Pernah dulu saya takde duit, saya jalan-jalan sorang diri ke pekan, tiba-tiba jumpa makcik minta sedeqah…saya ni jenis mudah simpati, lantas selok poket ada beberapa keping duit syiling, saya bagi dan terus berlalu pergi.
Ternyata Allah ganti sedikit duit yang kita beri dengan ikhlas tu dengan kurniaan yang berganda-ganda, pada hari yang sama juga saya naik teksi sapu, ada seorang pakcik tua, kami bersembang dan saya kenalkan diri sebagai seorang pelajar. Lepas kami turun teksi, dia genggam tangan saya dan bagi saya sekeping wang kertas. Alangkah terkejutnya saya ianya berupa note seratus dolar Amerika. Pakcik tu berlalu pergi tinggalkan saya sambil tersenyum, sedangkan saya masih terketar-terketar bagaikan bermimpi. Kisah ini berlaku semasa saya belajar diluar negara.
Kisah kedua semasa hari saya menduduki peperiksaan, 2 subjek pada hari yang sama. Malamnya saya hampir tidak tidur langsung, mengulangkaji subjek. Kedua dua subjek banyak topik yang saya tinggalkan.
Kebetulan peperiksaan jatuh pada hari jumaat, ada tabung misi kemanusiaan untuk Syria diluar masjid, waktu tu saya memang takde duit sangat. Namun, saya yakin Allah akan ganti dengan balasan yang berganda, tak semestinya wang ringgit. Saya sedekahkan beberapa ringgit, dengan niat ikhlas kepada Allah, dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah agar mustajabkan doa saya.
Ternyata benar hadis nabi yang saya baca tertulis di kain rentang di universiti, yang berbunyi : tidak akan kurang hartamu dengan bersedekah. Alhamdulillah walaupun saya tidak sempat ulangkaji semua topik, namun saya mampu menjawab semua soalan dengan mudah. Allah mudahkan jalan, idea datang mencurah-curah. Saya mampu menjawab soalan tidak sampai sejam, walaupun ianya sangat susah, ramai kawan-kawan mengeluh dan mengadu.
Alhamdulillah ya Allah, kawan-kawan percayalah akan keberkatan disebalik keikhlasan dan pengorbanan yang kita berikan. Ianya tidak sia-sia, Allah pasti akan membalasnya!
– saya orang miskin
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Setuju!
Azreen Yenyen
Ya,anakanda Farah.Kebergantungan kpd Allah 100 peratus itulah acuan opahmu dlm diri ini.Siapa yg pernah merasa study exam akhir di katil hosp?Dgn tesis yg perlu disiapkan dan bermcm2 dugaan serta ragam yg sakit.Ikhlaskan hati,berlapang dada.Slps jam 1 pagi baru dpt study,disapa pula nurse dan doc…jgn lupa tahajud dan hajat krn Allah maha besar kurnia.Seusai Subuh dpt lelapkan mata dgn lena yg amat pjg wp waktu teramat singkat.Slps mandi,dpt pula call shbt sanggup dtg ke hosp utk bawa ke U.Syukur…nak melangkah ada pula jiran sblh katil hulur breakfast…Syukur.Dlm keta,dpt pula call dr bonda yg x putus2 berdoa dan apabila kertas exam dibuka,segalanya jd mudah,idea mencurah2 krn Allah yg bg mudah.Keluar dewan dgr keluhan kwn2 yg rasa amat susah.Result keluar…straits A…sujud syukur kpd Pencipta.Nama bonda jgn lupa didedikasi dlm setiap assignment.Itulah berkat namanya.
Zaid Ozir