Berapa ramai anak muda sekarang macam ni agaknya? Gaji baru RM5000(tak bersih lagi tu) dah gila nak pakai kereta besar-besar. Honda Volkswagen Toyota, installment RM1000++ sebulan. Belum pikir minyak lagi tol lagi, roadtax honda city setahun pon dah 2000++ tau. Tak dan nak menyimpan duit. Manusia sekarang terlalu pentingkan status. Nak nampak kaya di hadapan orang lain. Nak pakai iphone nak pakai kete besar, handbag branded, semua sebab nak puaskan mata orang lain, bukan sebab nak reward diri sendiri ke.
Ok nak kenalkan diri jap, aku umur 28tahun, dah kawin dan ada anak. Kerja biasa2 je, lepas kawin suami suruh berenti, tolong ayah bisnes jela. Alhamdulillah lepas berenti masa tu umur 25, Allah kurniakan rezeki melimpah ruah kepada suami. (Yela suami redha isteri tak kerja mestilah Allah bagi rezeki melimpah ruah, jadi lelaki sila buat baik kepada isteri anda supaya lancar rezeki hehe) Dan sekarang gaji suami aku lebih dari 10k sebulan. Kerja ofis saje, bukan engineer, bkn pilot, takde buat bisnes sampingan atau side income lain. Tapi, kami, masih hidup seperti biasa, macam masa awal2 kawin, gaji 3.6k je dulu, boleh gi jalan2 oversea, banyak duit lebihan boleh belanja adik beradik makan, hulur lebih kat mak ayah, bayarkan bil2 rumah. Gembira hidup boleh berbakti macam ni. Sungguh gembira.
Nak tahu apa yg kitorang buat sampai boleh ada duit lebih banyak bulan2? Kitorang tak sibuk nak bermewah macam orang lain, tak sibuk nak tukar kereta bagi lagi besar, pakai kereta malaysia je, tak sibuk nak modify kereta, tak sibuk nak beli barang mahal untuk jamu mata orang lain. Rasa macam terlalu cukup dah dengan apa yang ada. Ada duit lebih boleh keluarkan bila2, boleh kumpul duit beli rumah. Kami dah ada 2 rumah dah. Alhamdulillah.. Kami bezakan mana aset dan mana liabiliti. Liabiliti tu kami tolak tepi dulu.
Banyak dah depan mata ni aku tengok kesengsaraan mereka2 yang terlalu pentingkan status depan mata orang lain. Biarlah orang hina ko takde duit ke apa ke, bukan dorang tahu dalam akaun ko dah ada berjuta lemon ke, ko kene ingat kalau dorang muda2 dah pakai kete besar handbag mahal tapi keje swasta je, takde bisnes atau side income lain, sah memang sah, dorang tak sempat nak menyimpan pun. Saving pun ntah ada 1000 je. Berbanding ko yang pakai kete biasa2 je. Ini fakta ye, celah mana nak korek duit nak wat bayar kete besar2 ni kalau setakat gaji ofis je.
Aku tak hina orang yang pakai kete besar2, nampakla kebanggaan bila jumpa kawan tu, cuma aku nak kita belajar hidup jangan nak pikir nak impress orang je. Brape ramai kawan2 aku yg macam ni, sangat ramai, pentingkan status, nak nampak berjaya je. Barang branded tp saving pun takde.
Dah tu, tak dapat nak berbakti kat mak ayah, hulur lebih sket, tengok dorang senyum, berkat tu berkat, bagi lebih Allah tambah lebih lagi(tapi yg jadi suami jgn sampai bg semua gaji kat mak ayah plak, berdosa plak awk nanti, berbakti pada orang tua tapi dalam masa sama nafkah isteri tak bagi, neraka jugakla yg tarik awak, jgn salah konsep ye). Tapi walaupun aku slalu hulur duit kat family, kadang adala masa takde duit jugak tu, saving tinggal sikit (sebab nak bahagiakan orang lain punya pasal, dan kadang2 sebab aku ngan suami suka pergi jalan2 ke negara orang hahahhahahah) tapi tapi tapi, Allah ganti jugak ke lain, sebab kami jual sebuah rumah kami dapatlah bersih dalam 30k +++( hasil tunggu apreciation stahun je, beli rumah stahun pastu terus jual), oklah sori melalut panjang, apa yg aku nak tunjuk kat sini adalah, didik diri jangan guna duit kita untuk impress orang. Tapi gunalah untuk bahagiakan diri kita.
Takperlu pakai iphone masuk kedai keluarkan sebab nak tunjuk aku mampu beli barang kat kedai ni(hasil dengar cerita dari orang yg rasa insecure ngan diri), berjalanlah dengan perasaan yg yakin, bersyukur, nampak gagah dan berani, sebab tahu ye, aku ada duit, ada saving yg banyak, tak perlu rasa tak secure nanti orang pandang dia takde duit ni, huh, peduli apa dengan pandangan orang. Kadang yang hina kita takde duit tu, dia la yang sebenarnya takde duit. Kita je taktau. Dan dia je tak sedar diri. Hahahhaha
Duit bukan segalanya tapi ye segalanya perlu duit. Rancanglah duit anda dengan sebaik2nya. Jangan berbelanja utk impress orang. Takde guna. Lainlah memang dah jadi milionaire. Dan ingat satu benda, org yg betol2 kaya, memang dah tak kesah dengan harta, nampak humble je, sbb apa? Sbb dia dah biasa merasa semua benda sampai tahap tak kisah dah. Yg bajet2 baru nak kaya je suke tunjuk semua benda yg dia baru dapat, baru beli, stereng kete la, gambar rumahla, kenapa kene tunjuk? Sebab kurang self esteem jadi nak nampak yakin kene tunjuk dulu aku ada itu ada ini(menurut kajian ye, sila google low self esteem, atau pape yg patut,pandai2 la da besar kan hihi) ok.. Jadilah org yang yakin dgn diri sendiri.
– N
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Nadia Nadhira Razani
jgn lupa bayar ptptn ye..
win ?
deep
Aku suka confession mcm ni cuma ade part perlu perbaiki. Seolah2 memandang rendah pd mereka yg takde saving/beli kereta mewah bla3. Nak nasihat tak perlu mgutuk. Cerita yg positif pun dah ok.
Suri rumah tumpang hasil suami tp sembang power. Yg hebat tu suami anda
Tepat sekali. Haha.
bro, sedikit sebanyak pun dia sbg isteri dan suri rumahtangga menyumbang jugak atas kejayaan yg dikecapi suami dia
Xnafi. Tp dia xlyk kondem lifestyle org sbb apa yg dia nikmati sekarang bkn usaha dia. Dia hanya support dr blkg.
Lelahnye mencari duit sendiri dan nikmatnye dpt gunakan utk apa dia mahukan…
Winn.. Akk ni x rs susah cr duit tp nk kondem org..lain la dier mati2 kjer wat itu ini smpi boleh kaya tp pndai manage duit..blh la cerita…
Setuju bro ni, jgn bila suami niat nk pasang satu lg, buat confession lain plak, bukan mendoakan, nasihat je kikikiki
Good confession. Tapi ade beberapa bahagian elok diperbaiki. Ada part seolah-olah mcm ujub dan bangga diri. Aku lah paling baik, aku lah yg pandai uruskan duit, korang yg pakai kereta besar semuanya berlagak kaya tapi miskin.
Yg lain semuanya ok ade nasihat ade tips pasal income management.
Objektif penulisan berniat baik, tetapi seperti terselit perasaan riak dalam penulisan. Hanya sekadar pendapat.
Sy juga berpendapat sedemikian.baca separuh.trus terpikir uiii riak dlm iman ekekekekeke
Ade gak fikir..mcm perempuan perempuan lg bagus henti kerja dr bekerja…ntahlah…pendapat masing kot
Suami kaya syok ah taip cita…try dpt yg sebaliknya…
Nampak jgk. Nak2 part jalan kat luar negara. Asal tk jalan dalam negara je. Mesti anda jwb self reward. Macam kereta/branded stuff jgk. Sebab apa sesorang tu beli? Sebab self reward and dia mampu. Jangan pandang semua orang ada mentaliti yang sama. Bukan semua orang beli barang mahal utk menunjuk.
betol lah..knp tulis mcm ni eh?? memang mcm riak lah.. biarlahh orh taste lain2.. dah rase ade saving byk anda tu yg xpyh riak..
Setuju. Mula2 Nmpk okay, lama Nmpk riak terus stop baca
Sy pun rasa yg sama.mcm nk riak depan org je
Haha.betol tuh
Belum pernah diuji lagi kerana berada dalam keadaan selesa. Apa pun alhmdullilah untuk confessor ? Bagi saya, berpada la kalau ingin memberi nasihat jangan sampai nampak sedikit keriakan di situ. Stop judging manusia lain jika tidak mahu dijudge – just my two cents
Sokong ko bro.. cter konon jln2 oversea.. org lain xde saving.. suami gaji tiptop.. come on la.. lain org lain cara nk hrgai usaha sendiri.. jgn persoalkn pe org buat sbb tu bkn duit kau.. kau cuma blh bg nsihat bkn kutukan..
Part beli kereta mewah dia kondem..tapi awat dia x muhasabah diri bercuti dlm malaysia je instead of bangga gi jalan oversea? jawapannya mudah. Terlalu sangka buruk kat org lain
Ntah… Riak siottt penulisan ni hahaha
setuju. ?
cc:Ayuz Lala
huhu
Azalea Velvet
Baguslah. Tp jgn riak k.
tak faham. cerita ni nak menunjuk ke nasihat? apa kata screenshot jer terus akaun SUAMI akak yang ada beratus ribu tu kat sini? tak payah la susah susah nak karang ayat panjang panjang kan? huhu.
Bkn ratus tuh..juta2 klu dh karang pnjg cm gini ???
Haha laki dier jela kaya…bkn dier pn…
hahah kan. masa mula mula baca tu dah bagus. bila teruskan pembacaan lagi, rasa macam nak penumbuk pom ada juga. huhu.
Huhuhuhu
Kikikiki…. Ptotnye suami dier yg confess cni..sbb suami dier yg pnt cr duit..akk tu goyang kaki je p oversea… Cba dpt laki mskin..tu p msok page Kisah Rumah Tangga jaja plak lelaki mls kjer, x bg duit, nafkah blablabla… Alahaiii akk…
Alhadulilah murah rezeki
Do what can satisfy you.
Ada org spend money dekat kereta sebab minat
Ada org spend utk travel overseas
Kalau aku spend topup game
Cuma jangan sampai membebankan.
Nak modify kereta boleh jangan over budget saja
Satu hari bile suami sudah tiada huhu….ok tolong sambung…..
Akk tu msok plak page KRT – kisah rumah tangga… ???
kesian orang pakai Iphone Asek kena bash
Tahla.sy pn heran.asek bash je.nampak Mewah sgt ke pakai iphone???
I pkai iphone suami bagi..habisla,pasni nk jwb call pun kna sorok2..nnt org judge,dia ni papa tp nk berlagak..?
Psssttt…nk ckp…kaya pun ujian…miskin pun ujian…tp xde guna klau jd xkaya tp x beri manfaat kt org…pepatah fb ada mngatakn…sstgh org miskin sbb dia cuma ada hnya duit…
matlamat hidup dan matlamat kewangan setiap orang tak sama.
Dan, macam mana tahu orang yang spend lebih kat diri sendiri, tak hulur kat mak ayah diorang? atau tak de saving langsung? Perlu ke kawan2 awak report semua detail kat awak?
Saya ada kenal orang yg sangat ‘kedekut’. Duit gaji suami isteri memang saving gila babi. beli property. Memang bagus la.
Tapi, dia selalu jugak kondem member lain esp yang bujang sebab tak beli property. Sebabnya yg bujang2 ni suka travel. Again saya nak cakap, matlamat kewangan setiap orang tidak sama.
love this.
Wahh..10k ..nak sikit duit suami tu..maklum laa sy ni cuma golongan muda yg x pandai urus kewangan
Alhamdulillah tp jgn lupa Allah juga akan menguji Simpan dendiam je 10k tu
hahahaha
simpab dendiam ???
sy rasa dia cuma nak menyedarkan saja, tiada riak pun. kalau riak pun bukan kita tahu dia siapa.. nice confession sis, bukan senang org nak wat mcm ni, biasa semua nak yg menunjuk yg besar2 taktahu nak puaskan hati siapa.. inspired. . betul tu org kaya tak bangga dgn harta dia sbb dah biasa. well said. :)
Shira Rohim
Sembang letop.acah2 nasihat walhal nak nunjuk..ramai dah aku jmpe org cmni
tahu xpe
Lebih kurang macam geng nikah islamik. Canang satu dunia perkahwinan dia lah yg paling ikut sunnah, paling rendah hantaran… Perkahwinan org lain semuanya x ikut sunnah, membazir etc
Ahaha..betol..yg dok buat grand x de plak up status kutuk org buat simple.yg buat simple plak overdose kutuk org buat grand.dah org tu mampu nak bg ramai org makan ape salahnya.aku rasa makcik yg confes ni jeles kot org gaji 5k pakai honda sbb dia masa muda mudi x sempat merasa gaji 5k da jadi suri rumah.
Natasha, nanti majlis kahwin kita awk nak grand ke simple?
Ahahahaha..grand,hantaran 150k,baju je rege 50k, resepsi kt 10hotel 5bintang..fuhhh..
Boleh. Nanti abg aturkan..haha
Keje apa sampai 10k? Nak tau gak…bisnes bukan tapi keje ofis saje? Ofis mana bagi 10k tu? Nak hantar resume la. #sisserius
heheh Ape confession ni sis? Menarik. Kje ngn parents, kawen laki gaji 10k sebulan ddk ofis, jual sebuah rumah, ‘duit bukan segalanya’, its all about harta yg mampu dibeli. patut post dan viral kt siakapkeli etc bkn kt confession page. #mcmceritanovel #notinspired
Ahahaha… ntahla sis. Yang i nak tau sekarang ada ke keje ofis saje yg bukan engineer yg bukan bisnes gaji 10k. Yg i tau sis technician boleh 10k tapi bukan duduk ofis saje. Arkitek pon bukan duduk ofis saje. Kena pergi site. Oil and gas ke bukan duduk ofis saje. Kena pegi site. Bos kat ofis pun bukan duduk ofis saje kena pergi meeting. Lecturer pun kena masuk kelas bukan duduk ofis saje. I confuse sis. Ada bos bayar 10k tapi duduk ofis saje. I nak apply sis. #sisserius ?
Hahah ssh nk percaya. Mcm propaganda pun ade. Realiti nye hidup x semudah duduk dlm ofis dpt gaji 10k. berapa thn experience yg melayak kn diri dpt gaji cmtu. Rezeki hubby die.
Sama je kak. Ada org spend kat krete ada org spend g bercuti. Ikut hati suka yg mana lah. Dia nak riak dgn krete dia biarla. Akk nk riak pergi luar neg suka akk la. Dia pn ada saving cam akk bukan akk sorg je ada saving. Cuma dia xsembang je la.
Setuju.self reward setiap org xsama
Kan. Biarlah. Cara masing2 nak self reward.
Sng jer kitorg ckp kt akak ni…untong la kak oiiiiii…. Perjalanan hidup kiter berbeza, dugaan hidup kiter pn berbeza… Akk bersyukur jela aper akk ader… Bersyukur la boleh jd suri rumah..org lain tjawab dier lain… Jgn sng2 akk nk nilai scra kasar hny sbb akk rs akk ader hidup sdrhana tp mewah, konon2 pndai manage duit… Akk sndri pn x bgaji kak oi… Langit x selalu cerah… K kak..bye…
Dulu pernah ada manusia lebih kurang ckp mcm ni gak..duk bangga dgn suami tp skali tu laki dia p ‘pasang’ lg satu daa…?
Aduhaiii… Tue la… Tlalu riak pn x blh jgak kn… Nasihat biar ukur bju sndri, jgn pndg sumer org negatif dan kiter jer yg bgus kononnyer… :-)
Noor Farrah Wahida Murad see honda always kna mention dlu
Tumpang gelak jap
Iphonee pun?? apa salah iphone??
Bagi sy lah kan kak… Ikot dia duit dia. Tu je leh ckp. Akk jaga duit akk dia jaga duit dia. Habis cter.
Klu nk bagi nasihat, mohon susun tutur ayat tu bg elok. Ada elemen riak d situ.
So?
Kak klu tak keje, hidup pun dgn duit suami, tak pyh la ckp cmni. Elok jaga suami elok2 je.
hahahha. nyesal akak tu post ni.
Hahhahaha…kejammm…cm doa je tu..
Haha takda la sampai doa. Cuma cara dia ckp tu tak kena.
Confessor ni riak tak riak tu dosa dia dgn Tuhan. Tp point dia byk yg kita boleh ambik iktibar. Realiti nya mmg mcm tu pun.. ramai yg sanggup papa asalkan bergaya. Kdg2 kita sndri pun ada sifat boros tu.. Mana yg tertampar jiwa tu masih ada ruang utk ubah lifestyle.. Bknnya melenting. Masalah kita ni lah dia, ego sgt. Bila ditegur, org yg tegur tu kena perfect dlu baru kita nak dgr. Mana lah ada org perfect dlm dunia ni…
Parked.
AGREED.
Ramai yang buthurt kah? Hahaha
Smoga dijauhkan dari perasaan ‘aku rasa aku bagus’ :)
Hahahaha
Smoga sikap nak bash dan pandang serong kpd pengguna iphone juga dihentikan. Kesian mereka hahaha
Nk riak ek awak.. lain org lain citarasanya.. lain org lain perbelanjaannya. Adr org belanja sbb minat, ada org belanja sbb nak gembirakn seseorg contohnya familly etc… tak semua org sebahagia dan sebertuah akak. Rezeki setiap org lain2.. kebahagiaan setiap org pun lain2..
Ade.jek orang yg saving. Ade jek orang yg self reward die berbeza beza. Mane yg buat die gembira , melancong.ke, beli kereta mewah ke, Ikot suka.die lah. Ade jek Org tlg mak ayah. Belanja.adik beradik. Tapi tak confess kt.sini . Haha k bye.
Muhammad Idham Shamsuddin
I think ramai sgt yg missing the point terhadap apa yg confessor ni cuba sampaikan. Mungkin sbb minda dah dikelabui oleh anggapan unsur2 berbaur riak.
Apapon, take it positively guys. Mmg perkara ni berlaku. Ramai yg mempunyai komitmen melebihi kemampuan. Contohnya gaji rm5k tp komitment bulanan rm3k atau lebih (tak termasok komitment tahunan). Kene ingat yg gaji bukan dpt bersih. Ia akan ditolak lg dgn kwsp dan mcm2 lg caruman bulanan. Its about financial management. The point is to live within your means, prioritize needs over wants. After u saved enough, then comes self-satisfaction/self-reward utk travel or modify kereta or whatever u want.
better pesan je
xpelah pakai kereta mahal
xpelah nak melancong
Xpelah nak pakai iphone
tapi jgn lupa
makayah
tanggungjawab
menyimpan
kalau kerja ofis
pakai keta honda
dah dia mampu xpejela
mana kita tau dia ada saving ke x
kot2 dia ada harta pusaka 2juta?
hahahaaha.
dalam poket orang x payah intai
poket kita sendiri jaga kemas kemas.
Habislah,rmi da start mngumpat ni,apa ade hal,take the positive, put away the negative, chill ya,dunia ja smua ni
Mohd Firdaus.. baca cerita ni…tapi memahai pun nk jamu mata org buat apa….cukuplah ni…
Tapi part kereta tu…pd sy tkleh jugak pakai beli ja kena tgok pd kualiti. Kalau beli perdana 1st hand dpt pakai utk setahun je paatu tersadai kt garaj umah..aii susah gak tu. Better beli honda city wlopon sekehen dpt berjalan2 ke sana ke mari low maintenance jrg rosak naik pon sedap skit bwk.
Haha … skang rame yang celik invest…so kalu gaji besar, dsr kite pun besarah boleh wat loan..dengan loan kite wat duit pasif.. so nasihat patutnya gini… kalu adek gaji rm5000 , nak beli 2 biji rumah..beli kete kancil ..so.boleh beli 2 biji rumah siap dapat loan asb rm 100k lagi… so fikir fikir kan lah.. ada yang nak jaga standard, ada yang nak seft rewards.. tapi kalu more tu invest lagi bagus.. macam dulu2 … abang ak dapat duit raya rm 200, nak self rewards , beli jam alien woksop rm 200 ..dapatlah pakai jam 2 sampai tahun depan..ak masuk asb, rm 200 , tahun depan dapat rm 215..rm 15 boleh wat beli jam pasar malam …tapi still ada rm 200..manalah tau cikgu nak bawak gi rombongan gi melaka ke..dapat ak ikut..abang ak duk negok jam alien woksop ajalah…gitu lah .. melalut2 esok tool box .. sapa dapat tangkap, tangkap..tak dapat tangkap..abaikan ..
10k je baru kak. Ade org 20k tak ckp ape pun. N kalau akk bukak mata btul2 skrg, byk youth kite yg tak mampu pun nak bertukar kereta or pakai iphone dek ekonomi skrg. Jgnkan kate boros, keperluan pun ckup2 je.
Darlynn Extrenia pandai2 la bezaa kan assets n liability yeaa haha
Hai awok Atiqah Alias
??
Erniza Zamanhuri
Erniza Zamanhuri
Rezeki melimpah ruah jugak satu ujian dari Allah. Kena hati2 jugak…yg penting jgn lupa bersyukur..
motif ko ape ye..huhu..kesian.publisiti murah..riak
Ambil yg positif.yang negatif simpan tepi.setel.
Porenjes Merah III