Assalamualaikum, sy dulu seorg penuntut universiti awam di shah alam. Dari zaman sekolah rendah hingga ke zaman sekolah menengah sy mmg x ramai kawan. Semasa sy berumur 13tahun sy belajar di salah satu sekolah sbp yg terkenal. Tapi dr sy 13 tahun hingga 15tahun sy hanya ada beberapa kawan. Yg selebihnya sy dipulaukan oleh rakan batch sbb mereka kata sy nerd. Ya, sy berkaca mata tebal, pakai butang smpai atas, pakai songkok sepanjang masa. Tapi sy bukannya jenis ulat buku. Penampilan sy yg buat mereka panggil sy seorg nerd dan disebabkan itu mereka pinggirkan sy. 3tahun sy merayu nk tukar sekolah. Bayangkanlah, dlm satu batch lelaki tu hanya 5 org saja yg sy rapat. Yg lain semua mmg pulaukan sy. Caci maki tu bg saya dh biasa. Tapi biasalah, bila susah sy yg dicari. Adat dunia, sy dh lali. Akhirnya selepas pmr sy berjaya pindah ke sekolah harian yg biasa. Sy ingatkan selepas itu sy x akan rasa lagi situasi mcmtu tapi still, sy hanya menjadi kawan bila susah. Masa senang mmg sy seperti seorg pendiam. Setiap kali rehat sy akan ke kelas sebelah, ada la a few kawan2 yg rapat disitu. Sy pon x tau kenapa sy masih dilayan mcmtu. Tapi sbbkn sy x rapat dgn pelajar lelaki batch sy, sy rapat pula dgn perempuan batch setahun bwh dr sy. Bila berkawan dgn perempuan2 muda setahun ni rupanya sy lagi tak disukai oleh batch lelaki sy. Sy pon tidak faham kenapa dan apa salah sy sehinggakn ada seorg kawan sy beritahu yg sy x mcm diorang dan ada perasaan iri hati sbbkn sy rapat dgn pelajar2 perempuan. Biasalah lelaki umur 17thn. Kebanyakan suka futsal, sukan, enjoy, huha huha sana sini. Sy mmg lain dr yg lain. Sy x suka bola sepak atau apa2 sukan. Sy x suka utk lepak lama2 x ada hala tuju. Umur sy ketika tu 17tahun tapi cara sy berfikir mcm lelaki dewasa berumur 25tahun. Umur 13-15 dipulau sbb sy ni nerd. 16-17 sbb sy x mcm diorang yg lain. Selepas spm alhamdulillah sy dpt menuntut di universiti awam di selangor dan syukur alhamdulillah sy telah berjumpa dgn ramai sahabat dunia akhirat. Susah, senang semua sama2. Klu sy ada masalah seperti x ada duit mereka akan cover, klu mereka x ada duit sy cover, senang cerita segala masalah yg sy ada mereka sentiasa ada. Kami mcm adik beradik. Pergi mana2 mesti bersama.
Sy belajar x smpai degree tapi alhamdulillah, setahun sy push belajar selok belok investment banking seorg diri dan berkat doa ibu ayah sy sy skrg bekerja di UK sebagai fund manager di sana. Tapi, perkara yg tak seronok tentang kerja di negara lain ni dh lama sy x jumpa sahabat2 sy. Rindu, setiap hari x akan lupa kenangan sy dgn mereka. Susah nk jumpa sahabat yg betul2 kita boleh percaya. Sahabat mcmtu boleh dikatakan satu dlm seribu. Tujuan sy kongsikan cerita ni nk pesan kepada anda yg klu anda ada seorg kawan yg 'nerd' yg x minat bola, sukan, jgn pulau diorang disebabkan atas dasar yg mcmtu. Tak semestinya dia mcmtu dia bukannya org yg x baik. Bila sy balik ke Malaysia dan terjumpa dgn org yg pulaukan sy dulu muka mereka penuh dgn malu dan rasa bersalah. Dulu sy seorg nerd, tapi skrg ni sy dh ada kerja bagus, beberapa rumah, tunang yg baik, keluarga yg baik dan sahabat yg sgt baik. Semua dlm umur awal 20-an. Sy bukannya nk boasting atau nk balas dendam kt mereka yg pulau kan sy dulu tapi sy yakin semua yg terjadi kt saya ada sebab yg Allah beri. Kedua, klu anda skrg ni ada sahabat dunia akhirat, jgn la sia2kn mereka sbb trust me rasa mcm nk je setiap minggu hop in kapal terbang sbb nk jumpa parents dgn mereka. Klu anda skrg ni dlm pergaduhan dgn sahabat anda tlg rendahkan ego dan betulkan apa yg silap. Bila kita dh x dpt jumpa sahabat kita, smpai bila2 kita akan kenang pada mereka. Ingat ya, kt dunia ni ramai org. Tapi nk jumpa sahabat sejati tersangatlah susah. Hargai sahabat anda.
– Encik A.
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit