Assalamualaikum dan hye semua. Sy seorang gadis yg berkulit agak gelap. Kawan2 sy ramai yg putih flawless cantik.. menyebabkan sy agak rasa rendah diri bila berjalan dengan mereka. Sy akui sy juga nak jadi cantik, putih, flawless.. sy pernah cuba skincare yg 2 minggu je da boleh putihkan kulit. Memang berkesan. Masa tu memang ramai la yg cuba ngurat sy. Jd hot stuff sekejap, hahaha. Tapi disebabkan tu, sy jadi riak dgn diri sendiri. Yela, kalau berjalan ngan kengkawan dan yg kena ngurat kita je. Maksudnya kita la paling cantik antara semua kan.. jd timbullah rasa riak, bangga dgn kecantikan diri..
Lepas tu sy stop pakai skincare tu sbb sy rasa da okey da kulit camtu, tak nak putih lagi.. tapi Allah uji sy.. lepas sy benti pakai tu, jerawat terus mendadak naik kat muka sy. Kulit makin gelap. Ohh rupanya sbb skincare sy tu banyak bahan kimia. Masa tu, sy malu sangat2 nak berdepan dgn orang. Sy jd makin rendah diri. Ramai org tegur sy termasuklah lecturer, makcik2 cleaner semua.. malu sgt masa tu. Lelaki jgn cakap la.. memang tk pandang langsung sy masa tu. Sedih gak la kan.. pastu sy jumpa sorang lecturer yg boleh dikatakan bersifat keibuan.. sy luahkan kat dia pasal sy malu, takde keyakinan diri semua.. pastu ayat dia yg paling sy ingat dan terkesan kat hati sy ni.. dia kata "alaa tak payah la fikir sgt. Awak tgk Bilal bin Rabah.. walaupun dia berkulit gelap tapi Allah sayang dia." Lepas sy dengar ayat tu, sy terus rasa lega, tenang.. masa tu sy nekad.. sy nak cantik pada pandangan Allah. Sy tak peduli da pandangan manusia. Sy mula dekatkan diri pada Allah. Alhamdulillah lepas tu hidup sy tenang.. Allah bantu pulihkan muka sy. Alhamdulillah skrg muka sy da elok, jerawat halus2 je. Masih lagi gelap tapi tak segelap dulu.
Sy ada kawan yg putih flawless ni.. sy tgk ramai yg minat kat dia, yg ngurat dia.. dia pun selalu layan laki2 tu. Katanya kawan je. Pernah sy nasihat dia, jgn layan sgt. Tak baik. Tapi dia buat tak endah. Dia kata sy jealous. Allahu.. sy tak jealous langsung. Malah sy bersyukur. Disebabkan kulit sy begini, lelaki tak minat sy, tak pandang sy.. dan disebabkan ini, sy mampu jaga ikhtilat. Mampu elak dosa2 couple tu semua. Alhamdulillah.. sy hanya mampu doakan kawan sy tu agar dia mendapat hidayah Allah.
Dan sebenarnya skrg.. ada seorang lelaki yg sedang mula rapat dgn sy(dah berjumpa dgn keluarga sy). Dia sentiasa buatkan sy yakin pada diri. Dia sentiasa kata yg sy ni wanita yg paling cantik selepas ibu dia. Sbb dia kata dia tgk sy pakai mata hati dia. Sy kenal kawan2 perempuan dia. Tak dinafikan kawan2 perempuan dia cantik2, putih, flawless.. sampai kadang2 sy sendiri rasa tergugat. Tapi dia selalu yakinkan sy yg sy cantik dgn gaya tersendiri. Dan dia hanya tertarik pada sy. Dia terima sy seadanya. Dan inshaa Allah, hujung tahun ni kami akan berkahwin. Alhamdulillah.. doakan kami ye!
Pada gadis2 berkulit gelap, jgn bersedih ye.. banyak hikmahnya kenapa kita dijadikan begini. Yg penting.. cantikkan diri anda pada pandangan Allah dulu. Okey :)
– Si gelap
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Tahniah sis. betul tu, kawan aku punya gelap sampai nampak mata ja. Tapi muka dia punya manis tu,punya lawa sampai aku yang perempuan ni pun berkali-kali tengok tak jemu. confident level mau tinggi.
ingat senang ke srg lelaki nak tgk perempuan dgn mata hati? selalunya org akan tengok dgn mata ‘nafsu’ kecuali wanita yg die betul2 berkenan.. hehe
tahniah sis & semoga berbahagia dan maju jaya :)
Thank u sis!
Ajari aku utk jadi pria terhebat.!
Mcm mana nak ngorat eh.. Adoi.. Fail betui la abam bab ni..
Ismanizayani Idris
Hahaha…confident je mcm sy..ade je org suka…??
Hokayyyy awak perah santan
Aini Alisha mcm org la kot…glap… :) :) :)
Kin cerah la…hehe..tp btul tu…klu ada llaki hok btol2 ikhlas dia akn pndang kita ngn mata hati..terima kita seadanya :)
Eh untungnya dia. Payah oo nk jumpa laki gitu.
i feel u sis.. sentiasa positif.,kipidap☺
Hg ka confess ni? Plot last dh sama. Hmm
bukan2..tp kisah hdup lebih kurg ☺
Wahhhh very inspiring nye cite ni…
Hahaha mat saleh ada tanye akk dlu, where u get this beautiful tanned skin.. hakak jwb, original dear.. Asian women.. so bangga kulit ala2 tanned ni hokay
Helmi Majid Ismail kau rasa cane jah
batal puasa kau
Mat salleh mmng lebih tertarik dgan perempuan yg tanned skin , huhu pernah baca kat mana tah
Jilake sampai kat sini korang bahan aku Nicky InzaghiO, Helmi Majid Ismail
Untung la awk..btw tahniah sbb nk kwen hujung thun ni!!
Atiqah Azmarina
I feel u sis!btw congrats nk kawenmay allah ease everything
Yuhanis Yusof
Umirah Shahira ..
Dulu agak la sedih..sekarang tak lagi..dan aku suka dan bangga..terima kasih yang tak jemu bantu aku utk gapai keyakinan dalam diri..berkulit gelap tak semestinya tak cantik kan ❤ ape pon..tahniah sis dan awak sgt beruntung.. ☺☺
Maizatul Azman
Untunglah ada orang suka~
Nadzurah ZA
Syahirah Hidayah Idanne Adilla Ibrahim Amalina Latifah
Kegelapan kulit bukan bermaksud kegelapan utk masa depan. Sedapkan hati sndri. Hidup kulit gelap. Ehh! Hee
Dhirah Zahid
Nurin Syaza
Sani Ahmad sy pom gelap jgk… Tp awk x kisah kn..??
Ok. Thanks sis sedapkan hati saya :’)
Afiq Izzu
Cantik tu universal.. ada je yg gelap tpi cantik macm Beyonce n Rihanna.. and ada je yg gemuk tpi cantik contoh mcm Chef Ili Sulaiman! Cantik bkn.takat rupa n body.. tpi yg utama cantik dgn agama n.akhlak… dan ditambah dgn keyakinan diri , ilmu pengetahuan dan cara pembawakan diri.. itu yg penting.
Wan Nurshahira Wawa Mazlan
Asal putih je cantik. Tu semua mentality
aku tgk yang kulit tak berapa cerah ni ada yang cantik je. tak semua putih tu cantik. sapa ntah yang timbulkan idealogi putih tu cantik, hitam tu buruk.
Ambil pengajaran, jgn nak cantik muka ja, hati kena jaga , niat biar betul.
Insyllh kalau kita betulkan hati kita Allah akan temukan dgn lelaki yg ada mata hati….
Nur Aisyah Ajis sayangi tona kulit anda
Bagus sis.. kalau dia betul syg kat awak, dia x kisah awak gelap ka hodoh ka.. confident tu mau ada.. terima ap yg Allah bg kat awak.. syukur lah x cacat kat mana2.. stakat gelap muka tu apalah sgt sis.. yg penting hati awak putih bersih.. suci.. murni.. kipidap dongibab , betoi dak ? Suhana Sulong
Betoi. Akan ada yang mencintai kita seadanyaaaa. Bukankah itu lebih indah. Chewahhhh!
Dah try qu puteh?
Siti Aisyah
Best tau tak bila tkde org ngurat. Tenang hidup aku. And kdg2 aku terpikir, best gak jd org tkcantik sgt (still cantik tp tk secantik yg lain lol). Tkde org dengki, tkde org nk bomoh2 kan kau kalau kau tknk terima dia, tkde org nk pakai gambar kau pastu buat2 benda mengarut, tkde lelaki yg teringin nk save gambar kau, tkde org kenal kau sgt so kau boleh buat pape je hm
“Bilal bin rabah pun gelap, tapi Allah sayang dia” .. such an eye opener. Kadang2 kita lupa
Salsabeela Kasim Nuha Kasim Sofia Hayati Yusoff hitam putih gemuk kurus pendek tinggi anugerah allah as nikmat, cubaan dll
I love u baba ecececeh ???????
Hitam-hitam si tampuk manggis, Kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning apa gunanya?