salam semua! harini saya dapat berita yg menyedihkan. tak pernah saya dapat markah serendah tu utk test setakat ni, innalillah. saya tak tahu silap saya di mana. mungkin sebab banyak dosa pada Tuhan, mungkin juga pada manusia, Allahu. peperiksaan utk subjek tersebut tinggal beberapa hari je lagi membuatkan diri ni jadi lemah semangat. tapi bila saya fikir balik, lebih baik Allah uji sekarang daripada nanti , bukan? Atleast saya dapat sedar mana yg kurang , dan dapat baiki before the real exam begins! *yikes*
sekarang ni musim exam. saya tahu masing masing mesti tgh berhempas pulas belajar, dan selepas satu paper mesti tak semuanya yg membuat kan diri kita boleh tersenyum gembira, betul? tapi jangan risau, sebab saya ada good news, yg in sha Allah dapat ubah hidup kita semua dgn izinNya, tapi kita kena ada self ikhtiar lah jugak ya!
saya nak cerita satu cerita ni, yg betul betul berlaku pada saya sem lepas. sem lepas merupakan sem 1 satu saya, sem lepas exam qahol dan ils sebelah sebelah. takda gap in between. bila dah satu hari tu jawab exam dalam arab, the next day pun kena jawab dalam arab mana tak jam kepala ni. subjek ils 1 , terus terang saya anggap agak berat nak hadam kitab madkhal tu. bahasa arab saya tak seberapa, tu mungkin salah satu problem saya. nak dijadikan cerita malam sebelum exam ils tu, saya duk baca, baca, tapi saya rasa macam satuuu pun tak lekat lekat kat kepala. diri dah mula rasa cuak, esok exam bukan tgh hari atau petang, tapi sembilan pagi! habis exam qahol 1 waktu tu dah dalam pukul 12, jadi saya study utk ils 1 tu lepas zohor ( tapi sebelum sebelum tu pernah study jugak lah) bila malam tu, saya rasa dah almost eleven kot, and benda yg saya baca macam setakat kat mulut tak masuk dalam kepala ni. saya dah mula panik. esok nak jawab apa *cries* dalam kepala asyik ulang ya Allah tanak fail, tu final exam pertama saya di aikol, tanak fail tanak sedihkan mak ayah.
saya jadi tak senang duduk, dah tak boleh nak hadam, try buat soalan past sem lah. bukak lappy. Ya Allah, the screen stared blankly back at me, saya nak try scribble something atas paper pun rasa macam otak saya literally brain freeze , beku tak boleh nak process anything.
sebab saya ni manusia, masih ada perasaan, saya pun nangis lah. nangis dan nangis. waktu tu dah malam takkan nak call parents, parents dah tidur lagipun saya jenis tak confide sangat dengan parents kalau ada masalah, tanak mereka risau. saya nak call kawan, kawan tak angkat *hampa*
call lah sorang sister ni. sister ni terkejut dengar suara saya yg tgh nangis kat hujung talian. lepas saya ceritakan masalah saya, sister ni terus kata, sabar tenangkan diri , pergi ambik wudhu' solat dua rakaat, mungkin ni kafarah dosa dosa yg pernah kita buat dulu. terus rasa sentap!
walaupun waktu tu meter cuak saya dah nak warna merah sebab dah nak pukul 12 rasanya tapi satu apa pun takda dalam kepala waktu tu, saya tahu, solat sunat, "sejadah date" is all that I need.
bila solat tu, menangis terus, sebab diri rasa yg diri banyaaak dosa kat Allah kan, Allah baru uji sikit kita dah tak senang duduk, padahal banyaaaak sangat nikmat Allah dah bagi, tak bersyukur nya diri ni kan. kalau baca surah Ar Rahman waktu tu mesti lagi rasa nak nangis sebab banyak sangat nikmat Allah , yg kita dustakan, Allahu. Lepas mengadu kat Allah , habis solat sunat dua rakaat tu, rasa macam bebanan tu terus terangkat dari kepala.
rasa kepala ringan, semangat and fresh nak belajar . cepat tau effect dia, tak tipu! serious!
alhamdulillah saya pun dapat lah malam tu habiskan study sampai 12 lebih macam tu, nak tidur lewat sangat tak elok, sebab nya esok exam kan, tanak ngantuk pulak time jawab.
and alhamdulillah, saya tak sangka saya boleh rasa happy, lepas keluar dewan esoknya, after what ive gone the night before that, sebab apa yg saya baca itulah yg keluar and alhamdulillah, result yg saya dapat pun dah buatkan saya rasa syukur sangat!
point nya di sini, kita kena sentiasa rely kat Allah waktu susah senang. nak apa apa minta pada Allah sebab Allah lah yg ada the Ultimate Power to grant anything pada kita. jangan biarkan kata kata manusia jatuhkan semangat kita, serious apa org kata takde effect pun kat kita , kalau Allah nak tolong kita , betul? *psst, doa must be coupled with usaha ya, usaha jangan lupa jugak!*
bila kita berdoa, sentiasa husnu dzon pada Allah, kalau kita ada even the slightest doubt yg seolah olah benda yg kita minta tu macam mustahil je nak dapat, mungkin tu lah sebab musabab doa kita tak dimakbulkan sebab kita kurang yakin pada doa kita sendiri.
satu lagi selalu minta kat Allah utk dapat yg terbaik. baca doa istikharah tu selalu , doa istikharah tu, bukan utk kahwin je guys, tapi utk macam macam hal. kalau lupa doa istikharah tu, dengar lagu UNIC , lagu doa istikharah in sha Allah confirm lepas pasang banyak kali korang terus hafal dgn maksud maksud dia sekali.
kalau korang perasan kan, kat doa istikharah tu ada maksud dia yg berbunyi: ya Allah jika ini baik bagiku, agamaku dan kehidupanku juga natijahku selepas ni, maka dekatkan lah kau mudahkan lah dan berkatilah aku padanya.
jadi whatever the outcome that we will get, lepas kita baca doa ni in sha Allah kita akan redha, positive dan sentiasa bersyukur, sebab nya apa yg Allah bagi itulah yg terbaik bagi kita. walaupun benda tu nampak macam something yg tak berapa baik, tapi Allah knows BEST kan
never lose hope awak awak semua, saya pun tiup tiup fuhh fuhh semangat kat diri sendiri ni, masih ada masa lagi, kalau rasa ada buat dosa cepat cepat bertaubat kat Allah, kalau ada salah kat manusia cepat cepat minta maaf kat manusia, sebab bukan saja relationship dgn Allah kena jaga, tapi dgn manusia pun kena jugak. #selfreminder
kdg kdg korang rasa tak , relationship dgn manusia rasa macam lagi susah nak jaga sebab susah betulkan kita nak minta maaf kat org lain, and susah betul org nak maafkan kita. tapi saya nasihatkan diri saya lah dan org lain, kesian lah kat org lain, tak perlu lah kita terlalu menyimpan, maafkan je lah org lain dgn ikhlas, sbb everybody makes mistakes and aint perfect , kalau kita nak kata org lain buat salah pada kita, kita pun actually ada buat salah jugakkan haa, so no hard feelings, let's forgive each other because Allah, Our Lord is Himself Merciful and Forgiving so we should be among His servants who forgive others too in sha Allah:)
tips dia, sebelum tidur semua pakat maafkan org lain naa, dah susah sangat nak jumpa org lain utk minta maaf kat dia, so bila semua pakat maafkan org lain, jadi 0-0 lah, habis, khalas, masalah settle!
doakan saya ya dapat jadi hamba Allah yg semakin solehah, semakin bersyukur, berjaya dunia akhirat! May Allah grant you guys taufiq and falah too!
#notetoself
#bittaufiqwalfalah
– sis positive:)
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Nurfatihah Aminin
Motivasi untuk kte n Lyana Alwani.. Goodluck!
Qaidi Ahmad
Fakhrul Ramadhan