Assalamualaikum semua penggemar confession IIUM Confession. Kita kerap membaca confession wanita dikhianati. Inikali kita dengar confession seorang mama.
Disini mama nak meluahkan rasa tentang kekecewaan anak bujang mama yang dipanggil Edi berumur 20an.. Kesedihan Edi mama juga turut menanggungnya
Edi anak mama yang sulung dan berkerja di sektor swasta. Edi pernah 2kali dikecewakan dan semuanya ex dia yang minta putus setelah Edi meletakan seluruh perasaan dan harapan pada ex2 nya.
Tapi mama memujuknya dengan mengatakan belum ada jodoh yang baik untuk Edi. Disebabkan pernah 2kali putus Edi menghadapi panic attack dan depression yang kadang kala mengganggu kerjanya.
Ketika inilah mama banyak menenangkannya dan memberi kata semangat untuknya dan berdoa agar Allah cabut segala kesakitan, kepedihan dan kekecewaan dalam dirinya.
Begitu juga dengan sahabat2nya ada membantu untuk memulihkan semangat Edi. Alhamdulillah Edi dengan perlahan bangkit semula.
April…
PKP pertama yang berlaku pada bulan April telah menemukan Edi dengan Sarah mama telah menasihati Edi agar berkawan dahulu dan mengenali hati budi.
Mama bercakap secara langsung dengan Sarah bahawa Edi hanyalah bekerja biasa dan tiada masa untuk bermain2 dalam perhubungan dan kami pun dari keluarga biasa sahaja. Sarah seorang yang agak ada rupa, mudah mesra dan bekerjaya.
Sarah menerima apa yang mama bagitahu kerana dia pun biasa2 juga katanya. Sarah sungguh menunjukkan minatnya pada Edi dan melayan kami sekeluarga dengan baik.
Layanan Sarah telah membuatkan hidup Edi ceria kembali dan mama benar2 berharap mereka disatukan. Mama meluahkan hasrat mama untuk menyatukan mereka berdua.
Sarah menunjukkan persetujuan untuk bertunang pada tahun hadapan dan mula berkira menyimpan wang setiap bulan untuk majlis..
Edi selalu membuat kejutan untuk Sarah apa yang berkenan atau teringin dihati Sarah, Edi cuba mengadakannya dan Sarah juga seolah memberi harapan pada Edi dengan memasak dan perhatian untuknya.
Mama ada berpesan pada Edi tak payah berlebih2an dalam menunjukan rasa sayang dan belajar daripada pengalaman yang lepas. Tapi, itulah Edi seorang lembut hati dan ingin menunjukan betapa ikhlasnya pada Sarah. Nasihat mama bagai angin lalu.
Ogos,
Sarah mula menunjukan sikapnya yang berbeza dan mula bersikap dingin pada Edi apa yang dbuat Edi semuanya salah dimatanya. Sudah jarang menghubungi Edi dan bila Edi call katanya menganggu tapi adakalanya dia okey.
Mama nampak perubahan pada Sarah dan bertanyakan tapi tak menyalahkannya dan jawapannya kerana dia sibuk menguruskan tugasannya.
Bila mama nyatakan tentang cadangan pertunangan itu Sarah memberi berbagai alasan seolah tidak bersedia dan dari situ nampak perubahannya.
Mama sentiasa menyuruh Edi bersangka baik pada Sarah setiap kali Edi runsing dengan perubahan mendadak Sarah.
Tiada angin dan ribut Edi mengatakan Sarah ingin minta putus, rupanya sudah kerap kali Sarah minta putus dengan alasan Edi obsess dengan dirinya dan ingin bebas. Edi tidak mahu putuskan dan buat macam2 untuk mengambil hati Sarah agar hubungan itu terus bertahan.
Mama kata lepaskanlah… hubungan yang dipaksa tak akan berjaya dan agar Edi tidak terusan disakiti hatinya.
Dengan berat hati Edi melepaskan Sarah maka bermulalah kemurungan Edi kembali dan sentiasa terfikir2 apa silapnya kerana terus2an dikhianati dan dikecewakan.
Hampir setiap hari Edi akan meluahkan rasa hatinya pada mama ada masa berjam2 lamanya. Mama hanya dapat menasihati Edi belajar redha dan memaafkan. Ujian ini adalah kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Sarah pun tidak menghubungi mama untuk memberi penjelasan atau meminta maaf dengan apa yang berlaku.
Mama bersangka baik sahaja mungkin Sarah malu dengan perbuatannya dan kata2 yang pernah menyatakan bertuah dapat keluarga yang menerimanya seadanya dan dia juga yang mula memanggilku “mama” seolah bayangkan aku adalah bakal ibu mertuanya.
Oktober..
Jawapan mama terjawab,
Mula nampak status Sarah di socmed, dia sedang bahagia dan mempunyai pengganti Edi. Edi bila mengetahuinya mula persoalkan bagaimana Sarah boleh bahagia sedangkan dia dalam kesedihan.
Mama katakan Edi pun berhak bahagia dan luaskanlah pergaulan, tingkatkan prestasi kerja dan buat aktiviti yang disukai. Jika ada persoalan, mengadulah pada Allah sepuas2nya.
Mama sentiasa doakan kebahagiaan Edi, InsyaaAllah Edi akan jumpa seorang yang baik dan ikhlas menerimanya. Percayalah Allah itu maha baik dan akan memberi yang terbaik untuk hambanya. Seorang ibu juga akan turut terkesan bila anaknya disakiti.
– Mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit