Assalamualaikum semua.
Macam mana korang pagi tadi? Subuh on time ke subuh average ke subuh delay ke.. terlepas terus?
Biasa bangun Subuh sendiri ke.. pasang alarm ke.. org tlg kejut ke.. ko kejut org ke.. mmg jenis lantak pi ah?
"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak" HR Bukhari (tlg betulkan jika salah)
Cerita aku sbrnya.. rutin harian bangun dlm pukul 645am. Dah siap mandi baru nak solat Subuh. Jadi aku nak ubah lah rutin tu. Taknak dah la Subuh around kul 7am.
Skang aku preggy. Jadi Allah dh tlg kat situ. Senang terjaga sbb nak buang air kecik. 2 3 menjak ni alhamdulillah automatik pukul 6 mata dah celik. Setel solat Subuh, aku kejut yang sorang lagi suh bgn smayang jgk. Dah sebab dia pun jenis heavy2 sleeper, kdg2 memang sampai kena tendang2 baru nak bangun.
Tapi alhamdulillah jugak KPI aku tercapai. Iaitu dua2 Subuh before 630am.
Namun.. ada halangannya. Kdg2 dia tak bangun terus. Dia akan ckp 5min lagi. Sementara nak 5 min tu.. ada benda lain rupenye yang nak kejar KPI dia sendiri.
Sape? Apa? Syaitan lah jwpnnya..
Kalau setakat dia hasut laki aku je takpe.. tapi ini dah tahap dia duduk atas aku.. x bagi aku kejut laki aku.. dan makin hari makin melampau dia buat kat aku. Pagi tadi siap cekak dua2 tangan aku sambil gelak lagi. Nasib je xleh tgk..
Kalau laa aku kuat. Memang rasa nak tumbuk je. Tapi kalau aku boleh ada kekuatan untuk tengok dan tumbuk pun.. xtau la kan bleh tumbuk ke x. Haha
So itu je lah. Nak pesan kat semua. Sama2 jom perbaiki solat. Takyah tunggu2 dpt hidayah baru nak baiki solat ke apa. Kita xtau hidayah atau ajal yang dtg dulu..
Sama2 doa utk semua..
– sailormoon
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Persediaan sebelum menjadi ibu. Terus mengislah diri sebab ada yang akan perlu kita islah kan kemudian :)
Mula2 awalkan solat ke 6.30, pastu awalkan lagi ke 6.15am, dan semakin awal sehingga boleh awal sebelum subuh utk tahajjud. Insya Allah, dengan tahajjud, hati kita akan lebih kuat utk lawan dengan nafsu sendiri.
Anyway nice reminder. Thank you bakal ibu :)
Bgn awal tapi takut nak g toilet
Alhamdulillah, setakat ni x de masalah utk bgon subuh.. azan je celik mata..
Gd luck sis sailormoon!
Episod berape sailormoon mngandung???