Semuanya sudah berakhir. Aku cuma mampu bersangka baik yg dia dah pun maafkan aku sebab aku tau dia jenis yg mmg x simpan dlm hati. Aku ada baca cerita psl confessor yg sedih sbb putus best fren. Yess, putus sahabat lg perit dari putus cinta!
Ceritanya begini, aku zmn sekolah rendah dulu seorang yg sangat periang dan talkative. Like, talking non stop sampai ade kwn yg tnye ‘time bila je kau senyap? Time tido?' Masa aku dgr tu mmg aku sentap tp aku buat bodoh je.
Until one day, ade something happen yg dah buat aku berubah 360 darjah. Dari seorang yg periang bertukar jd pemuram. Dari talkative kepada pendiam. Tak perlulah aku ceritakan kejadian ape yg mengubah hidup aku tu. It's too personal.
Aku ade sorg best fren nie yg sangat setia dgn aku. Dia tahu buruk baik aku. Dia tahu aku seorang talkative dan mulut xde insurans, jenis yg suka ckp lepas.
Aku masih ingat lg, kteorg slalu keluar main sama2 wkt ptg sampai la senja dah nak Maghrib.
Bila aku dah berubah, masa tu dah masuk sekolah menengah. Aku lebih prefer menyendiri…x tau sbb ape tp itulah aku skrg.
Dia slalu dtg tegur aku mcm biasa. Sebab kteorg bestfren. Aku pulak mcm malas nk layan dia…
Dia slalu dtg ckp kat aku ‘kenapa kau dah berubah? Kau ade masalah ekh?'
Aku hanya senyum dan berlalu pergi…
Aku cuba elakkan diri dari dia sbb aku nak lari jauh dari masa silam aku dan bg aku dia juga masa silam aku. Ntah la knpe aku bodoh sangat masa tu….
Hubungan kteorg mmg dah lama renggang, sampailah masa aku form 4, aku nk pindah sklh dan dia tau psl tu sbb kteorg hidup berjiran. Dia dtg kat aku masa last day skolah. Dia tanya kau nk pindah mana dan aku jawab. Masa tu, kteorg berbual lama tp x mesra seperti dahulu kala. Terasa seperti ada gap antara kami berdua. Sempat aku ucapkan slmt tinggal kat dia…
Kami masih berhubung tp sekadar berhubung di laman sosial. Sekadar balas komentar masing2 di status masing2.
Pada tahun 2015, masa tu seminggu lg nak puasa. Aku masih ingat, ade isu berbangkit psl ptptn. Isu tu kira tgh viral la. Dia pulak mmg dari kecil merupakan penyokong parti itu. Family dia semua org kuat2. Aku pulak bukan penyokong parti tersebut. Family aku pun begitu. Tapi nk bg tau kat sini, korg jgn salah faham pulak punca kteorg putus kawan sebab ni. Aku dah tau lama dia penyokong parti tu since kteorg kawan dan begitu juga dia sebaliknya. Kteorg bahagia berkawan walau berlainan pendapat. Punca putus kawan sebab aku yg dah berubah.
Dijadikan cerita, dia tulis kat twitter marah2 pelajar yg x reti bersyukur sebab dah dpt ptptn. Aku pun update la status kat twitter tu tanpa mention nama sesape, mempertahakan mereka yg mrh kat ptptn. Tak lama kemudian, dia update lg status kat twitter tanpa mention nama sesiapa dan mrh2 pada org yg pertahankan golongan2 pelajar tu…which means akulah. Siapa lagi?
Kali nie aku amik keputusan utk x nk update ape2 status sbb aku x nk keruhkan lg keadaan.
Beberapa hari kemudian, aku dapat tau dia jatuh sakit dan keadaan dia agaak kritikal. Kawan2 rapat dia semua dah update suruh doakaan dia. Pada pagi Jumaat di bulan Ramadan, aku bgn pagi seperti biasa. Check phone seperti biasa. aku buka laman sosial dan dapat tahu dia dah pergi menghadap Ilahi. Tak semena-mena…aku meraung menangis semahu-mahunya. Aku dah berniat, lepas je dia bangun dari koma aku nk minx maaf dan aku nk keadaan jd seperti sediakala tp semuanya dah terlambat. Aku bgn dari katil hostelku dan terus mengambil wuduk. Aku solat dhuha seperti kebiasaan dan membaca Yasin dgn niat disedekahkan kpd arwah. Aku baca dalam keadaan teresak-esak dan secara tiba2 segala kenangan diputar kembali dalam kotak memori aku. Mujurlah roommate yg lain keluar pegi mana x tau jd aku x perlu cover utk menangis.
Aku menyesal sebab x layan dia masa dia masih mengambil berat mengenaiku…aku menyesal sbb ‘kejadian' lama itu effect diri aku. Aku menyesal sbb x gunakan peluang yg ada sblm pindah sklh utk jernihkan keadaan. Boleh saja aku berbual mesra seperti biasa tanpa perlu meletakkan tembok pemisah antara kami berdua. Bukan salah dia tp salah aku. Ntah knpe kejadian di twitter itu boleh terjadi. Kalaulah aku berdiam diri je… Kini semuanya sudah berakhir. Namun aku tumpang gembira utk arwah kerana dia meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Pada hari jumaat dan pada bulan Ramadan. Impian semua muslimin dan muslimat. Al-fatihah
– kawan
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Bila aku dah tak ada aku harap kawan aku menyesal buang aku satu masa dlu
Norain Jaafar
sedihnya..al-Fatihah utk saudara di sana :'(
Dunkin Donutss
Aku harap ko x buang spe2 dh dlm hidup ko. Nnti ko mnyesal. Ksian dia kna tggal tnpa tahu sbab. Alfatihah.
Be strong dan redha. Takpe, doakan arwah, mana tau nanti korang dpt kawan balik dekat sana nanti kan? Mati cuma perpisahan seketika, semoga kita semua dpt berkumpul ramai-ramai dgn org yg kita syg dkt syurga. Dah, lepasni belajar utk lebih menghargai ok :)
Ili Ayuni