Assalamualaikum
Aku membesar bukanla dari keluarga yg alim. Ayah aku petani je mak aku surirumah. Tapi Alhamdulillah mereka mendidik kami adik beradik utk solat 5 waktu, baca Quran, menjaga batas pergaulan n bahasa pertuturan yg baik. Yang aku ingat mmg mak n ayah xpernah gunakan kata2 kesat dalam keluarga kami.
Waktu aku remaja dulu xde page confession macam sekarang, tapi aku sangat suka baca kolum2 confession/pengakuan dalam majalah dan suratkhabar. Aku jugak gadis biasa yg suka baca novel. Dari pengalaman2 confessor2 yg aku baca, dunia penuh pancaroba macam dalam novel, jadikan diri aku org yg cukup berhati-hati. Pepatahnya "yg baik aku jadikan tauladan dan yg buruk aku jadikan pengajaran"
Sejak dari sekolah menengah lagi, aku bercita2 utk jadi isteri solehah utk suami aku yg tersayang. Aku nak jaga diri aku utk suami aku. Aku nak jadi yg paling istimewa dihati suami aku. (Pengaruh novel sangat kannn..)
Masa belajar kat u ade la aku kenal dengan beberapa lelaki. Tapi aku xde dating2 apatah lagi nak bersentuh2 sebab aku sayangkan suami aku..(walaupun time tu xtau sapekah suami aku tu). Aku sayangkan diri aku aku xnak terjebak macam confessor2 yg pernah aku baca sebelum tu. Aku jadi manusia yg berhati2.
Aku mengimpikan suami yg bertanggungjawab, yg dapat membimbing aku n anak-anak aku ke syurga. Itu je doa aku waktu tu semoga aku dikurnia suami yg bertanggungjawab dan dapat membimbing aku ke syurgaNya.
Akhirnya dengan perkenalan yg singkat, seorang lelaki melamar aku utk jadi suri hidupnya. Dia lelaki yg muncul dalam istikharah yg aku buat. Kami berkahwin dengan segalanya dipermudahkan oleh Allah.
Bermulalah cerita suami isteri kami. Macam yg aku mention kat atas aku dibesarkan dalam keluarga yg mendirikan solat 5 waktu. Tapi xbagi keluarga suami aku. Solatnya rompong2, subuhnya selalu kelaut. Dia juga kuat cemburu, walaupun aku ada ijazah suami aku xizinkan aku bekerja kerana cemburu kalau ada kawan sekerja lelaki. Oleh kerana dia mampu, aku akur untuk jadi surirumahtangga.
Dia lelaki yg baik, baran sikit, cemburu, bertanggungjawab n tegas. Sepanjang awal perkahwinan kami aku agak tertekan terasa seperti hidup dalam kurungan. Sah je kami jadi suami isteri simkad telefon aku dia buang dan tukar dengan nombor baru, semua password media sosial n email dia tukar n buang. Dia buatkan akaun baru dan hanya hadkan kawan perempuan sahaja. Memang banyak kawan2 yg lost contact. Yg ada cuma kawan rapat yg aku ingat no telefon dan yg ada fb. Aku hanya boleh pergi kemana-mana cuma dengan dia atau adik beradik aku je. Gitula cemburunya dia sebagai suami.
Mula2 mmg aku rase terperangkap, tapi dia sangat menyokong aku utk ikut usrah dengan syarat ahlinya perempuan, dia selalu ingatkan aku untuk solat awal waktu walaupun dia selalu xsolat. Ade jugak rasa menyesal memilih dia sebab dia xsolat. Tapi aku dah jadi isteri dia dan aku dah berjanji walaupun aku belum kenal siapa suami aku, aku dah berjanji utk mencintai menyayangi dan mentaati suami aku. Jadilah aku isteri yg taat. Semua suruhan dia walaupun pahit, aku buat selagi aku mampu. Gaduh dan melawan sikit2 tu adela tapi biasa2 je.
Sungguhpun dia xsolat, dia lelaki yg baik, dia jaga batas dengan perempuan, dia jujur – semua benda dia cerita kat aku sama ada pahit atau manis. Aku je satu-satunya kawan dia. Dia xde kawan so mmg dia akan duduk rumah je ngadap aku. Xde istilah lepak ngan kawan atau apa. Kami xde rahsia – itu yg dia ajar aku, segala mak nenek password dalam hidup dia n aku kitorang masing2 tau. Xkira fb, email, online banking dan macam2 lagi mmg xde rahsia. Segala impian dia n impian aku kami boleh cerita n tulis. Mmg dia lelaki ideal kan? Kecuali xsolat.
Selepas beberapa tahun, aku kenal page ust ebit lew. Membaca karangan2 beliau, buat aku tersedar. ALLAH dah beri apa yg aku minta – suami yg bertanggungjawab n membimbing aku untuk ke syurgaNya. Buat aku sedar dia lelaki terbaik utk aku. Dia paksa aku labuhkan tudung, dia paksa aku duduk rumah, dia jauhkan aku dengan kawan, dia sempitkan dunia aku supaya aku dijauhkan dengan fitnah dunia luar yg sangat2 mencabar. Dia memuliakan aku sebegitu istimewa. Simpan aku rapi2 didik aku supaya aku mendidik anak2nya menjadi insan soleh dan solehah.
Semenjak itu, aku beranikan diri menasihati dia utk lebih taat melakukan perintah Allah n menjauhi larangannya – kerana dia lelaki yg sangat baik. Aku xsanggup lelaki sebaik itu disiksa api neraka kerana meninggalkan solat. Aku pun xdela confident boleh masuk syurga, tapi kalau xsolat itulah janji Allah kan? Aku berdoa dan memperbaiki amalanku agar dia menjadi lebih baik. Walaupun mengambil masa utk dia istiqomah, kini aku boleh menangis kesyukuran dengan nikmatNya.
Akhirnya kini kami dah boleh solat jemaah 5 waktu dengan anak2. Dia semakin istiqomah mendirikan solat 5 waktu dan berjinak2 ke masjid.
Sesungguhnya aku sangat bersyukur dikurnia seorang suami yg sangat bertanggungjawab, jujur n ikhlas menyayangiku dan kini sama-sama membawa kami ke jalan Allah.
Dialah suami terbaik dunia akhiratku. Sungguh aku mencintainya kerana Allah. Hadiah paling teristimewa sepanjang hidupku.
Aku harap confession aku ni boleh memberi inspirasi buat adik2 yg lain.
Buat adik2 muslimat, jagalah ikhtilatmu, sayangilah dirimu, eksklusifkan hanya utk suamimu.
Buat adik2 muslimin, jadilah pemimpin yg baik, didiklah isteri2mu dijalan Allah walaupun dirimu serba kekurangan.
Buat pasangan2 yg berkahwin kurangkan jurang antara suami isteri. Berkongsilah apa saja, jujurlah untuk kebahagiaan. Jadikan pasangan kawan paling hampir n akrab.
Akhir kata semoga kita semua diberi keberkatan n dipermudahkan urusan.
– Jas
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Best! Doa sis utk dpt suami yg membimbing ke syurga dimakbulkan walau jalannya berliku, laluannya panjang, kesabaran teruji.. Moga cinta sis dan suami sampai ke syurga!
Muhammad Azharuddin Arif kalau kena kurung tu maksud dia utk memualiakan ke? Jawab sat
ntah..tak pnah kurung..tak terlintas pn rasa dr mulia :3
Oww.. Hahaha…. Lepas ni hg ada bini. Try la kurung dia.. Mst dia rasa dimualiakan
kurung mean tk bg keluar selain dengan mahram . baguslah tu . mmg tmpt perempuan dlm 4 penjuru rumah je .
dan mmg dia muliakan isteri sbb tk jadikan isteri dia tontonan umum ..
#ehhh terjadi ustajah lh . habis lh ada yg kecam kekgi .
Nur Zalikhabinti Johar ni best..
Hahahahhaahhah amin jugakkkkk
Sweet…
alhamdulillah..bahagia dn beruntung akk
Ismat Arif Abu Hassan Muhammad Azharuddin Arif saidatina khadijah dok terkurung 4 penjuru umah jugak ke? Hebat dok terkurung boleh jadi bisneswoman berjaya.. Lalala
Thanks bro. Tu org kata rezeki milik Dia. Mana la nak cari isteri mcm tu noh
kadang konkong tu tanda sayang
Fuyo… Boleh tahan gak sis ni…. Kalau sy, sy dh cabut lari dh.. Takpe2, ketahanan masing2, fahaman masing2 kn?
All the best for your marriage!
Takut yeeeee
Ini yg dipanggil pasangan memenuhi keperluan. :-) si suami memenuhi keperluan si isteri utk pastikan isteri sentiasa terjage, si isteri memenuhi keperluan si suami dlm mengingatkan dn mengubahnye kembali ke jln yg benar. Inspirational, i can say.
Sebaik2 perancang adlh Allah swt. :-)
Liana Ameerah Najiah Jamil