Asalammualaikum,salam satu iiuc..
Tujuan confession ini adalah untuk berkongsi rasa.Dengan kuasa viral sekarang nie saya percaya ,ini adalah salah satu medium nasihat menasihati antara manusia,sesama umat Muhammad. Ini usaha saya,semoga menjadi manfaat kepada yang lain.
Tajuk kecilnya berkenaan solat.Dahulu saya sedih,cukup sedih dengan keadaan sekeliling.ini apa yang saya lihat,berdasarkan pengalaman kehidupan.Sebenarmya bertapa ramai orang muslim sekarang ni solat nya jarang-jarang,solat sekadar solat,solat sebab nak menutupi kejahilan.Ya,mungkin anda lihat saya sekadar menghukum,sedangkan individu tersebut sedang ‘struggle ‘ untuk mendapat kan redha Allah.Tapi apa yang saya nak tekan kan adalah kepada mereka-mereka yang tidak berada di zon ‘struggle’ tapi take is as ‘granted’.Harap paham apa yang saya nak sampaikan.Anda tahu siapa diri anda .
Tapi saya masih kagum lagi,surau-surau di RnR masih lagi penuh,kadang dekat mall-mall pun Alhamdulillah jemaahnya.Sedangkan solat itu adalah tiang agama.Saya cukup terkesan dengan kisah saudara safiey ilyas .Dimana ,salah satu turning point dia berkenaan solat jumaat.Sekarang ni siapa solat jumaat? lelaki muslim tak nampak ia sebagai satu kewajipan.Waktu orang solat jumaat,dianggap waktu lunch hour yang panjang.Ke ada yang uzur juga?Wallahualam.Itu urusan anda dengan Allah.Apatah lagi dengan kes ‘marathon’ ke masjid ?? ia tidak sepatutnya berlaku.
Kalau tak mampu malu dengan diri sendiri,cukuplah malu kepada siapa yang memberi kita rezeki untuk hidup,nikmat makan pakai hari ini.Kita mungkin pernah jahil,menyimpang dari landasan Islam,tapi selagi mana kita mampu mengubah kita cuba.Apa yang kita buat pada hari ini akan dipersoalkan setiap satunya diakhirat kelak.
Sedih saya bukan sekadar menolak dengan hati ,iaitu tindakan selemah-lemah iman,saya percaya saya punya kuasa untuk menulis dan menyampaikan melalui medium ini.Tiada kena mengena antara individu yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
“sedangkan kehidupan pada hari ini pun ,merupakan satu pilihan kepada Allah untuk berikan pada kita atau tak,fikir-ii kan.”
– ==2Cent==
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit