Hai assalamualaikum. Nama aku Bukan Normal berumur awal 20-an. Beragama Islam dan sekarang belajar di salah sebuah IPT di Malaysia, mengambil jurusan yang insya Allah, cerah masa depan. Aamiin.
Habis intro, aku straight to the point, aku mempunyai kecelaruan s3xuality. Aku tak tahu la samada masalah ni termasuk dengan masalah psikologi atau tidak,
Yang penting aku bukan dan tak nak termasuk dalam golongan LGBT walaupun s3xuality yang aku akan sebut ni termasuk dalam spectrum LGBT.
Aku sebut yang aku celaru sebab aku tak tahu aku di golongan yang mana, sama ada As3xual atau Demis3xual atau pun hanyalah Straight (tapi aku yang overthinking). Apa yang pasti, aku tahu aku seorang Aromantic.
As3xual : Kurangnya daya tarikan s3ksual kepada orang lain, atau minat atau keinginan yang rendah atau tidak ada untuk melakukan aktiviti s3ksual
Demis3xual : Orientasi s3ksual di mana seseorang hanya mengalami tarikan s3ksual kepada orang yang mereka mempunyai hubungan emosional yang rapat.
Dengan kata lain, orang yang demis3ksual hanya mengalami tarikan s3ksual setelah ikatan emosi terbentuk
Aromantic: Tidak mempunyai minat atau keinginan untuk hubungan romantis. (Sumber : Google)
First, sebelum aku bagi sebab kenapa aku rasa aku tak normal, aku nak pembaca buka minda sikit nak terima apa yang aku nak sebut ni.
Terutama yang 10-20 tahun lagi tua dari aku, baya-baya mak ayah aku sebab benda-benda ni rare, bukan macam gay lesbian yang kita selalu dengar.
Bismillah, okay, aku kata aku as3xual sebab aku betul-betul takde keinginan macam yang orang pompuan lain rasa. Nak tengok laki hensem, six pack yada-yada semua tu. Dalam islam, kita memang tak patut layan perasan tu sebab nafsu, dosa.
Tapi aku tak, aku tak tengok bukan sebab takut dosa tapi takde keinginan langsung. Tengok je, pastu mehhh. Rasa macam tengok dinding. Rasa biasa.
Pembaca jangan keliru, aku masih lagi ada perasaan tertarik pada wajah yang cantik dan tampan. Tapi perasan tu bukan nafsu, ianya kagum atau pun ‘mesmerized’.
Contoh, macam tengok batu berlian. “Wow, wujud jugak batu macam ni yea” macam tu.
Perasaan ni jadi teruk sampai aku rasa aku tak nak kahwin, kalau aku kahwin pun mungkin aku tak kan/ tak nak buat s3x… tapi itu mustahil, berdosa lah aku sebagai isteri.
Kedua, aku kata aku demis3xual sebab aku rasa perasan as3xuality aku ni boleh berubah bila aku dah jumpa Mr. right aku, iaitu bakal suami aku.
Sekarang, aku mungkin yakin aku as3xual sebab aku tak tahu pada masa depan, apa yang akan terjadi. Sama ada aku akan membujang ataupun bertemu dengan soulmate di mana waktu tu aku akan berubah dan terbuka hati untuk terima dia.
Ketiga, kenapa aku rasa aku adalah straight? Sebab mungkin perasaan as3xuality dan demis3xuality ini adalah mainan minda aku sahaja walaupun banyak bukti yang menunjukkan aku bukan normal/straight.
Salah satu sebab adalah kalau aku bernafsu sekali pun, aku tahu aku akan kembali kepada fitrah iaitu kepada jantina berlawanan, bukan sejenis atau trans sebab aku yakin aku bukan lesbian.
Jadi, di sini lah titik garis yang membingungkan aku, aku sebenarnya di golongan yang mana satu?
Dibalik kesemua ‘kebingungan’ di atas, hanya satu sahaja yang aku pasti, aku adalah seorang Aromantic (bukan sejenis sexuality tetapi perasaan). Kenapa? Sebab aku tak suka perkara-perkara yang melibatkan romantik.
Aku geli, aku allergic, aku benci. Aku tahu untuk mencintai dan dicintai, tapi bukan secara romantic, lebih cenderung kepada kekeluargaan dan persahabatan. Aku kalau boleh, tak nak bercinta langsung sampai mati.
Tak nak tengok cerita-cerita genre romantik, tak nak terlibat dengan perkara yang melibatkan perkara romantik macam couple, crush, scandal, third wheeler dan sebagainya.
Seperti yang aku dah kata, sampaikan aku takde keinginan nak kahwin.
Aku rasa part tak nak kahwin ni mesti akan ramai kecam aku. Nak kahwin macam mana makcik pakcik, kalau dah takde perasaan tu, sian laki tu nanti.
Aku pun pernah bagitau mak ayah aku, aku tak nak kahwin. Respon diaorang? Diorang marah aku macam aku baru balik tengah malam lepas keluar dengan jantan.
Walaupun banyak orang kata kerjaya di depan aku adalah meyakinkan tapi itu bukan sebab utama aku tak nak kahwin, macam frasa ‘I don’t need a man in my life’.
Kalau boleh aku nak anak sendiri sebab suka budak-budak, tapi tak nak kahwin, tak nak buat s3x tapi nak mengandung, beranak dan besarkan anak (ye, aku tau aku pelik/ tak normal).
Terfikir jugak nak ambik anak angkat tapi kesian pulak dia tak merasa ada ayah. Ke aku patut buat pusat kebajikan anak yatim?
Dengan ilmu yang aku sedang belajar ni, rasanya boleh la kot jaga kesihatan diorang dengan sebaiknya. Tapi aku ada ke masa untuk itu? :(
Okay, aku rasa itu je kot untuk confession kali ni. Aku rasa confession aku ni mungkin akan mendapat banyak persoalan daripada pembaca semua (mungkin la, mungkin) sebab perkara ni rare terutama di Malaysia.
Jadi, kalau aku tak sibuk, insya Allah aku akan buat part 2 (kalau banyak sambutan dan persoalan la).
Okay, terima kasih kerana membaca. Doakan yang terbaik untuk aku. Aamiin.
– Bukan Normal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit