Pada pagi hari jumaat yang mulia ni , satu je nak pesan , oh ye sebelum tu jangan lupa baca surah Al-Kahfi. Sunnah.
Berbalik pada pesanan tadi , saya pernah terbaca satu artikel daripada seorang muslimah ni berkaitan dengan purdah. Tujuan berpurdah adalah untuk melindungi si pemakai.
Sebagai contoh , kawan si muslimah ni selalu sangat orang lelaki kacau , pandang dan cuba nak mengorat walaupun dia dah bertudung labuh semua. Jadi dia pun pakai purdah untuk mengatasi masalah tersebut. Alhamdulillah masalah selesai.
Daripada sini , kita boleh lihat orang yang memakai purdah ni , tujuan dia adalah untuk menjaga maruah diri , tidak mahu dipandang serta ada fitnah.
Namun , kenapa pada hari ini ada segelintir muslimah di luar sana yang berpurdah , sangat aktif dan ghairah post gambar di Insta ?
Sampaikan siap letak 'Quote' lagi kat gambar tu , berkaitan cinta-cintun , kawhin , zauj (suami) semua. Belajar kasi habis dulu dik Hang jangan nak bajet islamik pakai purdah letak caption zauj zauj semua sangat , suamiku ustaz dari langit ketujuh lah , sedangkan Syaitan dok gelak je kat hangpa.
Anda taknak dipandang , tapi post gambar diri kat Instagram. It's okay to upload your pictures with your family , friends , cousins , siblings , your experience during hiking , travelling and others. Tapi kalau asyik post gambar pasal diri sendiri je bukankah itu akan mendatangkan satu fitnah kepada anda dan orang sekeliling ?
Jadi , tajdid niat dik dan sis , pakai purdah kerana apa , untuk apa serta siapa. Niatkan segalanya kerana Allah SWT. Ye betul , orang yang memakai purdah tak semestinya alim , mereka pun buat dosa , mereka bukan malaikat , tapi anda bawa imej agama , imej Islam , jadi jaga imej tu sebaik mungkin.
Dan ye kami tahu , perempuan ni sifat semula jadi dia nak perhatian dan cantik , tapi tahan dan berpada-padalah. Allah bagi akal dan iman , untuk lawan nafsu dalam diri sendiri.
Tolong jangan pandang posting ni sebagai satu posting yang bersifat kondem , negatif , ajet-ajet Ustaz dan lain-lain. Ini satu teguran dan nasihat yang ikhlas buat anda.
May Allah shower His bless on you guys.
Maaf kalau ada salah dan silap nohh.
– Nur Ena
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Biarlah dia. Tu pilihan dia. Jom tajdid niat kita sendiri supaya xsakit hati tgok org lain yang tak pernah kacau kita pun. Hikhikhik
biarlah dia hashtag ke apa ke … asal dia bahagia , lainlah kalau dia hashtag suami kau , perang dunia ke3 pun xpe