia.
Aku pernah ternampak nama caller tu and kadang-kadang aku tanya la siapa yang call, dia jawab takde sape-sape. Even sebelum kitaorang dalam relationship pun dia macam tu jugak, kitaorang tengah makan, ex dia call, dia reject tak pun dia biarkan je.
Aku tak de masalah pun kalau dia jawab, aku tak suka kalau kau ada someone special tapi bila dia call ko tak jawab, dengan alasan tengah lepak dengan member. Just jawab je call tu and cakap la sekejap, at least cakap tengah busy berborak dengan member. Tak salah pun buat macam tu sebenarnya.
Selama tahun 2017 tu, aku dengan Fii bercinta macam biasa, cuma perangai dia masih sama, ada masa terluang, dia pergi lepak KL, bila dia lepak haa, memang susah la aku nak call. Balik tengah malam, jadi aku akan tunggu sampai dia update aku yang dia dah habis lepak baru la aku tidur.
Cara pemakaian dia masih sama, semuanya sama la. Fii ni jenis yang active dalam social media, dia akan update IG story kalau dia tengah lepak, twitter ni adalah tempat selamat untuk dia luahkan perasaan.
Aku ada account twitter untuk stalk dia tapi bila aku bagi tau dia marah and dia block aku terus. Haha, tapi aku setup lagi akaun twitter untuk stalk dia lagi, sampai hari ni dia tak tahu.
Masuk tahun 2018, career Fii berkembang, dia dihantar pergi banyak training, dia berurusan dengan ramai orang and dia masuk fellowship program di luar negara. Aku happy dia dapat semua peluang tu, aku pulak di bawah unit lain so, aku selalu kena pergi training buat benda lain.
Jadi, aku support la dia, teman dia pergi interview, jemput dia dari airport waktu dia balik dari oversea. Tahun 2018 jugak la aku propose Fii, she said yes, aku happy gila, and lagi semangat. Aku pun tunjuk effort, jumpa parents dia semua, aku pun bawak dia jumpa parents aku.
Memang happy la masa tu, aku kumpul duit untuk halalkan dia, target aku tahun 2019 aku nak hantar rombongan masuk meminang. Fii, masih dengan perangai lama dia, kadang-kadang tu dia terkantoi jugak ada contact ex dia tu. Dia tahu aku tak suka, aku just tegur je, aku tak pernah pun marah dia.
Fii still berkawan dengan member-member lama dia and aku jadi insecure, aku pernah cakap dekat dia macam mana kalau member dia ni pakat nak kenankan balik Fii pada ex dia?
Fii cakap jangan risau, member dia tak kan buat macam tu. Aku percaya la dekat Fii, aku harap apa yang dia cakap tu betul, dia pun cakap dia just keep in touch je ex dia tu.
Tapi ada satu masalah, Fii simpan aku ibarat aku ni mistress, dekat tempat kerja, yes kitaorang macam belangkas, tapi once dia dengan member dia, aku tak wujud, call tak angkat, dia tak pernah kenalkan aku dekat member- member dia. Even wedding member dia pun dia tak pernah bawak aku.
Kalau melepak tu IG Story penuh muka member-member dia la..kalau perempuan tak pe, ni ramai yang lelaki. Kalau program kerja pun sama, bergambar dengan lelaki. Sepanjang aku dalam relationship dengan Fii, muka aku tak pernah ada dalam social media Fii, tak pernah.
Even waktu aku celebrate birthday dia, bawak dia makan tempat feveret dia, yang pernah masuk story dia kadang-kadang tu tangan aku, haha. Paling sedih dia post story gambar makanan, siap tepis tangan aku ketepi, baru amek gambar.
Pernah jugak waktu kitaorang buat jamuan berbuka puasa dengan kawan kerja kami, aku dengan Fii makan dekat satu meja, aku duduk depan dia.
Dia buat video IG story, bila sampai part aku, dia angkat phone biar aku ni tak nampak. Depan aku dia buat macam tu, terasa gila. Waktu Fii dekat oversea untuk program fellowship tu, dia ada post gambar dekat FB, bos kitaorang ada comment “jangan lupa mike”.
Berapa minit lepas tu comment tu hilang. Aku tak tau la bos aku padam ke atau Fii yang hide comment tu. Walaupun aku terasa hati, tapi aku still sama, tak pernah bosan dengan dia.
Hujung tahun 2018 kalau tak silap best friend Fii kawin, Fii of course la pergi wedding tu, aku pulak masa tu kena buat fieldwork dalam seminggu kalau tak silap. Waktu aku balik dari fieldwork tu Fii dah ada dekat johor dah, dia cakap kereta dia member dia pinjam.
Aku macam biasa la tanya dia pasal wedding tu okay ke tak, aku tengok gambar wedding tu ex Fii ni ada sekali. Then aku tanya la pasal kereta dia okay ke tak, masa tu dia pakai wira lama bapak dia, kereta lama kalau jalan jauh ni kadang-kadang meragam.
Kalau kereta dia ada masalah apa- apa kebiasaanya aku akan check and aku hantar repair kalau perlu. Fii ni selalu drive sorang jauh- jauh so, aku selalu ajar dia pasal penjagaan kereta sikit- sikit. Aku tanya dia balik dari wedding tu pukul berapa, dia cakap lewat malam pukul 2, membebel la aku masa tu.
Then weekend tu, waktu aku dengan Fii cuti, aku dekat rumah aku tengah rilek2, Fii text dia bagi tau dia keluar pergi amek kereta dekat member dia. Aku terus pergi rumah Fii, rupanya dia dah gerak, ingatkan nak aku bawak dia ke apa. Dia cakap member dia amek and dia hantar member dia pergi stesen bas.
Aik, aku pelik la, baik aku dengan Fii pergi stesen bas tu terus amek kereta dari member dia. Fii ni jenis kalau menipu memang nampak sangat, aku pulak kalau dah tau orang menipu aku senyap je. So, sebab Fii dah gerak, aku pun pergi la buat laundry, kemas sangkar kucing kitaorang dekat rumah Fii tu.
Lepas beberapa jam tu Fii balik, kebetulan aku dekat rumah Fii and kereta aku parking dalam rumah Fii, kitaorang borak biasa- biasa la sampai la aku teringat yang aku kena amek baju aku dekat laundry, so aku pakai kereta Fii yang dah alang-alang parking dekat luar.
Time aku dekat laundrybar tu aku terjumpa satu envelope dalam kereta Fii, aku buka ada surat. Rupanya surat dari ex Fii tu, rupanya Fii bawak ex dia dari kl ke johor tengah-tengah malam, dah la masa dia buat tu aku dekat field memang tak de network connection langsung.
Bebas la dia, surat tu content dia macam farewell la maybe ex dia dah give up, aku pun tak baca habis sebab Fii call aku tanya aku dekat mana, haha..dia realize dia terlupa surat tu ada dalam kereta. So lepas amek baju aku balik la, pass kunci kereta dekat Fii then aku balik la rumah aku.
Time nak sampai rumah, aku nampak la Fii pergi amek surat tu then dia sorokkan dekat belakang badan dia. Aku senyap je pasal surat tu, aku tak nak ada conflict dengan Fii.
Masuk tahun 2019, tempat kerja kami ada conflict, ramai staf yang berhenti and suasana kerja pun suram je. Kami pun rasa tak best nak kerja sebab tak happening macam dulu. Fii kena handle satu projek education ni, workload dia banyak juga la, aku pulak selalu kena buat fieldwork.
Setiap kali aku fieldwork, kalau aku balik hari, aku akan bungkuskan makanan untuk Fii tak kira dia dah makan atau belum, aku just nak pancing dia dengan makanan je so dia tak de hadap laptop je memanjang. Tahun ni pun perangai Fii masih sama, masih keep in touch dengan ex dia.
Ada satu lagi perangai Fii yang aku tak bagi tahu, everytime Fii ada something interesting yang dia nak tunjuk dekat phone dia, dia akan cover notification bar guna jari dia, dia tak nak aku terbaca whatsapp notification dia, entah la, bagi aku kalau aku terbaca girls talk, probabbly aku akan blur tak tau apa or aku tak kisah langsung.
Pernah la waktu kitaorang dekat KL, Fii tengah drive sambil on waze phone dia yang melekat dekat mobile holder tu, dia jadi tak tentu arah, everytime notification masuk, dia cover phone dia. Last- last aku just cakap tak pe la, waze pakai phone I je.
Even tahun- tahun sebelum ni pun, kalau Fii chatting dalam phone and aku ada dengan dia, dia akan fully cover phone dia pakai tangan, maknanya aku memang tak boleh nak peeking langsung la. Fii tak berani bagi phone dia dekat aku, and benda yang paling aku takut nak pegang adalah phone Fii.
Sebaliknya, Fii bebas pegang phone aku, password aku pun dia tau, segala content phone aku dia tengok, kalau dia jeling je dekat aku, tau la ada benda pelik dalam phone tu..haha. tahun 2019 ni career kitaorang malap sikit, aku pun stress, Fii pun sibuk, ada satu hari tu, Fii tengah urus pasal inventori barang, dia kena angkat,
then susun barang-barang untuk program dia. Ada la beberapa budak lelaki yang tolong dia. Tapi, masa tu Fii pakai baju tshirt yang kalau tunduk sikit je dah boleh nampak. Hari tu, aku termarah Fii, bukan tinggi suara cuma sifat garang aku yang betul-betul tu keluar. Aku kalau normal pun dah garang.
Fii merajuk dengan aku 3 hari, aku rasa bersalah sebenarnya marah dia, tapi apakan daya waktu tu aku terlepas sikit. Aku call mak Fii, mintak maaf dekat mak dia and mintak tolong mak Fii pujuk Fii. Aku tengok tweet Fii waktu kitaorang bergaduh tu, aku tau dia sedih,
masa tu la first time kitaorang bergaduh teruk and aku tengok Fii menangis. Trauma aku, kadang-kadang aku sendiri takut yang aku ni ada sifat panas baran ke.
Beberapa bulan lepas tu, Fii cakap dia ada apply kerja lain, and dia kena panggil interview. At last dia dapat, and Fii resign bulan 9 2019. Fii uruskan perpindahan dia, sepatutnya bulan 8 tu target aku nak meminang Fii, tapi Fii mintak masa untuk fikir lagi.
Hati aku sebak, aku just tawakkal je la. Aku tolong Fii kemas barang- barang dia semua, and Fii terpaksa tinggalkan aku dengan 4 ekor kucing kesayangan kitaorang yang kitaorang foster dari kecik since 2017.
Bermula la long distance relationship kitaorang. Fii sewa satu rumah dengan member lama dia, member study dia jugak la. Rumah tu memang jadi markas lepak melepak bila hujung minggu. Fii pulak bila weekdays dia kerja busy gila, balik pun lewat.
Macam aku cakap, bila member dia ada, aku tak dapat call Fii, even masa dia tengah rilek-rilek tengok netflix dekat rumah tu aku susah nak contact Fii. Fii jadi macam superbusy and dia macam terlalu concentrated sampai dia terkantoi salah hantar text yang patutnya untuk ex dia, dia hantar dekat aku.
Aku cuma ketap bibir je la, aku tanya siapa, dia tak jawab. At last hujung tahun 2019 Fii mintak aku lepaskan dia, yang pertama tu aku mintak dia fikir masak-masak, aku minta dia dengar nasihat parents dia, rather than nasihat member-member dia tu. Andai dia berkorban sikit ubah perangai dia, aku rasa tak de la kau selalu insecure.
Bukan aku mintak dia post semua gambar dia dengan aku dalam semua social media dia, bukan aku mintak dia stop lepak dengan kawan-kawan dia. Aku sedar aku tak de hak pun nak suruh dia buat semua tu and dia pun tak wajib dengar cakap aku.
Cuma aku mintak dia berkorban untuk dia jaga hati dia sendiri dari terpengaruh dengan benda yang tak elok dan aku pun tak de la selalu makan hati. Sampai la kali kedua Fii mintak aku lepaskan dia, dia amek cuti then datang johor nak jumpa aku.
Aku masa tu tak de daya apa dah. Orang dah tak nak, Fii mengaku yang aku jaga dia elok, and dia sayang dekat aku just dia ada feelings lagi dekat ex dia.
Lepastu, aku total loss, tahun 2020 aku dah give up. Aku nak kena hadap tempat kerja aku, everywhere aku pergi orang sebut nama Fii, aku still kena hadap situasi yang sama, cuma Fii dah tak de. Aku kena jaga kucing aku 4 ekor tu dengan aku ni yang kadang terpaksa buat fieldwork berhari-hari.
Fii sedih terpaksa tinggalkan aku, tapi dia ada life baru, dia ada kawan keliling pinggang yang support dia. Aku takde langsung, tak de member yang tanya aku okay ke tak. Cuma mak dengan ayah aku je tahu, and mak aku paling risau sebab aku dah depression, aku kadang-kadang marah tiba-tiba, sedih tiba-tiba.
Aku tak boleh tidur malam, and sekarang dah hampir setahun aku berhadapan dengan imsonia. Aku just terkurung dalam bilik je, aku cuma bercakap bila aku nak order makanan je.
At last aku buat decision, aku pindah kerja tempat lain, and Fii pun dah selamat bernikah dengan mamat tu, dan senangnya dia, orang-orang keliling dia tak tahu kewujudan aku.
Tapi orang-orang yang kenal aku, tahu aku pernah bercinta dengan Fii. Aku terpaksa burn bridges, cut contact and senyapkan diri aku. Aku rasa macam loser.
Aku tak tahu apa salah aku, and untuk next part dalam hidup aku, apa yang Fii buat dekat aku buatkan aku ni jadi lagi fobia nak berumahtangga.
Yang lagi teruk, betapa malangnya siapa yang dapat seorang laki yang dah depressed macam aku ni, relakah dia nak berkorban hidup dengan aku bila aku sendiri kadang-kadang struggle untuk regulate emosi aku.
Daripada aku jadi sebab orang merana, aku pilih untuk tutup pintu hati aku. Walaupun aku perlu sokongan esspecially dari someone yang boleh selalu ada dengan aku, tak pe lah, aku hadap dugaan ni sorang-sorang semampu aku.
Ayah Fii berpoligami, and aku selalu dengar Fii cerita pasal masalah family dia, dengan mak dia yang dah tawar hati, tapi apa yang Fii buat, dia lupa sifat poligami tu ada dekat dia. Fii ada kekurangan dari segi perangai dia, and aku betul-betul yakin satu hari nanti dia berubah jadi aku tetap setia dengan dia.
Aku pun tak tau samaada Fii buat keputusan yang betul atau tidak, tapi tak pe lah asalkan dia bahagia. Satu hari nanti dia akan faham pentingnya berkorban untuk seseorang yang kita sayang. Kucing-kucing kami jadi peneman setia aku, tapi sedihnya seekor hilang dekat tempat baru aku kerja.
Tinggal 3 ekor, semua cantik-cantik, tapi aku rasa aku dah tak mampu nak jaga diaorang lagi, aku bersyukur aku jaga diaorang dari kecik and diaorang teman aku, tanpa judge aku and aku tahu life diaorang pun macam tak terurus lagi-lagi waktu aku busy, dah la kena adapt dekat kawasan baru.
Walaupun aku dapat kerja yang gaji lagi okay dan peluang yang bersusun depan aku untuk masa depan aku. Still, kerja ni masih sama macam kerja waktu aku dengan Fii dekat johor, aku still tak boleh lari dari Fii.aku pernah mintak Fii untuk just let go ex dia, jangan contact dia lagi, and aku pernah sound ex dia tu tapi dah terlambat.
Akhirnya, aku yang jadi ex, dan aku main peranan aku sebagai ex, hilangkan diri terus jangan cari-cari lagi tak kisah la atas alasan apa pun. Hampir setahun aku berpisah dengan Fii, and aku still kena berkorban untuk dia lagi.
Ye, kepada pembaca, aku tahu memang tak de jodoh, and Fii cuma awek, aku terima dengan hati aku, cuma physchological effect atas apa yang berlaku tu yang aku tengah hadapi sekarang. Sedikit sebanyak, aku paham betapa susahnya hidup orang yang go through divorce lagi-lagi yang dah ada anak.
Prinsip aku dari dulu, “stay together for the kids” dan prinsip aku sekarang “once a cheater, always a cheater”. Aku dah worn-out.
Sekian.
– Mike (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit