Nama aku A, berumur 28 tahun. Aku pernah mempunyai seorang teman lelaki selama 5 tahun, sebelum kami putus akhir tahun lepas. Biar aku namakan dia sebagai Z.
Aku kenal dengan Z masa zaman belajar. Pada awalnya kami sekadar berkawan sebelum Z meluahkan perasaannya pada aku. Memandangkan Z pun tak pernah bercinta lama, aku sendiri tak sangka yang kami mampu bertahan selama 5 tahun.
Sepanjang kami bercinta, aku mengaku yang Z memang sayangkan aku. Aku ni jenis yang suka marah dan kuat membebel, tapi Z sabar saja dengan aku.
Sampai Z pernah cakap, dia lagi takut dengan aku daripada mak ayah dia. Bila aku merajuk, sampai berjam-jam Z pujuk aku.
Bila birthday aku, dia tak pernah gagal surprisekan aku. Bila cuti semester, dia selalu datang ke negeri aku untuk spend time dengan aku. Pointnya bila dia sayang, dia buat apa saja untuk aku. Tapi bila dia tak nak, dibuangnya aku macam tu saja.
Disebabkan sikap dia yang seperti inilah, aku terlalu percayakan dia sampai aku serahkan segala-galanya pada dia, termasuk kesucian aku. Dia janji yang dia akan bertanggungjawab dan kahwin dengan aku lepas habis belajar. Dia siap pernah jumpa lagi dengan parents aku semua.
Aku pun banyak bertahan dengan dia dan buat macam-macam untuk dia. Z ni kuat minum, kuat hisap rokok, selalu fail exam, dan macam-macam lagilah perangai buruk dia. Tapi aku terima je semua kekurangan dia. Sebab sayang kan. Bodoh bila fikir balik.
Sepanjang 5 tahun ni, kami pernah dua kali putus sebab bergaduh besar. Kali pertama, sebab kawan aku bagitahu yang Z menggatal dengan dia.
Z menafikan. Z kata dia cuma act friendly, kawan aku yang salah faham. Tapi aku tak percaya. Aku malukan Z dekat media sosial dan minta putus dekat Z. Tapi kemudian, kami berdamai.
Kali kedua, lepas kami habis belajar. Z habis belajar lambat setahun daripada aku. Jadi, memang aku yang bekerja dulu. Jadi normallah bila dah kerja, aku fikir nak kahwin. Memandangkan kami dah lama bercinta, aku mendesak Z untuk halalkan aku cepat.
Z suruh aku sabar sebab dia baru empat bulan kerja masa tu. Tapi aku tak boleh sabar sebab ramai kawan aku yang dah kahwin. Mereka boleh, kenapa aku dengan Z tak boleh?
Memandangkan status pendidikan dan status family aku, aku minta hantaran 25k daripada Z. Z cakap dia tak mampu lagi masa tu.
Tapi aku tahu, tu alasan dia saja. Keluarga dia bukan calang-calang, mak ayah pun bukan kerja biasa-biasa. Doktor kot dua-dua. Setakat 25k, celah gigi mak ayah dia boleh bagi.
Z cakap dia nak berusaha sendiri, dan kalau aku nak cepat, dia mampu bagi rm10k saja pada aku. Lagipun kahwin besar-besaran pun, bukan boleh jamin bahagia.
Kecil besar kecil besar saja aku tengok Z masa tu. Sumpah dia perli aku dan mencabar kesabaran aku. Aku terus minta putus, dan Z terus setuju. Yang lagi buat aku marah, dia suruh aku cari lelaki lain yang lagi kaya daripada dia.
Aku sahut cabaran Z. Aku keluar dengan kawan aku, S, yang dah lama bagi hint yang dia suka dekat aku. Dan aku tidur dengan S. Lepas tu, S jauhkan diri daripada aku. Bila aku tanya S “what are we?”, S cakap “tak ada apa-apa.” Betapa remuknya hati aku ketika itu.
Aku jadi hilang arah, dan terus aku teringatkan Z. Aku kembali pada Z selepas itu. Menangis-nangis aku masa facetime sebelum Z akhirnya terima aku kembali.
Z kata, dia pun tak boleh lupakan aku. Sepanjang kami putus sekejap tu, hari-hari dia pergi minum sebab sedih. Kami pun kembali bersama.
Antara aku dan Z, tak pernah ada rahsia. Z tanya aku, aku ada orang lain ke sepanjang kami putus. Aku mengakuinya dan ceritakan semua benda pada Z.
Muka Z berubah masa aku cerita tu. Nampak dia kecewa. Selepas itu, aku perasan perubahan Z. Dia jadi lebih cemburu, insecure, dan tak lagi percayakan aku bila aku keluar dengan lelaki lain, walaupun ramai-ramai.
Aku jadi bengang bila dia buat macam tu dan semakin kerap cari pasal dengan dia.
Aku dah banyak kali minta maaf kot, kenapa dia masih nak mengungkit? Dia buat seolah-olah aku saja yang berdosa dan dia tak pernah buat silap.
Pergaduhan kami makin lama makin teruk sehingga akhirnya kami putus. Z kata, dia tak boleh terima yang aku tidur dengan lelaki lain.
Alasan tu saja yang dia ungkit, macam dia tu baik sangat. Z acah seolah-olah dia jaga maruah aku sangat selama ni, padahal dia yang ragut kesucian aku.
Yang paling aku sakit hati, dia perli-perli aku lagi. Cakap yang aku ni naif, ingat semua lelaki macam dia ke, masih nak together lepas dah tidur dengan perempuan.
Lepas putus dengan Z, aku jadi hilang arah kejap. Aku tak nafikan, aku tunggu juga Z datang merayu pada aku semula. Tapi, Z tak kembali. Aku mengubat hati aku dengan spend time dengan kawan-kawan, pergi getaway. Aku up dekat media sosial supaya Z nampak.
Biar dia tahu yang aku boleh hidup tanpa dia. Sesekali aku stalk juga media sosial Z. Nampak dia merana bila aku tak ada. Ada beberapa kali, dia up status. Kata dia sunyi, merana, hidup dia dah tak ada makna. Bila aku baca semua tu, aku jadi puas hati.
Tapi semuanya berubah bila sebulan lepas, kawan aku bagitahu yang dia nampak Z keluar dengan seorang perempuan. Mereka nampak mesra, siap pegang tangan lagi.
Aku terkejut. Aku terus stalk media sosial Z. Z tak pernah up gambar mana-mana perempuan, tapi aku perasan, sejak dua menjak ni, ada beberapa status dia macam orang bahagia.
Cakap dia rindu la, apa la. Mulanya aku ingat dia tuju ke aku, tapi bila kawan aku cakap macam tu, terus aku rasa status itu bukan untuk aku. Yang lagi buat aku marah, bila Z up status whatsapp, he’s happy now dan dia tengah berusaha nak halalkan seseorang.
Z sekarang sudah ada kerja tetap. Gaji pun tinggi. Dan benda ni buat aku tak puas hati. Aku yang bersama dengan Z bila dia tunggang-langgang dulu, bila dia dah berjaya, perempuan lain yang dapat dia.
Mulanya aku ingat, perempuan tu mesti tak tahu masa silam Z dengan aku. Kalaulah dia tahu siapa Z sebenarnya, mustahil dia akan terima Z. Z tu bukannya baik sangat.
Tapi bila kawan aku tanya kawan Z, kawan Z bagitahu yang perempuan tu tahu semuanya tentang masa silam Z, termasuklah pasal Z pernah tidur dengan aku. Perempuan tu pun tahu yang Z minum, tapi dia masih terima Z.
Aku macam tak percaya. Tapi aku rasa, perempuan tu pun mesti bukan perempuan yang suci sangat. Silap-silap lagi teruk daripada aku. Sebab tu dia boleh terima Z. Z pun terima je sebab dia pun bukannya baik sangat. Takkan nak demand perempuan tudung labuh pulak.
Dan dari apa yang kawan aku cerita, perempuan tu biasa-biasa je. Aku lagi lawa. Sesuai sangatlah. Tak handsome dengan tak lawa.
Kawan aku bagitahu juga, perempuan tu budak U aku. Entah masa bila mereka kenal, aku pun tak tahu. Entah-entah Z memang dah kenal dengan perempuan tu masa dia dengan aku lagi. Lepas tu acah-acah dia nak putus dengan aku sebab aku curang, padahal dia pun curang.
Aku ada risik-risik juga pasal perempuan tu daripada kawan aku yang kebetulan kenal perempuan tu. Kawan aku cakap, perempuan tu jenis tak berkawan sangat. Buat hal sendiri je.
Diaorang pun tak tahu banyak pasal perempuan tu. Lagilah aku senyum sinis. Perempuan macam ni kadang-kadang lagi bahaya. Dalam senyap-senyap tu, entah apa yang dia sembunyikan.
Point aku sekarang, kepada semua perempuan, janganlah percaya sangat dengan lelaki walau kau rasa dia baik macam mana sekalipun.
Jangan nak pergi serah senang-senang je diri kau walau macam mana sayang pun kau kat lelaki tu. Sebab at the end of the day, belum tentu dia akan hargai kau.
Dan kepada perempuan yang tengah bersama Z sekarang, aku lebih kenal Z. Mungkin kau rasa kau boleh terima semua kekurangan Z sekarang. Tapi in the long run, penat. Sumpah penat.
Dia mungkin berjanji bulan dan bintang yang dia nak kahwin dengan kau. Konon nak halalkan kau. Tapi, semua orang boleh berjanji. Tak semua mampu kotakan.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit