Betul Ke Tak Boleh Judge Orang Melalui Tahap Pendidikan

Assalamualaikum wbt. Baru baru ni viral tentang akademik gagal pun boleh jadi kaya raya.

Jadi entri kali ini aku nak kongsi tentang isu ni juga, yang mana akhir akhir ni memang banyak sangat naik pasal budak kurang ‘perform’ masa sekolah tapi jadi orang kaya.

Benda ni aku rasa dah banyak kali naik. Cuma dia bermusim. Habis viral satu isu, naik kisah lain yang point nya sama, nak kata budak pandai ni biasanya kerja makan gaji jadi tak kaya mana lah pun.

Makan gaji kan ‘limited income’, nak pergi jauh mana pun makan gaji ni mesti ada ‘limit’. Melainkan buka perniagaan, memang ‘unlimited income’.

Ok, so dekat sini nak share lebih kepada apa beza orang yang belajar sampai Universiti, tak kisah lah ada diploma ke, degree ke, Master atau PHD. Dengan budak PMR atau SPM sahaja.

Its more to character and sikap.

At first, aku nak cakap aku bukan nak merendahkan orang yang belajar sampai sekolah sahaja atau apa, just bear in mind. Take a lesson ok.

Aku kerja di sebuah syarikat swasta, disebabkan aku lama berkhidmat di sini hampir enam tahun, jadi bos beri kepercayaan pada aku untuk ‘handle’ sebahagian daripada hal HR and operasi.

Oh ya, syarikat aku bekerja kategori ‘small company’. Pekerja bawah daripada tiga puluh orang.

Total branch ada tiga je. Jadi tidak lah HR dan Admin tu dalam one special part department pun. Asal boleh jela bos aku ni pun nak urus operasi syarikat kecil dia ni bagi jalan.

Jadi faham lah ya kerja macam HR, memang terlibat bahagian interview orang, pekerja bakal masuk. Dan juga handle operasi syarikat sedikit sebanyak.

Jadi menguruskan staf ni juga sebahagian daripada kerja aku. Handle cuti. Handle masalah pun kadang kadang macam ya.

Banyak jenis perangai yang aku dah jumpa lah ya. Dari tahap pendidikan yang ada SPM, tahap pendidikan pondok, tahap pendidikan Degree.

Ok. Back to our topic.

Sini pernah ada beberapa pekerja yang memegang jawatan yang sama iaitu Customer Service (CS). Pernah yang ada Degree, dan yang tahap pendidikan SPM, duduk posisi tersebut.

Posisi lain di syarikat ini memerlukan kelulusan Ijazah. Jadi tak boleh nak compare.

Aku nak share, perbezaan perangai untuk latar belakang orang yang ada pelajaran amatlah berbeza. Baik dari sudut pandang dia terhadap sesuatu ataupun attitude.

Individu yang ada Degree, walaupun dia Customer Service, but she can do more than that, more than a task.

Kerja sampingan macam ordering PO, a bit about sales, key in stock, dia boleh tolong. At a side, she is very helpful person with a great teamwork skill.

Common sense is very good. Kalau nampak orang lain sibuk dan banyak task, dia boleh tolong. Ada dia sangat memudahkan orang lain.

Sangat bagus. Dia adalah graduan universiti tempatan.

Dan selepas beberapa bulan, she resigned. Maybe for a better choice for herself.

Yela, sekarang nak kerja apa yang kita belajar memang lah tak senang, jadi sementara menanggung diri sendiri dia kerja di sini sebagai Customer Service.

Ada lagi contoh yang lain, budak ada kelulusan universiti juga. Baru habis Degree, tengah tunggu panggilan kerja.

Sangat helpful. Sentiasa tanya ada apa apa yang boleh dibantu bila rasa tak tahu nak buat apa. Dan rasa tak senang duduk bila orang lain busy tapi dia macam dok saje. Nampak lah dia tak senang duduk tu.

Ada lagi contoh? Ada. Budak ni umur 18 tahun. Baru lepas SPM ambil jurusan Sains. Pun bagus.

Dia ni lebih kepada ‘pembantu pejabat’ di tempat kerja. Lebih kepada memastikan keadaan pejabat bersih dan tersusun, juga barang asas cukup, macam pen, kertas dan sebagainya.

Nampak jobscope macam tak jelas kan? But he was very hardworking. Rajin sangat. Tempat kerja kami bersih. Barang selalu lengkap. Dan dia sambung belajar bahagian kejuruteraan sekarang.

Ok now, aku nak masuk part attitude budak yang kurang bahagian akademik dan how about their attitude.

Selepas CS yang kerja sekejap tu resign, dia diganti oleh seorang staf yang berkelulusan SPM, lepas SPM terus kerja disebabkan kekangan kewangan.

Dan syarikat aku kerja adalah tempat keberapa entah dia kerja pada usia 22 tahun. Lompat lompat kerja. Dia belum berkahwin.

Hardly to say that, aku rasa sangat lah serabut dengan minah sorang ni. Tak membantu langsung.

Kerja dia, aku cek, aku tegur silap, tarik muka. Padahal kerja dia tu. Aku tegur baik ya. Dengan cukup berhemah dan lemah lembut.

Kadang kadang mood baik, aku settle down lah kerja dia sikit sikit, sebab malas hadap buat muka badmood dia.

Tapi sampai bila kan nak buat kerja orang. Kerja sendiri pun berlambak. Aku tak faham juga, dia ni nak marah sapa. Kerja kau kot.

Tahu dia punya marah bengang kalau orang tegur dia macam mana?

Dia punya tekan keyboard komputer tu macam nak tenggelam semua huruf. Dia punya campak fail, entah, macam boleh dengar lah hempas hempas fail tu satu pejabat. Campak pen campak barang.

Kalau orang lain buat salah sikit dan menyusahkan kerja dia, dia punya melenting kalah bos.

Ha, sapa lagi senior ni sekarang. Apa korang ingat senior je ada perangai hampeh macam ni? Junior macam ni lagi hampeh. Ops, aku tengah kutuk orang ke? Sorry.

Belum masuk part cuti. Dia kalau boleh, tak nak toleransi dengan orang lain yang ada masalah ni. Dia punya hal je nak kisah. Orang lain macam takda kehidupan.

Pemalas dia. Sampai buang sampah pun tak nak buat. Kalau orang lain busy, dia mampu tengok sahaja.

Aku cakap pasal attitude dia seorang ke? Meh aku share beberapa karakter lagi tentang tahap pendidikan ni.

Ada seorang lelaki umur 36 tahun, sebagai Sales. Disebabkan dia lelaki dan bos bagi peluang dia PIC bahagian Promosi, dia punya kerja sampai tak masuk office.

Dapat arahan suruh keluar dekat dekat je, buat hebahan promosi, ambil masa 30 minit je pun, dia bantai sampai pukul 3 petang dari pagi.

Kerja operasi pejabat, satu pun tak nak buat. Key in stock, angkat barang, memang tak buat. Tak reti. Taknak belajar. Mengular nombor satu.

Kelulusan? SPM.

Contoh lain? Ada lagi.

Budak part time lepas SPM, tapi kelas belakang. Disebabkan kesian dekat dia sebab anak yatim, bos aku terima kerja. Posisi sebagai ‘pembantu pejabat’.

Selepas budak engineer tu sambung belajar, dia ganti. Guess what. He did nothing at all. Duduk saja.

Bagi arahan, lambat sungguh nak siap kerja. Ya Allah hai. Tambah lagi, ada kes ‘kehilangan’ di pejabat selepas dia masuk.

Ya. Dia jua lepasan SPM tapi kelas belakang. Memang aku tanya dia kelas mana masa interview.

Sini aku nak tekankan, memang kita tak boleh ‘judge’ seseorang melalui kelulusan akademik. Tapi berdasarkan pengalaman, akademik memainkan peranan dalam menentukan kelakuan seseorang.

Basically aku rasa minda budak terpelajar ni lain sikit. Dia ada common sense yang lebih baik.

Tambah pula kalau pernah masuk U, they will involve with many programmes. And those help to polish their skills.

Mungkin la biasanya budak bijak ni NERD kan, sebab tu perangai elok?

Macam ni dik, perangai yang bagus ialah jangan sampai menyusahkan orang. Takpe tak pandai. Sebab kalau pandai pun tapi menyusahkan orang tak guna. Termasuk lah dalam kerjaya.

Dan sorry to say dalam bidang pekerjaan, kami terpaksa membuat penilaian Tahap Pendidikan disebabkan perkara ini.

Tahap Pendidikan memberi kesan kepada sikap. Itu yang kita pegang semasa interview orang dan ambil orang kerja. Sebab kerja harian kita pun jadi lebih senang sebab tak sakit hati.

Mesti ada yang cakap ‘sebab tu budak takda kelulusan akademik ni jadi bos sebab tak boleh kerja bawah orang’.

Eh eh. Dik, kalau nak dengar arahan orang atas pun payah, kau rasa boleh ke nak handle diri sendiri? How you do something is how you do everything.

For those yang tak berkesempatan nak sambung belajar ke peringkat lebih baik, please improve your attitude, please behave, please be more effective.

In this entry, please prove me wrong. Ok? Korang bagus. Cuma takda rezeki sambung belajar.

Minta maaf. Aku taip ni sebab dah lama pendam juga ni. Sekali lagi, aku cakap, aku tak judge.

Aku harap korang perbaiki diri. Sebab secara tasawufnya, memang kita akan menilai mengikut apa yang kita alami dan kita jumpa.

Prove me wrong,okay? Please install common sense tu siap siap walaupun tak belajar tinggi. Yang belajar tinggi, sila install juga common sense. Tak guna ilmu banyak common sense campak dekat laut.

Ok. Banyak lagi contoh. Tapi cukup lah tu. Banyak dah taip. Ni pun tak tahu lepas ke tak Confession ni. Semoga ambil pengajaran.

Bye.

– Akak J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *