Mak cik emy

Salam. Aku dari aikol. Aku nak share pasal ada sorang mak cik Daya Bersih. Semalam ada sorang mak cik ni dia baru je meninggal. Jatuh kat toilet aikol. Nama nya mak cik Emy. Seorang yang sangat baik dan peramah. Aku saja nak cerita pasal mak cik emy.
Tak pernah sekali pun aku tengok muka dia masam. Sentiasa murah dgn senyuman. Setiap kali jumpa student, mesti dia cakap "anak dah makan?" "ada kelas lagi ke anak? belajar rajin2" dan macam2 lagi. Tak pernah sekali pun time aku jumpa dia, dia murung. Sentiasa nasihatkan students aikol. Sentiasa positive. Aku rasa dia antara manusia paling ikhlas aku pernah jumpa. Pemergian dia sangat affect aku semalam. Bukan aku sorang ja tapi ramai lagi students aikol yang lain. Aku rasa semua mesti rasa sebak semalam. Aku siap menangis sebab aku sedih sgt kenangkan muka dia yang nampak ikhlas sgt tu.
Paling aku sedih bila aku teringat kan satu incident yang paling aku tak boleh lupa pasal acik ni. Masa tu dalam jam 230pm macam tu. Then aku ada tutorial. So memang kena pergi la. Aku pergi awal sikit sebabnya memang aku lagi suka datang awal and duduk kat luar tu. Kat luar class aku tunggu tu ada kerusi la utk tunggu class sebelumnya tu. Sebab class tu ada orang, so aku duduk la. Aku dgn kawan aku. Then aku pun tanya2 kawan aku soalan sebelum tutorial tu start. Sekali acik ni dtg. Dari surau. Dia duduk situ. Dia pun tegur kitaorang. Lepas tu berbual kejap. Dia cakap dia sakit perut. Minyak dia dah habis. Aku memang sedih la kalau orang tua cakap sakit, dah lah dah berumur. Kena kerja kuat, pakai tenaga. Lepastu aku pun berbual lg. Sekali tiba2 ada abang catering dari level atas. Bawa trolley mcm isi makanan lah. Pastu acik ni tanya "adik. ada lagi ke air kosong ke? nasi? kalau ada akak nak minta." Pastu time tu aku dah sebak aku rasa dia mesti belum makan lagi. Minta nasi kosong, takkan lah dia nak makan nasi tu ja? Sedangkan aku ni dpt duit mak abah bagi tapi lauk tu pun kadang2 tak habis. Aku tau nasi kosong ja takda mananya rasa apa2. Then abang tu cakap " takda lah kak. yang ada air sirap je. sirap ais" then acik ni cakap "oh kalau sejuk akak tak boleh lah. akak sakit perut. takpa lah. terima kasih dik" Pastu lepas dengar aku ngan kawan aku bisik. Kawan aku cakap jom kasi acik ni rm5. Share. Aku cerita ni bukan nak berlagak ke riak ke. Just nak share apa acik ni cakap and react. Lepas tu aku fikir, kalau rm5 tu apa sangat lah dia dapat makan? Aku ni rm5 tu selalu makan tengahari ja aku dapat. Tu pun kadang2 lebih aku spend utk lunch. Then aku cakap takpa lah, kita kasi rm10. Mana tahu acik tu boleh gunakan sikit sumbangan kitaorg ni utk buat perut dia lagi berisi. Pastu aku suruh kawan aku bagi. Sebab aku memang takleh nanti time tu gak aku menangis. Pastu dia cakap "ala anak. acik bukannya nak minta duit. acik cuma yelah, acik tak boleh makan pedas2. perut acik sakit. acik ubatnya dah habis." Time dia pegang duit tu muka dia bersyukur sangat and air mata dia bergenang. Lepas tu dia sambung lagi "acik pun taknak minta kat pelajar. acik tahu pelajar pun kadang2 tak ada duit. takkan lah acik nak ambil." pastu aku seperti biasa dah nangis. Tapi aku tak tengok muka dia. Aku suruh kawan aku yang balas apa dia cakap. Kawan aku cakap "takpa cik. Kitaorg faham. Kitaorg pun ikhlas nak tolong acik. Taknak acik sakit.." pastu dia cakap "terima kasih banyak ye anak. acik bukan apa, kadang2 teringat anak acik. tu yang acik kena tahan. semua ni acik buat untuk anak acik.." maksud kat situ, dia nak spend dia kena kawal sebab anak dia still belajar. Aku time tu terbanyang mak ayah aku, fikirkan apa acik tu cakap, aku sedih sangat. Then dia nak salam. Dia salam kawan aku dulu. Pastu dah habis tu dia salam aku. Aku taktau kenapa aku sedih sangat sampai aku nangis teresak2. Then aku peluk dia. Pastu dia cakap "anak kenapa nangis. Teringat mak ayah ke. Takpa nak. Belajar rajin2. Acik terima kasih sgt ada orang tolong harini. Terima kasih bnyk anak. Belajar elok2. Nanti dpt kerja senang. Acik sayang semua ni anak2 acik.." Time tu aku peluk dia sebab aku sedih sgt. Tengok dia, aku rasa mcm kenapa lah aku ni tak bersyukur jadi orang. Rm10 tu selalu aku rasa mcm apa lah sgt. Tapi bagi acik ni dah bersyukur sgt dia dapat. Aku cakap kat dia "takpa cik. cik doakan je saya nak periksa nanti. mudah mudahan dapat keputusan bagus. cik makan eh nanti. nanti sakit siapa nak tegur saya lagi." Lepas tu acik cakap "in sha Allah nak. Acik doakan anak berdua panjang umur murah rezeki. Jadi anak yang baik. Dapat kerja bagus2. Terima kasih banyak ye nak.." Lepastu aku cakap kat dia in sha Allah terima kasih cik. Lepas tu dia pergi. Aku tak tahu lah. Aku sedih. Sehari tu aku fikirkan dia. Di banding kerja dia buat everyday, dengan badan yang kecil and dah tua tu… Entah lah. Sebak aku. Ni lah pengalaman yang paling aku ingat sekali dengan acik ni.
Antara banyak2 hari aku dah duduk kat uia ni, berita ni yang paling buat aku sedih. Sehari aku terfikir acik tu. Semua orang sedih and terkejut. Sebab acik tu baik sangat. Betul lah orang cakap, kau tak perlu ada pengaruh yang besar utk buat baik. Tengok acik ni, dengan apa dia buat kat kitaorg, bila dia tak ada semua orang cerita baik pasal dia. Buat aku terfikir, bila aku tak ada nanti, dengan sikap aku sekarang, adakah orang sekeliling akan cakap baik pasal aku, macam mana orang cakap baik pasal acik ni… Semoga acik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan disayangi Allah. Aku harap aku dapat jadi orang yang ikhlas dan disayangi mcm acik ni. Aku harap ramai lagi manusia baik seperti acik ni wujud dalam dunia ni. In sha Allah.
Tolong sedekahkan alfatihah utk acik ni. Sesiapa nak bagi sumbangan utk family acik ni boleh la ambil mana2 initiative (under Lawsoc) di bawah:

1. Donations can be made to Bro. Fizo(Pres. of LAWSOC) or to his bank account:
13053020278168 (BIMB)
(Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad).

2. Donations can be passed to any Welfare Secretariat's Committee members 15/16

3. Envelopes will be placed on the front desk of the STUDENTS' ACTIVITY CENTRE starting tomorrow (18/5/2016). Any student who wishes to donate may place the money inside the envelope and slide it under the LAWSOC OFFICE's door.

For further inquiries, please contact Sr. Izzati, 017-9845556. Donations will run until next Friday ( 27/5/2016).

Semoga Allah permudahkan urusan family acik ni dan kita semua. Amiin.

– hamidah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

22 Comments

  1. Aku dulu masa kat universiti aku pernah tanya kat makcik cleaner kat u aku gaji dia berapa… Gaji diaorang sebulan rm 400…yup 400 ..kau rasa apa diorang nak makan gaji macam tu… Aku sebagai pelajar masa tu pon rasa terhina dengar gaji macam tu

  2. Alahai sedihnye bace kdg2 kite kene merasa jd susah baru kita sedar dan bersyukur dgn apa yg kita ada skrg.. berkawan dgn org susah membuatkn kita selalu insaf dan bersyukur.. kalau x kite asyik merungut je sbb tgok org yg lebih berada dpd kita :(
    smoga ruh makcik cleaner tu ditempatkn bersama2 org yg soleh aminn

  3. Acik ni ade anak lelaki Lokman dan anak perempuan..dua2 masih sekolah…acik ni mmg baik.. smoga makcik Emy aman disana…. dia suka lagu industan…rajin solat dhuha mengaji dan sukarelawan di masjid….Allah lebih menyayanginye.. dia kerja untuk anak2nya dan niat dia tuk pergi ke Mekah… Alfatihah..

  4. Sedihnya baca…teringat makcik cleaner kat kolej tmpt sy mengajar dulu..makcik ni agak berumur badan die kecik tp gagah bekerja lagi…makcik tu akn masuk kerja dlm pukul 1pm setiap hari..1hari tu lepas sy habis mengajar sy terserempak dengan makcik tu tengah menangis tepi toilet.saya tanya kenapa pastu dia cakap pengarah kami nak berhentikan dia sebab buat kerja lambat sampaikan dia sanggup merayu kat pengarah tu(pengarah sy tu india) dan dia diberi peluang kedua.makcik tu cerita dia terpaksa buat 2kerja 1hari untuk sara anak dia dan diantaranya ada kurang upaya..pagi dia akn pergi ke kondo berhampiran dan akan berkerja sebagai cleaner disana dan selepas itu terus ke kolej pula.kadang2 dia xsempat makan apa2 pun dan terpaksa simpan duit untuk anak2.setiap hari dia akan menaiki 2bas ke tempat kerja dan bergerak sebelum subuh lagi dan pulang pun waktu malam..
    Dan betul sy pnh tanya berapa gaji dia dan dia jawab gaji penuh rm400 tp xpernah dapat full atas mcm2 alasan.lepas campur semua gaji dia pun masih xsampai seribu..semenjak hari tu setiap kali ada makanan sy akn bagi makcik tu utk bawak balik sebab sy pengajar bahagian hospitality so banyak makanan after amali kelas and kadang2 ada jugak bagi dia duit tambang sikit..makcik tu slalu nangis dan akn peluk sy setiap hari sebelum balik waktu sy salam dia.
    Sampaila hari terakhir sy ngaja kat kolej tu dan dah bertukar ke kolej lain tanpa bgtaw mkck tu sbb takut sedih..sy dpt tahu dari kwn sy kat situ masa mkck tu dpt berita yg sy dah berhenti dia menangis2 sedih sgt..xtawla apa kaba makcik tu sekarang…

  5. Kalau kat Cfs uia pj ni aku ada kenal seorg cleaner indon ni, katanya masuk msia secara xsah jd xde permit semua lah..masalahnya selalu ada polis dtg tggu dia n kwn2 yg xde permit ni minta duit, beratus2 plak tu..

  6. Lpasni xde sape dh nk sapa kita pg2…nk bg nasihat mcm2…kdg2 small things mcm ni yg buat ak happy..bila tringat air muka dia..n fikir dia dh xde.rasa sedih sgttt. :'(

  7. 2minggu lepas time aku ada test, masa tu ak datang awal, dia mai kat kami sia pesan, nak dah call ibu? Call lah ibu minta dia doa. Doa ibu mustajab nak. Minggu lepas aku jumpa dia lagi. Tapi masa tu dia sakit kaki, sambil buat kerja sambik jalan henjut2,tapi still senyum kat aku. Tahu2 ni dah dapat berita dia dah takde. Sob3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *