Assalamualaikum dan selamat sejahtera :) Mamimu is not the real name semestinya. Kehilangan dara pada umur 18 tahun kerana berzina dengan teman lelaki yang bersumpah sehidup semati, yes it sounds stupid. Berzina, sengaja aku gunakan term ini, bukan terlanjur, bukan terbuat, bukan ringan2 dan bukan sekali dua. Tetapi beberapa tahun. Dan akhirnya, kami putus kerana dia ada perempuan lain. End.
.
Aku nak berubah. Aku nak jaga segalanya walau aku tahu aku tak mempunyai apa-apa. Aku cuba menjaga solat semula, memang sukar. Sekian lama kurang solat (kadang2 solat, kadang2 tidak). Membaca Al-Quran, sangat sukar, asyik tersangkut. Menjaga batas lelaki dan perempuan, sangat sukar. Kerana terbiasa bertepuk tampar, cubit2 dengan lelaki. Meninggalkan cerita dan filem pendek porno, sangat sukar. Kerana sudah terbiasa melihat. Dan aku masih mencuba perbaiki sedikit demi sdikit.
.
Dalam tempoh nak berubah, beratus kali aku give up. Bila orang sentuh tentang dara, even just a joke, aku terus down. Aku terus patah semangat nak berubah. Dan akhirnya, aku solat lopong2 semula. Pastu, semangat balik. Pastu tak semangat balik.
.
Aku nak tanya, adakah hina perempuan tanpa dara? Walaupun sudah tak buat? Walaupun sedang berubah ke arah kebaikan?
.
Sedih dan serabut memikirkan. Adakah layak aku diperisterikan?
– Mamimu
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
solat tu mencegah kemungkaran..pertama skali baiki solat dulu..cukup kan 5 waktu..insyaAllah segala nya akan menjadi lebih baik..dengan izin Allah..:-)
Firstly, lahanat punya jantan. Dah sedap boleh tggal. Secondly sis kalau nak berubah sis kena kuat. Jangan dengar apa orang cakap. What had happened cannot be undone. Keep moving forward. Kalau ikhlas berubah insyallah allah akan sediakan jalan terbaik. Untuk lebih lanjut pm saya
yang penting saudari dah bertaubat..abaikan pandangan masyarakat tentang masa silam..jangan diingat benda dah lepas..semua layak diperisterikan..cuma satu nasihat saya..kalau boleh saudari elakkan daripada bercerita benda2 ni kat bakal suami..Islam mengajar kita untuk merahsiakan aib kita..jangan diungkit benda ni depan suami..bila dah bertaubat kita tak sama dengan diri kita yang dulu..saudari boleh tengok ceramah ustaz azhar idrus..kata ustaz lebih kurang, “jangan cerita benda2 macam ni kat suami, kalau suami tanya jawab tak pernah buat benda2 macam ni..”
قال ابن شهاب: ولم أسمع يرخص في شيء مما يقول الناس كذب إلا في ثلاث: الحرب، والإصلاح بين الناس، وحديث الرجل امرأته وحديث المرأة زوجها
“Aku tidaklah mendengar sesuatu yang diberi keringanan untuk berdusta di dalamnya kecuali pada tiga perkara, “Peperangan, mendamaikan yang berselisih, dan perkataan suami pada istri atau istri pada suami (dengan tujuan untuk membawa kebaikan rumah tangga).”
hadis riwayat muslim: no 2605
teringat seorang kenalan masa program matrikulasi dulu. dalam ramai2 member dia paling cerdas, bila cerita pasal org prmpuan * masa tu term jodoh tak glemer lagi* , dia tanya sy, klu ad prmpn dh xd dara, sanggup x ko ambik dia buat isteri. sy tnya dia balik, pstu klu ko sdiri macmana, sanggup ke? – aku sanggup sebab semua laki2 nk pmpn ada dara. jadi golongan yg macam ni macamna dengan nasib depa. asalkan pmpn tu bertaubat dan dah tinggalkan benda tu, insyallah aku sanggup.
alhamdulillah sis masih ada kesedaran dan sentiasa berusaha untuk kebaikan, segala puji bagi Allah.. sis, satu ja nak pesan.. jangan hirau persepsi orang.. kita letak kebergantungan kita terhadap Allah 200%.. and the rest Allah akan tolong.. kita serah segalanya kat Allah sis.. kita buat apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg Allah larang.. mula², yes susah sis.. sebab mula2 susah la Allah akan bagi halawatul (kemanisan) atas hijrah sis kelak. Orang yg sentiasa dengan taubatnya lagi dipandang Allah dari org yg mengkritik tak tahu punca. Kadang orang yang tiada dara ni lah yang lagi tinggi darjat disisi Allah.. sebab dia pernah jatuh, dia bangun cari hidayah .. bukan sesetengah org yang asyik ‘seru tak sampai lagi ‘ .., Allah nampak usaha kita sis.. Allah takkan sia² diri sis, kelak Allah akan hantar insan yg selayaknya dengan sis.. jangan risau Allah ada..
Firstly. Jgn fikir dlu kau ni lyk or x untk diperisterikn. Yng kau kne fikir skrg ni care untk tingktkn kualiti diri kau. Try bangkit dri kekalahn yng kau alami. Try untk hidup dgn membahagiakn org lain. Bahagiakan mak ayah, famili, kawan2. Dan yng pling pnting brbakti untk umat Islam. Siapa kata prmpuan yng xde dara x boleh bahagiakn org lain? X boleh nk brbkti pd ummah? Come on. Move on! Smbil tuhh kuatkn smgt kau, balik semula pd Allah. In Shaa Allah, klau Ade rezki, Allah pertemukan kau dgn org yng baik untk kau. Buat mse ni fikir cre nk bahagiakn diri kau n org lain dlu di smping cri Redha Allah. Move on sis!!OK BTW lelaki tuh x gune
apa orang pikir tu hal dia. apa kita pikir tentang perhubungan kita dgn Allah tu lebih penting. ini badan kita. ini roh kita. kita yg mesti jaga amanah Allah dan hormat roh dan badan itu. kenapa nak rasa hina. mana ada hina. ini ialah orang yg bertaubat dan dikasihi Allah. bersyukur dgn badan dan roh kurniaan Nya.
yang pasti dara tu bukan syarat nak masuk syurga….
Banyaknya confession perempuan hilang dara. Kadang2 macam watak novel. Lepas sorang, sorang mengaku. Paling sedih, rata2nya mempersoalkan kelayakan untuk diterima lelaki. Alahai.. buat awak dan saya, we don’t live to please people. Ada baiknya kita persoalkan, ‘layakkah ke kita disayang Tuhan?’. Tak.. bukan nak masukkan unsur islamik. Tapi berzina tu dosanya besar. Pun masih nak fikir tentang lelaki. Perempuan, penghargaan manusia apalah sangat. Move on. Taubat. K ?
Truth to be told ??
dear, yang penting dah bertaubat syg. :)
abaikan mulut2 longkang sbb mereka bukan ditempat awak. kene kuat ok, awak KUAT! :3
Allah pandang awak yang baru, Allah maafkan awak yang lama. yang b]penting awak kene taubat sungguh2. mulut manusia, biasa lettew~ :V
Awak x hina, awak layak diperisterikan. :)
sebaik-baik Hamba, adalah Hamba yang sentiasa Bertaubat. be strong. ;)
keep it up! <3 <3 <3
Teruskan niat nak berubah…walaupun solat lopong2…janji buat beterusan…allah maha mengetahui apa yg ada dalam hati kita….terus beristiqamah….Allah maha pengasih , penyayang dan maha pengampun…
Jangan putus asa!
dan, jangan cerita kisah silam kita kat orang, simpan je utk diri sendiri.
benda yg lepas , kalau dah taubat kena lupakan n jangan cerita2 dah . yg penting kau taubat nasuha , taubat sungguh2 , cari redha Allah ye sayang bukan redha manusia .
tips kau taknak down , kau kena hijrah , berhijrah drpd manusia2 yg tau background kau , cari kenalan baru yg baik2 , in shaa Allah , kalau dh taubat Allah takkan persoalan masa silam . yang penting sekarang cari redha dan kasih sayang Allah ye .
sis, dalam proses berubah, kekuatan biasanya perlu dipinjam dari persekitaran. tukar kawan2 sekejap. tukar tempat lepak sekejap. nanti bila dh kuat, boleh rapat semula dgn mereka. cuba lepak kat surau.. in sha Allah lebih mudah utk berubah.
Aku rasa lebih suka baca komen dari baca cerita hu
Alhamdulillah tahniah sis, semoga kami juga kuat utk berubah ke arah kebaikan seperti sis. Sis mungkin boleh cuba cari persekitaran yg membantu kita sentiasa berada di jalan Allah. Kwn2 usrah misalnya, hadiri kelas2 agama, dgr radio dan tonton rancangan2 keagamaan, video2 ceramah agama. InsyaAllah semoga Allah sntsa terima taubat kita dan bimbing kita ke jalan Nya..
Fare Jojo, bg skit nasihat
Nnti ak pikir dulu
Sis biaq hina kat mata manusia.jangan hina pada Allah.dia pemilik sekalian semesta..teruskan niat utk berubah..sbb bkn senang ujian tu.semoga trus istiqomah sis.jaga solat.jaga hati.jauhi org y suka mengeji
Abaikan apa yg orang cakap sekiranya fokus kita hanya mencari keredhaan Allah bukan manusia :)
Kesimpulannya, jgn lah caye dgn laki2 yg tanam tebu kt bibir dia, lau laki tanam anggur rasanya masih bole dipertimbangkan..perempuan x smuanya murah, laki x semuanya jahat..past is a past
Menjak ni, ada je confession pasal bnda mcm ni . Dan alih2 komen yg sama diberikan . So, ak xnk komen lebih2 .
Boleh je tgk confession yg sblmnya tntg msalah ni . Dan rmai yg cakna dlm mmberi komen .
Dlm kes sis ni…cri lah tuhan sis..klau sis meliht pndgn manusia mmg logiknya ‘x terima’..x perlu la fikir akn manusia buat mse skrg ni…bce la confession mreka2 yg dh berubah dri situ kte lihat…mmg ad je org yg lebih baik yg dtg dn bnyk lgi bnde2 yg sis x jngka sis akan dpt..
Bukan melihat besarnya dosa yg ditanggung..tapi lihatlah pada siapa (tnpa menisbahkan Allah ada jisim mcam kita) bakal mengampun..
Bukan hina.. dan bukan bererti kau mesti melupakan perbuatan kau. sebab kau harus terus melangkah.. tanpa perlu jatuh dalam galian yang sama.. dan bukan bermaksud bermegah jika kau kata kau sudah berubah.. ikhlaslah dalam berubah. Kalau boleh kita tak perlu nilaian manusia untuk menilai tahap keimanan dan tahap perubahan kita.. kita harus ingat kita berubah untuk keredaan Allah..bukan manusia.