Tak Nak Kahwin

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan confession ini.

Namaku Laili, berumur 23 tahun, masih lagi penuntut ilmu di sebuah universiti di pantai timur. Tujuanku menulis hanyalah luahan semata-mata.

Seperti tertera di tajuk, aku adalah seorang gadis yang mempunyai angan untuk tidak berkahwin. Aku mempunyai angan ini sejak aku di sekolah rendah lagi.

Entah kenapa aku tak ingin kahwin, sedangkan orang lain berlumba lumba cari calon nak cepat kahwin. Mungkin kerana faktor persekitaran?

Aku membesar dalam keluarga yang mengutamakan dan merajakan lelaki dalam segala hal. Mungkin aku trauma melihat bagaimana layanan ibuku terhadap ayahku?

Mungkin juga. Sedari kecil, aku sering perhatikan ibuku yang melakukan segala tugas2 rumah, dari memasak tiga kali sehari, sapu lantai mengemop lantai, basuh baju sidai baju lipat baju,

Semuanya dilakukan seorang diri tanpa pertolongan ayahku. Aku faham tugas ayahku adalah mencari nafkah keluar bekerja.

Namun ibuku juga bukanlah suri rumah, dia juga pergi kerja awal pagi pulang rumah petang tiap2 hari. Dan duit gajinya juga dihulur ke ayahku untuk menampung Kami sekeluarga.

Namun tugasnya sebagai isteri masih juga tidak berkurang, dibiarkan terkontang kanting seorang diri.

Malamnya ibuku berjaga kerana adikku yang kecil menangis malam2. Kerana melihat semua ini dari kecil, aku menjadi fobia dan takut untuk kahwin.

Walaupun in Islam perkahwinan itu bermaksud ‘suami hendaklah menjaga isteri dengan baik’, namun apa yang aku lihat tidaklah begitu.

Sebaliknya, ibukulah yang menjaga ayahku, mengurus makan pakai baju semua. Dan aku sedar, berapa rendahnya martabat aku sebagai perempuan apabila menjadi isteri.

Ya betullah sekiranya isteri taat suaminya, maka dia boleh masuk mana2 pintu syurga yang dikehendakinya.

Pada pendapat aku, bukan mudah seorang isteri untuk taat kepada suami, apatah lagi jika suaminya ada tabiat yang dibenci si isteri. Kerana itulah syurga itu mahal.

Tetapi ada yang cakap senang bagi perempuan untuk masuk syurga jika menjadi isteri yang taat.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab aku tak ingin berkahwin. Aku rasa aku tak mampu nak tunduk dan ikut segala arahan suami. Bukan kerana ego, bukan.

Tetapi kerana aku perlukan kebebasan. Kebebasan di mana aku tidak perlu bagitahu atau minta izin bila mahu keluar dan ke mana mahu pergi.

Sekiranya aku kahwin, aku tak dapat balik rumah ibubapaku macam selalu.

Betullah, kalau kahwin boleh je pergi dengan izin suami, tapi mesti ada hadnya kan?

Situasi lelaki lain dengan perempuan lepas kahwin berbeza. Lelaki ada tanggungjawab tapi masih lagi bebas, namun isteri lepas kahwin akan terikat dengan suami dan anak.

Allah jadikan perempuan nie dengan penuh perasaan, tak kiralah sayang marah semuanya berlipat kali ganda daripada lelaki. Sebab itulah perempuan terpilih menjadi ibu.

So bila jadi ibu nie automatik kita akan tumpukan perhatian pada suami dan anak melebihi diri sendiri. Bukan kami orang perempuan yang minta, tapi Allah yang jadikan fitrah macamtu.

Ini belum masuk bab suami nak nikah lagi. Maka si isteri pun kenalah redha walaupun hatinya terguris melebihi sakitnya ketika bersalin. Maaflah ye kalau rasa aku over.

All in all, salahkah aku jika tak ingin berkahwin? Bukankah kita berhak menentukan masa hadapan kita?

Mungkin ada antara kalian yang berfikir aku tidak matang, tetapi aku sudah banyak kali fikir masak2, dan aku tetap dengan pendirianku.

– Laili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *