Assalamualaikum. Cerita ini bukan bertujuan untuk riak atau bongkak, tapi sebagai pengajaran buat kita.
Aku seorang lepasan Degree dari sebuah uni tempatan. Selepas habis belajar, aku decide nak sambung Master. Tapi, kehidupan Master ni bukanlah sesenang yang kau orang sangka terutama dari segi kewangan. Baiklah, jujur aku kata, hidup aku masa awal2 masuk Master, sangat2 sedih. Kadang2 duit tak cukup nak makan sehari pun sebab awal2, semua masih tak dapat apa2 pinjaman/biasiswa. Duit aku waktu masuk master awal2 tu, saki baki dari saving dari pinjaman waktu degree. Jadi aku terpaksa ambil jalan lain, BUAT KERJA PART TIME.
Aku decide amek job dari lect aku buat soalan survey. Maksudnya, pergi sini sana tanya orang soalan dengan kertas survey yg aku ada untuk project lect aku. Dia bayar per satu soalan survey. Aku fikir, inilah cara untuk aku dapat duit tambahan nak makan. Nak mintak parents, aihh, aku tak sampai hati sangat. Bila diaorg tanya, aku kata ada duit, ada. Aku tahu, mesti ramai buat macam tu. Jadi, berbalik kepada cerita tadi, buat soalan survey (dalam 6 helai satu soalan, bukan sikit tau!). Aku pergi rumah ke rumah, jumpa org sini sana buat survey tu. Kadang2 dari pagi sampai tengahari, dapat 3 orang ja dripada 22 yang aku kena buat. Rasa nak nangis weh sebab susah org nak bagi respons.
Kebetulan, haritu, hari jumaat, jadi aku pergilah solat jumaat lepas baru dapat 3 org je. Aku doa agar Allah mudahkan kerja aku untuk cari rezeki ni. Then, lepas solat, aku terpandang tabung masjid. Aku bukak dompet, aku hanya ada rm6 (rm5+rm1). Tapi, aku kata pada diri aku, takpelah, aku derma rm5 tu. Rm1 buat aku beli air mineral ja, act rm 6 tu untuk lunch aku, tapi takpe, hari jumaat seminggu sekali ja, lebih baik derma. Dalam bank aku pun tinggal rm 30 camtu, for sure boleh keluar rm 10 ja.
Then, lepas jumaat, aku sambung buat survey aku lagi. Sampailah ke rumah sorg pakcik ni. Dia askar bersara. Waktu tu, dia tengah berehat di garaj dia. Aku bagi salam semua dan bagitau apa tujuan aku. PAkcik ni sgt baik, dia jemput aku masuk berehat kat ruang garaj dia tadi tu. Sambil2 tanya pasal soalan survey, tiba2 dia tanya aku, kamu ini buat survey ni utk apa? Aku ceritalah aku buat ni untuk cari duit lebih. Dari situ, dia tanya lagi, kenape? Belajar tk dapat pinjaman ke?
Waktu tu, aku taktaula, aku bukan menagih simpati atau apa, aku jadi macam berterus terang dengan dia. Saya ni tk dpt apa2 pinjaman lagi pakcik, jadi terpaksalah buat ni semua, saya tak sangggup mintak parents saya. Jadi, saya buat ni, adalah duit untuk saya makan *dengan senyum aku kata camtu.
Waktu nak keluar dari rumah pakciktu, lepas salam, tiba2 pakcik tu selitkan rm20 kt tangan aku. Aku kata, eh pakcik, apa ni?saya bukan nak minta duit pakcik. Lepas tu, pakcik tu kata, ambillah ,buat minum. Pakcik tau kamu takde duit. Aku berkeras tolak duit pakcik tu, tapi pakcik tu lagi berkeras nak bagi aku, last2 aku terima duit pakcik tu.
Dalam hati aku, mungkin Allah makbulkan doa aku sebab aku mmg rasa laapr sgt waktu tu :'). Aku derma rm 5, tapi Allah balas Rm20. Bukannya aku nak kata kita bagi itu, banyak itu Allah bagi kita balik, tapi morallnya sedekah yang kita derma tu dengan ikhlas, itulah rezeki kita. Bukannya apa yg kita dapat, dan Allah boleh balas secepat yg Dia nak, kalau bukan di sini, di sana :)
Untuk semua, dermalah kalau anda ada sedikit pun. Dia Maha Mengetahui :)
-mama
– Mama
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Mohd Shahfiq Rafi’i bersedekah lah dengan penuh keikhlasan, sedekah atas nama Allah
Yup..sdekah dgn ikhlas..niat nk mmbantu ssama mnusia..rzki insyaAllah sntiasa Ade Farzana Arena
Khairul Firdaus Ikram Allah sentiasa permudahkan urusan org yg sentiasa berkongsi rezekinya.
InshaAllah
Popo N You
Bersedekahlah dengan seikhlasnya semuga Allah mempermudahkn segala urusan kita. Insya Allah.