Frust Kerna Cinta !

Assalamualaikum warga iiumc. Aku rasa tertarik untuk share sesuatu yang insyaAllah ianya bakal memberi manfaat untuk kita semua terutama yang pernah terluka hatinya.
.
Kat sini,mesti ada yang pernah kecewa dengan cintakan? Pernah diberi harapan palsu. Impian untuk membina mahligai bahagia jatuh terhempas kerana dipermainkan. Pernah menangis berhari-hari lamanya sebab terluka. Ada tak sape-sape yang alami perkara tu? Angkat kening sikit.. *smile
.
Secara jujurnya, aku pun pernah alami apa yang korang alami. Berbulan lamanya aku ambil masa untuk ubati hati yang dah cedera parah. Remuk teruk cinta aku. Si dia hanya layangkan impian untuk sama-sama melakar bahagia, tapi di akhirnya dia yang hancurkan semua tu. Penat merayu, penat menangis akhirnya aku pasrah. Cinta dia bukan untuk aku. Hati dia bukan milik aku.
.
Perlahan-lahan aku merangkak, mencari cinta Allah. Allah kutip kembali hati aku yang dah hancur berkecai. Allah terlalu baik dengan aku. Saat aku baca ‘surat cinta’ dari Allah, lalu Allah berikan khabar gembiranya buat aku.

“ Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu.” ( Surah Al-Anfal:70 )
.
Rasa terpujuk bukan? Waktu tu, baru aku sedar yang aku cuma kehilangan secebis cinta manusia, tapi aku masih miliki selautan cinta Allah. Bila terluka dan menangis,Allah sudi pujuk. Benarlah, Allah itu sangat romantik dengan hamba-hambaNya. Cuma kita yang terlalu alpa dengan Pencipta. Cuma kita yang terlalu ghairah mengejar cinta manusia. Percayalah, saat kita merasa cukup dengan cinta Allah, cinta manusia tu ibarat debu je bagi kita. Kita akan lebih teruja mengejar cinta Allah bila hati kita dah benar-benar merasa lazat dengan cintaNya.
.
Percaya saja dengan takdir Allah. Pasti besar hikmahNya bila kita tak dijodohkan dengan si dia. Pasti ada sebabnya Allah tak pilih kita jadi pasangan si dia. Siapa tahu, Allah nak kita perbaiki dulu akhlak kita. Siapa tahu, Allah sengaja pisahkan kita sebab Allah tahu kita belum bersedia lagi hidup berumahtangga. Siapa tahu, Allah sengaja pisahkan kita sebab si dia bukan yang terbaik untuk kita. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada sebabnya. Jadi,sangka baik dengan Allah ya?
.
So,how to move on? Memang perit nak terus lupakan si dia. Tapi,kita harus mencuba. Si dia dah takde sebarang erti untuk kita. Biarkan dia dengan hidup dia, dan kita teruslah mengejar kebahagiaan kita. Kejar kembali cinta Allah yang telah lama kita lupakan. Sambut kembali kasih sayang dari Allah. Buka kembali kalam Allah yang dah lama kita tinggalkan. Sujud kembali ke sejadah dengan penuh rasa penghambaan. Menangislah sepuas-puasnya di depan Allah kerana Allah teramat sudi mendengar rintihan hamba-hambaNya. Biarlah untuk sekali nie kita menangis untuk Allah. Biarlah untuk kali ini cinta kita tulus buat Allah. Biarlah untuk kali nie Allah yang pilihkan ‘cinta’ yang layak untuk berdamping dengan kita. Yakin dengan Allah. Allah pasti akan berikan yang baik-baik untuk kita.
.
Kesatlah kembali airmata yang menangisi cinta manusia. Dan renungkan lagi ‘kalimah cinta’ dari Allah dalam surah Al-Fajr:28-30.

“ Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.”
.
Ayuh sama-sama kita redha dengan ujian cinta ini. Moga suatu hari nanti kebahagiaan yang dicari akan menjadi milik kita dan berkekalan sampai ke jannahNya. Aamiin.
.
Thanks admin iiumc sudi share confession aku. * Big smile

– -Kiki Lala-

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

29 Comments

  1. Whoever you are confessor, thank you so much for this. Keep on writing positive words. I cried. This is too beautiful. Tolong doakan saya jumpa apa yang saya cari selama ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *