Seorang manipulator dan seorang yg susah say no.

Assalamualaikum semua.

Dia seorang manipulator? Dia tu ex- kawan baik aku. Aku knal dia dah lama, since masa sekolah sampai university. Tapi disebabkan dia grad dulu (kitorang lain2 batch tapi sgtlah rapat), dia pun memulakan kerjaya dia.

Masa aku belajar (dia dah keje), kitorang akan keluar sama dalam seminggu sekali, takpun dua minggu sekali. Itupun sebab dia yang ajak aku keluar. Selalunya dia akan ajak dia teman pergi situ sini, adalah tiap2 minggu program or agenda dia. Masa tu okay la lagi, sebab jarang2 keluar, so x terasa la sangat habis duit, walaupun kadang2 ada jugak lari bajet tu.

Aku jenis yang susah say no. Ini masalah utama aku. Disebabkan itu, dia akan selalu ambil kesempatan and ajak aku teman dia g mana2, walaupun bila fikir balik, benda tu xda apa2 kepentingan pun bagi aku. Contohnya, ada tempat makan hipster baru best la (kawan aku ni insta-famous), kedai online ada bukak physical store la, dan macam2 lagi. Dan aku sedar, tiap kali aku keluar dgn dia je, mesti duit aku habis banyak. Yelah, makan nak kat tempat best2, parking tol minyak lagi.

Aku pernah bagitahu dia, tak boleh la keluar selalu macamni, aku belajar lagi. Walaupun parents aku tanggung aku bagi duit yang banyak tiap2 bulan, rasa bersalah pulak sebab suka2 je keluar nak habiskan duit.

Sekarang aku dah kerja. Makin ligat pulak dia ajak aku ke sana ke mari. Lagaknya macam nak feed follower dia kat insta bahawasanya dia dah pergi dah tempat2 best or hype kat insta tu. So masa keluar ni aku selalu lah jadi photographer x bertauliah dia. Aku pun pak turut je. So bila dia dah upload tempat2 macamtu, maka beribu2 like dia dpt. Aku ni follower pun sikit je. Sebab aku rasa moment aku tu private, aku share ngn org2 yg aku rasa hargai aku je. Tu aku x kesah. Masalahnya, in real life, masa keluar tu, kitorang x engaged macam bestfriend pun (macam dulu2). Tanya perihal aku pun acuh tak acuh. Aku pun xrasa dia tahu semua benda pasal aku jika dibandingkan dengan dulu.

Masa ni aku dah mula sedar yang dia ni cuma nak aku untuk jadi peneman dia je ke mana2. Tiap2 hari jumaat or before tu dia akan call aku berkali-kali sampai aku angkat, whatsapp berlambak ajak aku keluar. Baru je minggu lepas keluar, bila kita tolak kali ni dia ckp ala dah lama x keluar sama. Aku pun ada life aku kot.

Serius aku serabut gila dengan orang yang x faham bahasa. Bila kita kata xnak, faham2 la, jgn la paksa. Aku sabar je. Aku still tolak dengan baik.

Satu hari, dia ajak aku keluar. Aku cakap sorry la weh, aku hujung bulan ni tinggal ciput dah. Pastu dia reply, dah agak dah. Kalau aku ajak keluar ko mesti ckp xnak.

Pergh. Menyirap aku. Habis tu selama bertahun2 ni aku teman ko keluar x dikira ke macam mana. Masa ni aku nekad. Sebab aku fikir, kawan yang baik dia x memaksa kawan untuk kepentingan diri sendiri. Aku ada hak untuk cakap tidak. Kalau kawan yang baik dia akan faham, malah lebih memahami.

So sekarang aku dah stop kawan dengan dia. Aku mula sedar siapa kawan dan siapa yang cuma nak mempergunakan. Aku rindu dia. Tapi aku x nak dimanipulate lagi. Sekarang aku belajar untuk say no. Dan aku juga belajar untuk pilih kawan yg lebih baik. Dia pun dah start kawan dgn kawan2 baru dia, insta-famous jugak.

Kepada manipulator di luar sana, tolonglah jgn buat kawan anda macamni. Hargailah kawan anda. Kepada yang susah say no pula, please belajar, so that people won't manipulate you.

Jujur aku rindu dia yg dulu.
Sekian.

– Lana

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Kalau ko tgk dri perspective yg lain , aku rasa kawan kau tu lonely , dia selalu ajk ko jdi penemab dia adlh dia anggap kau sbg kawan rapat dia but Yes !
    Mmg perangai dia tu sedikit mendesak tpi itu sbbnya dia jenis macamtu , dan dia sgt selesa dgn ada kawan baik mcm ko ,
    Ap yg aku bolwh ckp , kau terus terang dgn dia , dan hargai persahabatan yang ada , aku rasa apa yg kau fikir tu hanya firasat jee vuba kau bincang dlu dgn dia ,
    Anyway best of luck for you

  2. bagi saya, dia cari awak sbb dia selesa dgn awak. dia bukan jarang ajak awak tapi selalu. cuma, awak kena terus terang dgn dia kondisi awak bila keluar dengan dia kena keluar duit banyak. sbb saya pun suka ajak kawan saya keluar makan tapi bukan loaded punya la. selalu je. orang yg sama pula. tapi bukan sbb nak guna dia. saya selesa keluar dgn saya. sambil sambil keluar boleh tanya pendapat, cerita kehidupan. kkdg belanja la juga dia sbb sanggup keluar dgn dia. tapi pos ni buat saya sedar, saya tak pernah tanya dia ok tak keluar dgn saya Hazwani huhuhu..maaf awak kalau saya terbuat awak rasa mcm org ni rasa !_!

  3. Puteri Yann haha, terus teringat ang, sebab aku selalu ajak ang makan macam2 tempat.. nasib baik aku bukan insta famous.. kalau x jenuh ang nak tolong tgkp gambar utk aku..

  4. Saya xda la kawan yang selalu ajak makan tempat2 mewah.. tapi ada la kawan yang suka ajak makan luar.. sampai sendiri pun da develop habit tu, tambah2 bila da penat gila xlarat nak masak.. cuma kadang2 kalau dia yang teringin sangat tapi kita xda duit, suh la dia belanja.. kalau kita pulak teringin, pandai2 la belanja ke, bayar tambang ke.. just be nice ngan kawan2 kita.. susah kot ada kawan yang nak keluar selalu ngan kita. Ada orang langsung xda kawan.. try la manipulate dia pulak.. ajak wefie ke, suh dia kredit sikit gambar tu ke.. hehehe.. baru dia sedar n hargai sikit awak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *