PERJALANAN MASTER BERLIKU

Hiiii…. rasa terpanggil nak confess kat sini since stress yang melampau-lampau.

ni tahun ketiga aku buat master. orang yang baru masuk ada yang dah grad pon, aku masih di depan PC and finding ways to complete this.

patut lah dulu orang tanya dah ready ke nak buat master? aku macam tak paham. ready? nak ready apa? masuk jela kelas, belajar benda baru, go woth the flow. kelas master pun, bagi aku tak susah cam degree (except part nak belajar pasal research writing and banyak la sikit kerja-kerja every sem) sebab bila master kita dah go to satu specialize takde la macam degree kita belajar semua dalam satu kos yang besar.

so masa tu kalau ada kawan-kawan yang takut nak continue master, aku macam tak faham. sambung jelaa tambah lagi masa tu mybrain senang je nak apply (sekarag tak sure how's the system)

so masa early sem aku score dengan jaya dan cemerlang. masa ni bujang, kerja part-time tutor je, takde hal apa. buat master pon lebih dari cukup masa. result pon alhamdulillah tak ler 4, tapi ok laa. masa tu ada jugak aku kelas dengan kawan-kawan yang dah kahwin ada anak ape semua, dah kerja tetap. air muka dorang kalau cakap nak habiskan tu perit sangat. masa tu aku tak faham lagi, rasa macam ah dorang ni berlakon lah tu, padahal boleh je score, acah-acah la tu.

right after aku habis semua kelas master, second year first sem atau sem ketiga lah senang, aku kahwin. faham lah baru kahwin ni lain macam sikit belangkas dia. kalau pergi library dulu relax je pagi ke malam, ni tengah hari dah panas punggung nak tanya laki buat apa, dah makan belum, macam-macam. lepas tu pulak mak aku sakit cancer masuk satge 4. dari sebelum tu lagi dia cancer tapi early stage takde hal sangat, bila stage 4 memang kena fully jaga. tak lama mana sakitnya dalam 4 bulan then Allah ambil. dalam 4 bulan tu, equal to one semester aku tak buat apa-apa. busy itu ini, ni included lah buat persiapan kahwin apa semua. – so just imagine sem ni dah bazir satu sem.

bila orang yang kita sayang pergi, nak move on ambil masa gak. mana taknya, one of the reason aku continue master ni sebab mak aku lah. so faham la kot apa rasa dia. tiap kali buka pc nak menaip, sedih. itu ini sedih. ni dah membazir masa lagi. masa berlalu lagi aku pregnant. ni dalam phase aku nak move on lah. pregnant yang kali ni tak menjadi, aku gugur masuk 3 bulan. masa early pregnancy tu aku mabuk and letih teruk, memang dah tak buat apa. tup tap tup tap dah masuk tahun ketiga. which left me around 2 more sem. ni kena buat appeal for extension sebab dah terlebih masa.

oh lupa nak cakap right after aku habis kelas master haritu pon, before kahwin, aku dah dapat kerja tetap. govt, dg41, tapi bukan cikgu under KPM tapi under JPM (yang mana lebih mengundang duka dalam perjalanan aku nak habiskan master ni)

masuk tahun ketiga aku tukar mode study dari mix-mode ke coursework only. nak habiskan punya pasal, apa apa jelah janji habis. aku pikir camtu lah. tiba-tiba lagi, Allah bagi rezeki aku pregnant lagi. Alhamdulillah… laki aku cakap dah jangan pregnant dulu habiskan dulu, malangnya siapa taknak anak kan?

early pregnancy wasn't bad this time. aku boleh sit for comprehensive exam and alhamdulillah pass dengan awal-awal pregnancy (mabuk sikit-sikit biasa lah, tapi not bad).

lepas tu aku pon start lah writing, directed research je pon. patutnya sekejap je dah siap. tah mana silapnya sampai sekarang nak habis sem dah pun aku tak siap-siap lagi. stress!

sekarang aku dah 7 bulan pregnant, badan dah mengah-mengah. tidur malam pon tak selesa which aku sangat lah mengantok waktu lain. tuntutan kerja pulak, astagfirullah aku sampai dah malas nak pergi kerja.

aku kerja 7.30 – 4.30. kerja dengan kana-kanak, now i'm handling 3 years old kid. semua pon curiosity tinggi, semua ada peel, semua energetic sangat-sangat, semua nak perhatian, semua nak adventure lesson everyday. kalau dulu aku passionate, buat eksperimen, cari bahan baru, itu ini untuk dorang but now….. rasa nak minum tongkat ali tambah tenaga. so just imagine 8jam aku bergelut dan 'berkasih-sayang' dengan budak budak ni (kalau siapa ada anak mungkin faham how 3 years old kids behave, ni aku ada 8 orang kanak-kanak). balik je rumah mesti lah dah lemau campur kadang-kadang pikir nak masak apa. malam buat lesson plan untuk dorang beserta bahan, update whatever data (National Child Data Centre), development data, update parent involvement, belum lagi tambahan tambahan decorate sekolah, YA ALLAHHHHH MOHON NYAWA.. aku enjoy je buat semua ni sebab memang aku minat cuma jadi stress bila aku tak tau bila aku nak menulis.

bangun malam? haha, every night aku kunci jam 4 pagi, but end up…. pukul 6 baru tersedar. penat satu, tak selesa nak tidur pon ye jugak dalam 3rd trimester ni. huhu. so overall, macam tu lah rutin aku sampai aku tak tau mana nak selit selit masa nak buat kerja research ni. weekend….. biasalah dah berkeluarga ni banyak lah pulak kenduri kahwin lah, kenduri arwah lah, balik kampung itu ini. anggap jelaa weekend tu tak wujud. tskk

memang salute kat orang mengandung boleh habiskan master ke phd ke. memang hebat. dulu cousin aku pernah cakap baik further kat oversea, ko cuma ada ko and kerja, tak payah ada family. masa tu tak faham. now i get it. huhu.

so untuk yang lain, plan wisely. kahwin nak beranak semua tak salah cuma plan lah cantik-cantik. aku ni tak tau lahh… doakan jela aku dapat habiskan semua dengan jayanya. at least by this short sem mesti habis. AMINNN. =(

– MUMMY-TO-BE STRESS

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Masa master saya kawen. Pregnant masa tgh buat thesis. Dan saya habiskan thesis masa tgh pantang. And I survive. Bolehh.. Kuatkan diri. Paksa diri :) nnti dah ada anak lg susah nak hadap laptop. Anak nnges, anak nak susu nak Mkn. Jd sekarang la masa nak struggle. Itu jadi pembakar semangat saya utk buat dan terus buat. Alhamdulillah ada sahabat seperti Afifah Aisyah dan Nawal Ismahali yg banyak membantu.. Sob2

  2. teruskan menulis..apa2 idea yg terlintas di fikiran catit saja..jgn tunggu ikut mood atau nak bagi prefect sgt sbb itu punca melambatkan proses menulis..cukup sekadar memenuhi kriteria untuk lulus..master ni sbnarnya masih lagi medan proses belajar..master ni peringkat kita belajar untuk ke peringkat seterusnya Phd. saya pun bukanlah dr kalangan best student..pandai.hebat…tp saya cabar diri sy ambil master..betul kata sis..subjek master x de masalah..semua boleh score..senang nak dpt A. master ni cabarannya bermula takkala menulis thesis..komitment kerja..serta masalah2 yg x dijangka berlaku sedikit sbyk merencatkan perjalanan menulis thesis..mood sering turun naik dan mcm2 lg..itu belum ditambah lg dgn kerenah prosedur di peringkat dept or kuliyyah..time menulis ni kena kuat..kena pujuk diri..kena sentiasa memotivasikan diri..kena buat mcm2 supaya dptkan naikkan semangat…cari kawan yg dpt membantu..cari suasana yg dpt membantu disamping selalu menceriakan diri kita..sbb apa, hati yg ceria dan tenang dpt menaikkan semangat dan mengasah minda kita. saya faham apa yg sis rasa…alhamdulillah, selepas perjalanan master yg berliku, saya pun dah graduated sekarang..tunggu untuk konvo saja..alhamdulillah. meskipun terlambat sikit selesai dr kwn2 yg lain, tapi saya syukur..susah mcm mnpun saya perlu akhiri apa yg saya mulakan. syukur kpd allah kerana dikurniakan keluarga, rakan2 seperjuangan master, staf2 uia dan suami yg bnyk membntu saya menamatkan master ni. insha allah, sis boleh siapkan thesis sis..lgpun ia hanya directed research. directed research tidaklah secomplicated seperti mana thesis..dimana kami kena melalui byk prosedur. tambahan pages untuk directed reseach tidaklah sebanyak thesis. nasihat saya untuk sis, curilah masa during weekend..dlm 30 minit -1 jam untuk menulis. jika x dpt menulis di rumah, pergilah menulis di uia ( sape x suka uia kan :) ). tulis saja..nnti baca kemudian..masa tu lah boleh edit, cut apa yg x penting… :) insha allah, alllah akan memudahkan urusan sis, terutamanya sis sbg seorg isteri dan bakal ibu..jihad sis tu ada ganjarannya. doa suami juga membawa barakah. banyyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah taala. saya doakan semoga Allah taala mempermudahkan urusan sis dan dapat menamatkan master sis dgn jayanya.ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *