Asslamualaikum untuk warga iiumc sekalian, cerita yang akan ku ceritakan ini sarat dengan pengajaran. Sebelum ku mulakan penulisanku yang tidak seberapa ini dan diriku ingin memohon maaf jika kisah ini panjang dan penyusunan ayat yang berterabur.
Lupa… sebelum ku mulakan penulisan izinkan diri ini untuk memberi sedikit sebanyak tentang watak2 yang akan diceritakan.
Diri ini adalah anak ke 5 dari 8 beradik yang mana 1 simpan (meninggal). Anak pertama adalah abang yang ke 2 sehingga ke 7 adalah perempuan. Ibuku suri rumah, ayahku seorang peniaga dan kami uji ayahku lumpuh hampir 20 tahun.
Hasil simpanan ayah ku (ayahku seorang yang sangat cermat) kami dibesarkan, dan lupa aku (aku adalah ganti nama untuk diriku ini) seorang pelajar jururawat sebuah kolej swasta di ibu kota.
Sebelum itu pilihan untuk belajar jururawat adalah tidak terlintas dlam fikiran aku kerana aku dibekalkan pendidikan agama yang cukup,
Aku berlatar belakang sekolah agama dan kebanyakan saudara mara ku adalah orang agama seperti ustaz dan ustazah. Percaturan Allah cantik sangat. Mungkin aku akan membela dan menjaga keluarga ku suatu hari nanti, aamiin.
Kisahnya aku ingin berkongsi sepanjang aku bergelar seorang pelajar jururawat, sebelum itu aku memohon maaf seandainya coretan ni ada mengguris mana2 pihak.
Ambillah pengajaran ini sebagai teladan untuk kita membaja dengan kebaikan dan hujani dengan pahala kerana hasilnya insha Allah syurga. Aamiin.
Dah lama perasaan ini ingin berkongsi memandangkan aku tiada masa kerana belajar dan praktikal adalah rutin harian ku sekarang adalah pkpb, so kami dibenarkan balik ke kampung halaman memandangkan kelas online ku belum bermula.
Kadang2 tiada masa untuk diri sendiri walaupun masih belajar semoga ia adalah satu laluanku untuk berjaya.
Kisah yang aku ingin cerita adalah berkaitan dengan hospital. Aku adalah pelajar tahun ketiga yang mana sangat2 mencabar dan lagi mencabar dengn negera kita dilanda covid, dan seperti kita sedia maklum ramai masyarakat yang terjejas termasuklah diri ku ini,
Beban 2x ganda kepadaku, sekali lagi aku diuji apabila ayahku dimasudkan ke wad untuk kerana bacaan darah kotor sqngat tinggi dan ayah ku semestinya mempunyai penyakit end stage renal failure yang menunggu untuk membuat tapak pada lengan (fistula).
Bermula lah kisahnya apabila ayahku disuruh masuk ke wad (kami memasuki sebuah hospital kerajaan yang berhampiran rumahku).
Pada keesokkannya kakakku dan ayah ku membawa barang dan persiapan untuk admitted ward tapi malangnya beberapa minit selepas tu disuruh balik bayangkanlah ayah ku orang kelainan upaya yang mana separuh badannya lumpuh.
Keesokkannya ayahku diminta untuk ditahan ke wad atas arahan doktor, ayah ku ditempatkan dikatil tambahan dan kami bersyukur walaupun keadaan tidak selesa memandangkan katil ketika itu penuh, semasa kemasukkan ayahku, segala data peribadi kami diambil.
Seorang jururawat dari sebuah hospital kerajaan menanyakan bilangan adik beradik kami dan siapakah diantara kami yang bekerja kerajaan, ayahku menjawab tiada dan kakak2 dan abangku bekerja disektor swasta (alhamdulilah mereka masih bekerja sedangkan ramai yang dibuang kerja masa covid19).
Tiba2 turn kakak ku untuk menyatakan pekerjaan sebagai seorang guru agama (dikuala lumpur dipanggil guru agama di semenanjung tak silapku guru KAFA),
Apa yang mengejutkan kakakku adalah kata-kata yang keluar dari mulut seorang jururawat yang mengatakan seperti tidak ada nilai pun menjadi guru agama kerana gaji yang sedikit dan menyusahkannya kerana kami tiada GL,
Dan kami juga dipaksa untuk ke swasta, perkataan untuk kami ke swasta seperti zikir harian mereka sedangakn kami nak ke swasta memakan masa 1 jam 30 minit sehingga 2 jam,
Dan adik aku masih sekolah, kakakku bekerja dan yang lain bekerja di ibu kota manakala aku pun masih belajar mungkin senang bagi nya tapi tidak bagi kami,
Dan kami telah memperjelaskan kesusahan kami untuk ulang alik 4 jam pergi dan balik ke hospital swasta yang terletak di bandar negeri ***. Mungkin baginya guru disekolah rendah atau menengah baru disanjung dan dijunjung dan senang bagi jururawat tersebut untuk pilih kasih??
Tak diakui kami dianaktirikan dan mereka disana bersikap dingin dan tiada adab dan percakapan yang sopan. Menjadi persoalanku dimanakah adab kita sebagai seorang islam?
Dan aku diajar oleh ibu ku supaya menjaga percakapan dan sepanjang umurku 22 tahun tidak pernahku mendengar ibuku mencarut atau bercakap kasar kepada kami,
Sungguh aku sedih dengan tindakan tersebut kerana sepanjang aku praktikal sebagai jururawat tiada perasaan penat atau marah kepada pesakit yang aku merawat kerana bagi aku, aku sedang merawat ibubapaku, adik beradikku, saudaramaraku dan sahabat2ku,
Sedih setiap kali aku solat memikirkan kenapa kah keluarga ku dilayani sebegitu? Mungkin pembaca pelik macam mana aku tahu, kerana kakak ku menceritakan kepadaku supaya aku tidak bersikap seperti jururawat tersebut suatu hari nanti,
Dan aku mengatakan tidak akan aku layan pesakitku sebegitu dan aku juga pernah dipuji oleh pesakitku dan beliau ingin menghantar surat kepada kolej pengajianku sebagai ucapan terima kasih dan penghargaanku tetapi aku menolak dengan cara baik bagi mengelakkan rakanku yang lain berasa iri hati dan sebaliknya
(Aku diberi penghargaan begini kerana pesakit ada menekan callbell untuk memanggil staffnurse atau student, memandangkan pass report yang baru kami catatkan pesakit tersebut mempunyai masalah kanser dan baru menjalani pembedahan cancer ovary tak silapku dan kiv tb (masih dalam penyiasatan),
Aku melihat tiada yang bergerak dan aku terus memakai mask dan berniat dijauhkan segala penyakit dan aku berniat kerana allah taala aku membantu pesakit tersebut mengurus diri hampir 2 jam lebih)
Alhamdulilah aku tiada masalah berdepan dengan pesakit yang bermasalah, cerewet dan sebagainya kerana aku percaya apa yang kita bagi kita akan dapat seperti layanan baik kita buat hasilnya tiada masalah.
Kisah keduaku adalah semasa aku dan rakan2 ku praktikal di sebuah hospital kerajaan di negeri P, semasa kami praktikal disana terdapat juga beberapa pelajar di bawah KkM,
Kami diperanak tirikan lagi, semua kami buat adalah silah didepan mata pihak sanaa, dan pelajar dibawah KkM dibela dan dilindungi,
Mereka juga sering mengatakan macam2 kepada kami, atas arahan pengajar klinikal kami, kmi disuruh bersabar kerna kami perlu sedar kami hanya menumpang disebuah hospital tersebut dan dibawah hospital kerajaaan. Hati ini tertanya2 adakah hina bekerja di swasta atau kerajaan?
Adalah hina seorang pelajar dari koleh swasta berbanding pelajar bawah ipt? Kenapakah tajukku sepatutnya tidak ditulis swasta vs kerajaan? Atau sebaliknya kerana bagi aku adalah KITA ADALAH SAMA! Dari tanah dicipta dari tanah dikebumikan.
Buat jururawat di Malaysia aku tahu kamu penat, aku tahu kamu sedih aku tahu kamu tak mampu tapi tolonglah bangkit membela islam,
Biarlah islam disanjung tinggi dengan menjaga tutur katamu, dengan akhlakmu, dengan peribadi dan peribadimu kerana KITA menjadi contohan kepada masyarakat, kerana kita dianggap tempt mereka meringankan bebanan mereka.
Buat jururawat aku tahu kita dibesarkan dilain pengajian antara kerajaan dan swasta tapi tolonglah negara kita sudah maju cukup lah membezakan itu sepatutnya kita menganding bahu menolong dan membantu pesakit dengan perawatan yang kita belajar,
Cukuplah membezakan aku penat atau aku dah buat kerja kerana skop kita adalah ladang pahala untuk dibekalkan diakhirat kerana kerja kita mulia jangan jadikan sia-sia keran mulut, hati dan akhlak kita kerana Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain”. Buat jururawat dan frontliners doaku akan mengiringi setiap langkahmu untuk berkorban untuk negara dan masyarakat.
Buat jururawat yang pernah bersikap negetif kepada pesakit seandainya anda membaca coretan saya yang hina ini berubah dan bina lah satu matlamat untuk berubah ke arah kebaikan keran ingat dengan kata2 kita mungkin waris atau pesakit mendoakan hal yang tidak baik kepada kita,
Adakah kita sanggup setiap hari didoakan tidak elok oleh orang yang pernah kita aniayai! Renungkannnnn.
Semoga keberadaanku disisi ayahku untuk HD (hemodialisis) dilayan baik oleh staffnurse disana, doakan semoga kami kuat dan stff nurse tersebut berubah hati untuk bercakap dengan elok.
Walaupun ceritaku ini biasa-biasanya semoga ia menjadi pedoman untuk kita semua, maaf banyak yang aku terpaksa skip dan ringkaskan.
Ikutkan pengalaman ku sebagai pelajar medikal adalah banyak tapi aku dah tidak mampu menaip kerana jari-jari ku minta untuk berhenti memandangkan jam sekarang hampir jam 2.30am.
Semoga perkongsian ku memberi pengajaran kepada semua, haa sebelum lupa alhamdulilah tadi aku jaga ayah aku sekejp kat HD Alhmdulilah aku dilayan ok lah sikit berbanding layanan kepada kakakku,
Itu pun sebab aku terkeluar bahasa medical time bercakap dengan staffnurse tu (ayahku first time HD so aku banyak tanya lah sikitkan)mungkin staff tersebut berhati2 dan bercakap sedikit okey, haaa lupa ada lagi yang aku nk ceritakan melalui tolong amanah dalam bekerja tapi masa sangat mencemburui.
Kalau ada masa aku menulis lagi ye, kalau korang sudi baca lah. Aku tutup coretatan ku dengan assalamualaikum.
– Impian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit