Salah Faham Isteri Dalam Rumahtangga IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/salah-faham-isteri-dalam-rumahtangga/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/salah-faham-isteri-dalam-rumahtangga-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/salah-faham-isteri-dalam-rumahtangga-iii/).

Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.

Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin ATAS RUMAH SUAMINYA dan ANAK-ANAKNYA.

Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya. HR Bukhari.

Assalamualaikum semua.

Ramai pula komen mengecam part ketiga, huhu. Mungkin sebab akak beritahu nak tulis berkenaan salah faham berkenaan poligami..

Jangan risau akak tak berkecil hati pun dengan kecaman korang. Sibuk sedikit dengan hal kerja dan keluarga.

Cuma nak nasihat sedikit jangan sentap sendiri dan terlampau emosi dalam komen. Sampai nampak kita menolak hadis dan perkara yang betul.

Akak bukan menulis nak meluahkan perasaan atau jauh sekali nak kata akak good2. Huhu.

Kita semua tahu setiap rumahtangga berbeza acuan dan cabarannya. Akak tak bercerita pun berkenaan rumahtangga akak. Jangan baca separuh jalan kemudian sentap dan buat andaian sendiri. Komen dengan emosi.

Komen kita secara tak langsung mengambar diri kita sendiri sebab itulah terjemahan dari pemikiran dan sangkaan kita.

Dan akak tak paksa atau expect pun untuk orang lain ikut apa akak tulis. Dan akak tak ada pula bercerita hal rumahtangga akak. Memang akak cuba elakkan menulis cerita rumahtangga sendiri. Cuma ada satu je terselit berkenaan hal anak.

Kebanyakan contoh adalah dari sirah nabi dan kisah sahabat. Sahabat dan nabi orang yang Allah telah beri jaminan kejayaan diakhirat. Kalau kita tak mencontohi mereka dalam urusan rumahtangga dan kehidupan. Siapa kita nak ambil sebagai contoh ikutan?

Contoh terbaik sebagai panduan hidup adalah nabi, isteri nabi dan para sahabat. Zaman je berubah. Al quran dan sunnah masih sama.

Mana yang baik ambillah sebagai ilmu dan panduan. Penulisan akak hanya menfokus untuk memberikan penjelasan kepada salah faham yang sedang berlaku disebabkan viral media social. So tak ada isu nak sebelah pihak mana-mana. Baik suami atau isteri.

Memang akak tak nak sentuh bab masalah rumahtangga dalam penulisan ini. Masalah rumahtangga banyak sangat dah orang rulis dan luahkan. Akak Just nak fokus pada salah faham sahaja.

Akak ambil contoh berkenaan dengan viral nafkah duit belanja isteri. Memang akak tengok komen-komen isteri “zaman now” ramai tersalah faham duit poket adalah nafkah wajib, duit suami belanja rumah etc belum dikira nafkah isteri.

Dan memang ramai ustaz ustazah selebriti anjurkan solat berjemaah suami isteri dirumah dan kerja rumah tanggungjawab suami. Sedangkan sirah bukan macam tu.

Ini boleh menyebabkan salah faham pada isteri dan bakal isteri. Paling takut bila ramai bakal isteri yang masuk ke alam rumahtangga dengan salah faham tersebut.

Jadi tulisan ini sekadar untuk counter salah faham yang sedang beredar didalam dunia media sosial.

Walaupun tulisan ini tak mampu untuk mengubah pandangan dan pegangan seseorang. Tapi at least tulisan ini akan memberi sedikit penjelasan pada mereka yang mencari kepastian.

Nampak macam emosi pula. Huhu.

Bukan emosi, akak sekadar nak memberitahu niat penulisan supaya tiada sangkaan tidak baik dan meluruskan niat sendiri. Huhu.

Akak hold dululah berkenaan salah faham berkenaan poligami sebab perlukan ruang penulisan yang panjang.

Salah faham keempat “isteri cerminan suami”. Ramai juga perempuam salah faham benda ni.

Biasa dengar ni?

Cantik suami cantiklah isteri.

Elok suami eloklah isteri.

Beriman suami, berimanlah isteri.

Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.

Ramai ingat macam mana layanan suami pada isteri begitulah si isteri. Sikap dan sifat isteri menyamai sikap dan sifat suami.

Bila ada kisah atau nasihat berkaitan isteri di fb ada yang komen, “isteri cerminan suami”. Aduhai mudahnya meletakkan kesalahan atau kelemahan sendiri pada bahu suami. Katanya isteri cerminan suami.

Sedangkan sifat dan sikap kita adalah dalam kawalan kita sendiri. Hanya kita sendiri yang boleh mengubah sikap dan sifat kita.

Sifat dan sikap kita terbentuk dari ilmu, pengalaman hidup dan dari didikan ibubapa. Suami datang dalam hidup menerima sifat dan sikap kita seadanya.

Suami hadir mengambil alih tanggunjawab mendidik dari ibubapa kita. Mendidik ni maksudnya menegur atau memberi nasihat atau menunjukkan contoh.

Tegur atau nasihat maksudnya kita perlu mentaati. Mentaati suami adalah ujian berat untuk isteri. Lebih-lebih lagi kalau suami yang berperangai menyakitkan hati.

Tapi selagi arahan dan kehendak suami tidak bertentangan dengan syariat maka wajiblah isteri taat suami. Walaupun suami kita perangai macam firaun. Huhu.

Firaun tu contoh sahaja. Kalau teruk sangat suami tu sampai makan kaki tangan. Pergilah pejabat agama mohon cerai. Dah bercerai tak perlu taat suami lagi.

Sebaliknya walaupun suami baik, masih terpulang kepada diri kita sendiri untuk berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya. Kita sendiri yang mengawal reaksi diri.

Faham ke? Huhu.

Contohnya suami firaun tapi isteri asiah. Atau isteri nabi nuh atau nabi luth.

Suami hanya boleh mendidik atau memberi nasihat. Terpulang kepada kita sebagi isteri untuk menerima bagaimana dan berubah bagaimana.

Jangan menggunakan alasan isteri cerminan suami untuk meletakkan kesalahan sendiri dibahu suami.

Salah faham paling bahaya akak terbaca “isteri cerminan suami” adalah hadith. Ini bukan hadith ye. Ini cuma perumpamaan sahaja.

Maksud sebenar perumpamaan isteri cerminan suami adalah supaya isteri berhati-hati membawa diri dan pergaulan diluar. Isteri membawa nama dan maruah suami bila keluar dari rumah.

Jika tindak tanduk isteri sombong contohnya, maka suami juga mendapat malu atau jatuh kredibiliti. Contohnya orang politik gunakan sikap isteri untuk menjatuhkan kredibiliti atau imej suami.

Bila kita hidup bersama pasangan. Akak taklah nafikan sedikit sebanyak sikap dan sifat kita boleh berubah atau terikut pasangan kita.

Cuma akak nak sampaikan meletakkan kesalahan dan kekurangan sifat kita disebabkan oleh pasangan adalah tidak betul. Inilah salah fahamnya.

Kita adalah kita. Kita sendiri yang mengawal emosi, sikap dan sifat diri sendiri. Kita boleh sahaja berubah dengan pelbagai asbab lain. Pokoknya adakah diri kita mahu berubah ?

Susah juga nak diterangkan. Akak harap boleh fahamlah. Tulis panjang takut lagi konfius. Huhu.

Sekian. Tata titi. Assalamualaikum.

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *