Tidak Suka Diatur III

Untuk part I, (https://iiumc.com/tidak-suka-diatur/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tidak-suka-diatur-2/).

Korang boleh baca past confessions aku Tidak Suka Diatur dan Tidak Suka Diatur II untuk tau details pasal confession kali ni.

Aku terpanggil untuk sambung confession kali ni sebab aku baca Agama Sama, Tapi Ketegasan Beragama Berbeza (https://iiumc.com/agama-sama-tapi-ketegasan-beragama-berbeza/) dan Nikmat Memahami Agama (https://iiumc.com/nikmat-memahami-agama/).

Aku faham apa yang kedua-dua confessors cuba sampaikan. Sebab aku pun berada dalam situasi yang sama dan lebih teruk dari itu. Keluarga mertua bukan setakat tinggalkan sembahyang dan puasa, tapi diorang beribadah dengan cara yang ‘lain’.

Confessions yang lepas-lepas aku dah perincikan mengenai ajaran mereka kan? Aku pun dah move on dan aku pun tak balik lama dah ke rumah mertua sejak tragedi bapak mertua aku bentang sejadah depan muka aku and cakap,

“Kalau aku tak bentang sejadah depan muka kau nanti kau kata aku tak sembahyang pulak kan?”.

Ok, that’s it. Peristiwa tu memang membuatkan aku terus buat keputusan dan bagi kata dua kepada suami aku untuk pilih sama ada aku and we try slowly untuk fix cara ibadah ni perlahan-lahan atau lepaskan aku dan dia bebas untuk mengamalkan ajaran yang dia dah belajar dari usia remaja lagi ni.

Kalau ada yang tanya lagi masa zaman bercinta (kenal-mengenal) takkan tak nampak yang pelik? memang lah tak nampak apa2 yang pelik sebab kalau g tgk wayang pun, cukup waktu je aku ke surau perempuan and BF (now husband) pergi ke surau lelaki.

Aku triggered bila aku baca komen, “Ini dinamakan pemikiran holier than thou… sibuk nak judge orang.” dan baru-baru ni aku came across dialog Drama Nur yang org share kat FB “You think Allah is only for you?”.

Dah bertahun aku tak balik rumah mertua and tak communicate dengan sesiapa pun dari keluarga mertua. Tapi suami aku macam biasalah dengan keluarga dia. Still bertanya khabar dan berWA seperti biasa.

Sekali sekala dia akan balik sorang untuk tengok parents dia. Aku pun takkan tanya how are they doing semua tu sebab aku macam malas. Tapi semua ni datang semula dalam hidup aku lepas aku dah selamat melahirkan seorang anak.

Setelah lebih lima tahun dan hampir sedekad kami mendirikan rumahtangga baru kami dikurniakan anak. Alhamdulillah.

Ujian semasa takde anak pun hebat jugak dan yang paling aku ingat sampai sekarang masa bapak mertua aku cakap depan orang ramai “Dalam keturunan aku takde sape yang takde anak.”

Tapi aku boleh handle cakap2 orang pasal anak ni. Sebab tu semua kan kuasa Allah. Bila tiba masanya, adalah anak tu nanti. Toksah risau2 sangat. Tapi yang merisaukan aku sekarang bila dah ada anak ialah family-in-law aku nak datang untuk tengok anak aku.

Senang je cakap nak datang dan expect aku akan terima keadaan macam takde pape pernah berlaku ke? Aku pun kerap terfikir macam mana satu hari nanti aku perlu luahkan semua pada anak aku mengenai perkara ni.

Anak tu satu hal. Suami aku ada makcik (kakak kepada mak mertua aku), aku namakan dia Mak Eton lah senang.

Mak Eton ni jenis pengganti opah, jenis yang macam kuat bebel segala tu and mulut sangat bising tapi hati dia baik. Sejak aku tak balik jumpa mertua aku, aku pun tak pergi jumpa Mak Eton ni.

Ye, aku tau Mak Eton tak bersalah. Tapi, Mak Eton ni tak tau pasal ajaran keluarga mertua aku ni. Kalau aku pergi jumpa Mak Eton ni, mesti dia akan bertanya dan membebel kat aku sampai boleh cair tahi telinga kenapa keadaan boleh jadi sampai macam ni.

Aku ni pulak jenis kalau dah marah dan tak tahan sangat sabar, aku akan luahkan segala-galanya sebab kalau tak, nanti mesti Mak Eton akan kata akulah sebenarnya yang bermasalah.

Jadi untuk avoid keadaan letup-meletup ni, aku pun cut communication dengan Mak Eton termasuklah aku tak approve friend request dia kat FB.

Sedangkan dua confessions yang aku baca tu risau sangat bila keluarga mertua tak menitikberatkan Ibadah dalam berkeluarga apetah lagi dalam keadaan aku ni. Ya, aku pun bersetuju sangat2 kenapalah aku tak buat background checking sebelum aku kahwin dulu. Entahlah.

Suami aku kata Tok Guru diorang tu pun dah kembali menghadap Sang Pencipta. Tapi aku cakap kat dia, perkara tu tak mengubah apa-apa pun, sebab kalau masih meneruskan ajaran tu, macam sama jelah.

Tu lah aku triggered bila aku baca koman “holier than thou….”. Tuhan sedang menguji aku jugak sebenarnya. Aku rasa tertipu sangat2 bila aku dah selamat kahwin semua tu, dan aku macam ‘dipaksa’ untuk menerima ajaran ni.

Aku tak boleh terima bila mak mertua aku kata, “Takpe, isteri kalau benarkan suami amalkan ajaran ni pun akan ke syurga jugak.” Syurga tu mahal harganya wahai ibu mertuaku. Aku berulang-ulang cakap kat suami aku, hidup dekat dunia ni sekejap sangat. Dekat akhirat tu adalah yang abadi.

Kalau kita tersilap langkah di dunia, habislah kita dekat akhirat nanti. Keluarga aku pun biasa aje, takdelah ustaz ustazah segala tu. Tapi datuk, nenek, mak, ayah, adik beradik semua akan cuba sedaya upaya solat 5 waktu, puasa ramadhan, zakat semua tu lah.

Yang basic dalam hidup. Mak aku selalu pesan, kita ni kalau tak kaya takpe, tapi jalan hidup kena ‘lurus’. Sebab tu setiap kali solat kita baca Al-Fatihah tu ada ayat IHDINAS SIRATAL MUSTAQIM yang mana kita minta doa dekat Allah GUIDE US TO THE “STRAIGHT” PATH.

Aku banyak sangat perlu belajar ilmu agama lagi, jadi untuk feed my soul, aku selalu dengar ceramah mengenai akhir zaman dan kehidupan di syurga.

Benda-benda macam ni buat aku jadi sangat takut untuk aku, anak aku dan suami aku. Terus terang aku kata kalau ikutkan hati aku yang lemah dan rapuh, aku taknak lagi dah perkahwinan ni.

Ikutkan akal aku yang cetek dan terbatas, aku memang nakkan perceraian bukan sebab suami aku tak bertanggungjawab. Bukan. He is an incredible husband and father.

Dia pun dah banyak sangat berubah, dah solat 5 waktu macam biasa, dah puasa seperti biasa dan dia sendiri mengaku dia rasa sangat tenang bila dah kembali Ibadah seperti biasa.

Cuma aku taknak berhadapan dengan keluarga mertua. Tu je. Aku tak nak rasa ‘sakit’ tu semula. Aku tak boleh tipu diri aku untuk berlakon macam tak pernah ada apa-apa yang berlaku.

Tak boleh. Silap2 kalau mak mertua aku dtg tengok anak aku nanti, aku akan spill kan semua yang aku rasa depan dia. Entahlah. Complicated kan? apetah lagi untuk orang yang terlalu overthinking macam aku. Dapat luahkan kat sini aku rasa tenang skit.

Kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti kenal siapa aku. Tak tertanggung rasanya bila dapat tau perkara ni masa awal-awal dulu sampai aku tak boleh kerja dan tidur. Kehidupan aku penuh dengan airmata. Nasib baik keluarga dan suami aku ada.

Alhamdulillah. Awal-awal dulu suami aku pun aku marah jugak tapi lama-lama aku faham keadaan dia.

Bapak mertua aku is a gone case. Kira dia memang jenis tak pakai cakap orang lain dan kalau orang lain tak boleh terima apa yang dia cakap, dia akan mengamuk tak tentu pasal. So, memang kesian kat suami aku.

Sampai bila agaknye keadaan akan jadi macam nie? hidup berkeluarga ni bukan sehari dua. Sampai bila-bila, Entahlah. Atau aku yang terlalu berkeras? Atau aku yang fikir ‘holier than thou…’?

Doakan aku supaya kuat memegang akidah kepada Allah dan Rasul-Nya semasa akhir zaman yang sangat mencabar ni. And kepada single ladies kat luar sana tu, bila dah bertemu dengan potensi jodoh tolonglah buat background checking.

– Menantu Hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *