Susah kan jadi perempuan?

Haha. Aku terbaca confession daripada insan pendosa yang tabah. Hmmm. Tulah. Aku sokong dengan statement kau cakap perempuan ni suka berpuak.

Aku nak cerita pengalaman aku la. Waktu sekolah dulu aku ada member 2 orang. Dua-dua ni KPOPERS. hahaha. So, disebabkan member kpoper aku pun buat2 minat kpop. Padahal aku tak minat pun. Cuma, bila dioramg cakap pasal kpop aku pun nak la tunjuk aku tahu juga kan? Nampak desperate kan? Tapi, its real. Padahal sirius aku tak dapat beza muka retis kpop ( yang boyband la). Sama ja. sebab plastik kan? Mana ada variation (jangan kecam saya?)

Lama2 aku dah malas nak ambil tahu pasal isu kpop ni. Jadi kurang la aku bercakap dengan diorang. Aku just dengar je laa kalau diorang nak cerita. Tapi, salah satu dari kawan aku ni memang fanatik gila. Aku terlepas la cakap kat kawan aku tu. "Dia bukan laki kau pun. Dia tak kenal kau pun. Takyah la nak over sangat" Tetiba dia nangis and marah2 aku. Sebab waktu tu kawan aku claim retis kpop tu hubby dia. Aku macam? Sori? Huhu. Tak sengaja. Sebab aku tak kesah kalau dia nak cakap retis kpop tu abang dia ke apa ke. Bila dia cakap hubby aku macam? Errrrrr? Geli la.

Hmmm. Ok la. Apa kaitan cerita ni dengan tajuk aku. Ok. Aku pun tak tahu. Kahkah. Tapi, semenjak tu aku dah tak berapa rapat dengan dia lagi. Sedih la. Aku ni kalau dah kawan memang sayang gila2. Tetiba dia tinggal kan aku sebab retis kpop tu. Sedih gila ??. Sumpah! Banyak kali dah nangis. Actually, sampai ke harini (selepas 5 tahun) aku masih harap dia akan contact aku like we use to. Kalau dulu dia dapat mimpi pelik2, pagi2 lagi dia dah kol aku cerita mimpi dia kat aku. Laani dah takde dah. Sedih ??. Nangis balik. Haaaa. Ni baru kawan ni, aku dah setia gila kalau husband tak tahu la camne (saya single?). Haha. Ok tak. Saya bergurau (tapi saya memang single). K. Stop.

Ohhh ya! Pasal member aku lagi sorang pula. Aku dah tak rapat juga sekarang ni. Padahal satu uni. Waktu aku mula2 tahu aku dapat satu uni ngan dia aku happy la. Konon2 dapat gather2 and dapat perbaiki hubungan lama. Tapi, the outcome sangat menyedihkan. Hmmm. Maybe aku la kot yang salah. Aku ni membosankan. Takde apa yang best borak dengan aku. Aku rasa orang boleh tertidur kalau bercakap dengan aku. Haha. Kbye.

Aku tak tahu la. Aku tak ramai kawan. Ada kawan jadi gini pula. Kalau aku kawen nanti aku tak tahu la ada orang nak datang kenduri aku ke tak. Aku ni macam lone ranger ja. Pathetic life. Hmmmm. The thing is, aku teringin gak nak try kawan ngan laki sebab macam best kan. Member laki gitu. Lagipun aku minat nak buat aktiviti lasak. Tapi, disebabkan orang ingat aku lembut (from my appearance) bila aku lasak sikit ada la akak2 kita ni buat muka terkejut. Macam aku buat crime besar. Kah! So, at the end aku tak berani nak buat aktiviti lasak + aku takde member yang nak diajak. Tapi,bila aku fikir balik kalau aku kawan dengan laki pun hati aku ni rabak gak. Kalau orang mencarut sikit da nangis (k. Takdelah sampai nangis, maybe membara dalam hati). P/s tak perlu la mencarut. Pastu, lagipun nanti kalau aku rapat ngan laki jugak. Nanti adalah bunyi2 sumbang. Yang mengata kan.

Hmmmmmm. Susahnya jadi perempuan. K la. Bye. Ciao dulu ??.

– Miss

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

22 Comments

    • Yes..sama dgn aku time blaja dlu..slrg dh berlaki..hadap muka laki aku je..kwn nk dtg, dtg la..tp aku lbh selesa dgn org yg selesa dgn aku je..xde mase nk please sume org..

  1. dari td dok k bye k bye…. berapa kali k bye baru kau nk byebye betul2? Hahahahax

    Fyi, boy group jarang bt plastic surgery. Girl group, YES! Sbb dlu aq kpopers gak cuma skrg dah tak sbb skrg sume group kpop bg aq dh tak da kualiti, xmcm dlu2 yg legend2.. Skrg sexy maxi sbb nk perhatian.. choyyyy!

    Skrg aq just minat running man jak. K Bye.

    Psal masalah kau tu, kau lah yg kena ada effort p cari kwn. Just be yourself tpi dlm masa sama jaga mulut, sindir je la kot paling kurang kalau dh menyampah sgt. Bukan apa, dh taw xde kwn pastu nk sakitkan hati org. Mmglah org tak suka. Don’t worry aq pernah lalui mcm kau lalui, kena pandai lah adapt sikit tpi dlm masa sama kau jd diri kau. K Bye.

    • Alamak da trikut k bye cnfesor da..hahhaha..btl tue..sy stuju ngn sis..klau kite nk brkwan buat cara nk brkwan..klau dia da fanatic sngt..layankn jlar..i mean..xprlu lar nk perli smpai trase hati kwn tue..berpada2..btw slamat brjumpe shabat sejati?

  2. Masalah utamanya bukannya ‘susah jadi pompuan’ tapi susah nk dapat kawan yg selera sama dgn kita. Alaa yg kpopers2 tu awak layan2 ayam ja ngan depa tu, nanti bila umur depa dah 40 tahun tu insyaf la tu…aku kalau tgk kpop pon mmg akan imagine plastik bag jaaa.

  3. alahai.. susah yer jd perempuan? aah.. mmg susah. haha..

    pasal kawan kau yg kpoppers tu, aku rasa aku paham perasaan diorang sbb almost semua kpoppers akan anggap idols as very dearest to them. smpai rasa mcm diorang tu hubby wpun diorang bukannya kenal kita. yes, we are crazy like that. so bila kau terlepas ckp tu, mybe diorang rasa like an insult or sgt terasa la kot. tambah lg muda lg time tu kan, so mmg akan ikut perasan smpai putus kawan bagai.

    aku cadangkan klu kau berkawan, cuba terima baik buruk diorang. klu diorang suka kpop ke main game ke, layankan je la, kau pegi la buat benda2 yg menyenangkan hati kau, tak payah terikut2 semata nk rasa fit in.

    aku pon bukannya ramai kawan. ramai dh buat hal masing2. nak taknak kena semua benda kena buat sendiri. smpai bila nk bergantung pd org lain. nk buat ape semua nk tggu org lain. mcm ni la, kalau kau rasa nk buat aktiviti lasak, pegi je buat x payah nk kesah org ckp ape. klu xde member nk diajak, pegi je buat sorang2. klu takut, take a baby steps. sikit2 dulu.

    ok sekian saja aku membebel. kbye. hahahahahaha

  4. Aq ni forever alone dik..relax je..xde kwn laki..kawan2 da kawen semuanya..bff..lg la da beranak pinak..relaxla..dun worry.. aq ni hidup je lg walau kawan2 semua da jauhh terbawa lukisan hatiku.. (ape aq merepk ni) kah..ape nak heran sgt..kalau kau susah..sape kau cari..mak ayah kn..so..kau kwn dgn dieorg..konfem hidup kau akan bahagia dan terus maju..k bye.. ☺☺

  5. kalau ko keje kt melaka mcm aku ko mesti hari2 nangis and sentap sbb bdk2 melaka pggil org n kawan2 bukan pakai name…diorg pggil pkai name binatang…contohnye anjing and babi…dan bnyk lagi la bnde ko x sggup dgr…hahaha

  6. i feel u sis, aku pun x minat kpop jgk (aku tak dpt nk phm mcm na kwn² aq bole hapai nma² bkn main ramai lg retis korea, nma dh la pnjg²) tp nsib baik aq x pnah dipulaukan kwn² aq bla aq ktuk retis² kpop depa tu hahaha

  7. Biasa la tu. Ak nie dari zaman skolah smpai kolej. Ada kwn yg biasa smpai rapat. Tp at the end hilang ghoibb cmtu je… haha Benda tu berulang cmtu jela. Asyik bertukar kwn je. Yg ada pon xbrape nak rapat. Boleh kira ngn jari. Kwn nie jgn terlalu rapat. Biasa2 je. Xdela kau sedih kecewa cmnie. Kalau kau nk kawan jgak meh kwn ngn ak meh. Hahaha. Manusia akan dtg dan pergi tanpa kita mintak. So relax and enjoy ur life

  8. kawan minat kpop layankan je.. xnak layan, buat xtau.. kawan2 sy pon ramai minat kpop.. dorang bercerita psl kpop sy dgr je, walau pon xtahu apa.. best kawan dgn org minat kpop nie sbb dorg bole ckp korea sikit2 sampai sy pon bole faham.. hahaha dlm berkawan trima je baik buruk kawan tu.. nak cari yg sama selera bkn sng.. jgn kita terikut2 sudah.. layankan selagi benda tu baik dan xsalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *