Kenapa aku cakap aku loser? Sebab aku tak rasa aku ni membantu orang sekeliling. Tak memberi benefit kepada orang lain. Menyusahkan orang. Buat semua benda failed. Tak reti nak cari side income. Menghabiskan duit makpak dan laki. Pathetic.
Aku tulis confession ni sebagai luahan hati aku. Yang mana aku tak mampu nak bercerita depan depan dengan sesiapa. Hatta laki sendiri. Sebab aku takut dia tak faham.
Dan aku rasa dia akan cakap semua ni permainan minda sendiri je. Kita yang menentukan apa kita nak rasa. Blabla. Aku tahu. Tapi ada masa, that worst feeling kept coming back and locked me up in a dark place.
Aku housewife. Early 30. With 3 kids. Aku dah jobless sebelum kahwin sebab berkorban untuk family aku. Aku tak menyesal bab tu sebab aku hanya nak yang terbaik.
Lepas kahwin, ada la dapat kerja. Tapi suami kena pindah tempt kerja. Aku follow then pregnant dengan mabuk teruk.
Suami tak bagi kerja. Lepas beranak, banyak kes baby kena dera dengan pengasuh. Lagi dia tak bagi kerja. Ok fine. Aku tak kerja. Lepas 2 tahun, dapat kerja kontrak dengan kerajaan.
Tapi hujung2 kontrak aku pregnant. Dah kira langgar kontrak. Aku terima dan redha. Mungkin itu bukan rezeki aku. Dan sekarang still tak berkerja. Hidup aku dengan anak-anak dan suami.
Aku takde orang tua dah. Kakak aku ada seorang je. Tu pun duduk jauh. Senang cerita. Kami hidup sendiri susah senang di negeri orang. Aku in a dark place lepas orang tua aku meninggal.
Sebab aku kena hidup sorang2. Untuk survive sorang2. Aku trauma dengan life tu dan aku lalai dalam cara aku untu mengatasi kesedihan aku. Aku yang bodoh. aku taknak lalui benda tu lagi.
Tapi kakak aku banyak sangat tolong aku. Aku malu. Sungguh aku malu. Kadang nak balik kampung aku pun dia hulurkan duit minyak tol. Sebab dia tahu kekangan bajet kitorang. Sebab mentua aku tak sihat. So setiap bulan kena balik kampung sana.
Sebulan 1-2x. Jauh pulak tu. tol Minyak saje dah 150-200. Aku bertahan sebab aku tahu takde yang lebih baik dari berbakti kepada orang tua. Aku nak laki aku sempat berbakti dengan mak ayah dia. Bukan macam aku. Tak sempat tak puas berbakti.
Bila dah tak kerja. Aku payah nak redha bahawa berkerja bukan untuk aku. Sedangkan aku dari kecik dah tanam minda nak kerja. Nak kerja. Nak cari duit. Cukup bulan dapat gaji. Normal person bekerja. Tak pernah nak fikir nak venture business atau apa2.
Sebab tu bukan minat aku. Aku tak reti. Aku selalu fikir kalau orang tua aku ada lagi. Agak agak diorang bangga tak dengan aku sekarang? Aku dulu anak kebanggaan. Score sana sini. End up aku tak kerja. Kalau diorang ada, mesti aku tak dapat belanja diorang kan.
Tapi aku cuba join dropship jugak. Tapi berapa je dapat. Nak topap data pun tak lepas. Aku cuba business sendiri. Masih bertatih sebab aku tak reti nak berniaga.
Kadang pikir nak masuk kelas2 business. Tapi yuran saje dah mahal. result belum tahu. Bila aku tengok stok.
Sedih sebab laki bagi duit untuk aku start something. Tapi aku failed. Aku cuba. Tapi aku tak jumpa jalan.
Aku nangis setiap kali aku baca berita orang oku tapi berjaya buat itu ini. Diaorang yang tak sempurna pun mampu buat itu ini. Berusaha sana sini. Aku yang cukup sifat ni macam ape je.
Laki aku ada la jugak pujuk. Aku anak kecik lagi. Semua jenis tak boleh tak nampak mak depan mata. Aku nak belajar skill. Yang blh aku guna utk income sebab aku suka dari jual produk orang.
Why not belajar buat sendiri. Aku pandai masak. Tapi aku tak pernah ada keyakinan untuk menjual. Aku takut. Aku segan. Cakap pandai masak tapi kalau tetiba customer beli cakap tak sedap?
Aku sekarang dah la mudah sangat down. Aku takut kritikan. Aku sekarang bukan aku yang dulu. Dulu orang kritik, aku terima dan perbaiki. Sekarang? Aku jadi nak marah. Sebab aku rasa orang tak faham jadi aku. Aku rasa kritikan itu membunuh aku. Aku jadi insecure.
Aku dah lama tak berkenalan dengan orang. Mingle around untuk bersembang sedangkan aku sangat suka bercakap.
Aku suka berbincang isu2 semasa dengan laki aku sebab bagi tu je cara utk aku keep my mind active dari duduk kat rumah pagi sampai malam uruskan kerja rumah yang sama. Laki aku faham. Sebelum covid ni, dia memang akan layankan kalau aku ajak keluar. Tak shopping pun.
Jalan masuk mall. Pergi air terjun. Bila dah covid ni. Lain pulak la cara nya. Sebab dia tahu aku suka berjalan untuk lapangkan kepala. Sebab tu aku lagi rasa bersalah. Dia cuba gembirakan aku tapi aku still failed miserably . Failed to be happy.
Aku pernah ambil ujian kesihatan minda. Result aku 3-3 merah. Tapi aku tak daya nak bawak result aku jumpa doctor untuk treatment. Sebab aku depan2 orang sangat normal, nampak positive dan happy.
Infact kalau laki aku down, aku boleh bagi pillow talk dengan dia supaya dia bertenang, bersabar, doa banyak2.
Tapi sendiri punya jiwa kacau tak boleh handle. Aku pernah tunjuk je ujian DASS tu dekat dia. Tapi no further action. Aku pun malas nak layan jugak.
Bila time2 macam ni, aku kuatkan amalan. Sebab bagi aku tu je saviour yang aku ada. Memang aku mengadu dengan Dia. Nangis sepuasnya.
Laki aku ada masalah saka. Tapi saka dia ni bukan 24jam ada dengan dia. Ada masa2 je sebab benda tu pusing2 dengan family member yang lain jugak.
Tapi waktu benda tu ada dengan laki aku, dia totally berubah. Jadi pemarah, pemurung, jadi gaduh laki bini. Seriously aku penat deal dengan benda tu. bila benda tu ada, laki aku jadi tak kesah dengan aku. Lagi lah aku rasa stress.
Ada sampai masa, aku nak cerai. Aku nak kelar tangan sendiri sebab aku rasa laki aku tak sayang aku. Aku rasa aku ni tak ada nilai. Takde function aku hidup. Tapi aku masih ingat Allah. Anak2 aku.
Dah cuba berubat, tapi waktu nak berubat tu benda tu takde pulak dekat dia. Memang bila ustaz scan kosong jelaa. Tapi yang kena deal ni aku. Again, aku redha jela.
Aku nak berjaya buat something tapi aku tak tahu apa. Aku nak hidup aku ada peningkatan. Aku nak mewahkan anak anak aku macam mana arwah makpak aku mewahkan aku dulu. Aku nak hidup aku ada sesuatu yang membolehkan orang tak pandang rendah dengan aku.
Aku tahu orang pandang rendah dekat aku. Biarpun ada master ke apa. Sebab aku housewife. Laki aku Alhamdulillah kerja tetap. Ada gaji on-time. Tapi hidup di kota besar ni, ada masa cukup ada masa tak cukup. Aku tak pernah minta apa2 dari dia sebab aku tahu kemampuan dia.
Dia bayar insurans anak2 dengan hibah stiap bulan pun dekat 700 situ. Semua benda dia yang bayarkan. Aku rasa aku takde hak nak meminta2 walaupun sebenarnya boleh. Sebab tu aku desperately nak tolong dia demi anak2 aku juga.
Terus terang, dulu masa arwah ada, aku kategori orang senang. Lepas diorang tak ada, aku terkapai2. Memang jatuh terduduk. Pengalaman ni yang membuat aku rasa nak tolong orang yg lagi susah. Sebab jadi orang tak senang macam dulu2 sangat mencabar.
Aku faham sekarang. Aku sekarang nak kerja dengan NGO. Untuk bantu orang2 lain. Sebab aku sedar aku tak ada duit nak tolong sangat. Tapi aku ada tenaga, kudrat dan akal untuk menolong. aku nak cari saham akhirat. Doakan aku eh. Dan mungkin aku akan rasa less loser.
Please. Kalau ada tips, please share dengan aku. Aku nak ubah mentaliti aku. Aku nak ubah jiwa aku tak nak bersedih dengan ujian dunia.
– Mak Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit