Adik Lelaki

Hi, saya L. Kisah yang saya nak kongsikan ni mungkin kalian boleh jadikan cerita untuk berhati – hati dan percaya benda sebegini wujud dalam kehidupan kita.

Lagi – lagi kepada mak, abang, kakak, ayah atau sesiapa yang mempunyai adik lelaki. Perempuan atau lelaki awasilah mereka.

Saya mempunyai kakak-kakak dan adik – adik. Saya berumur 20an dan tinggal di P***.

Saya mula sedar benda ni pada satu malam ketika sedang tidur. Saya terjaga apabila merasakan sesuatu sedang menindih saya. Saya terkejut lalu terbangun.

Saya toleh kiri kanan. Tiada siapa yang bangun melainkan adik beradik saya yang lain sedang nyenyak tidur. Kami tidur di ruang tamu rumah keluarga kerana tengok movie malam tu.

Jin ke? Sebab ada dengar kita boleh ditindih.

Saya baring dan pejamkan mata tapi saya tak boleh tidur. Saya fikir siapa atau mainan tidur je?

Selang 5-7 minit saya merasakan ada tangan sedang menjalar di dada saya. Lalu saya terus terbangun dan buka mata. Saya tengok adik saya kelam kabut cuba untuk baring ditempat dia tidur dan berpura pura sedang tidur.

Saya panggil dia. Dia terus menyahut. Seakan akan dia tak tidur pun. Saya kata buat apa? Pastu dia berlakon mamai dan tidur.

Saya agak shock. Saya fikir dia. Terang terang dia. Jadi saya bangun dan tidur dalam bilik. Tapi saya masih in denial. Takkanlah itu. Takkanlah ini.

Selang berapa hari jadi lagi. Saya terbangun bila ada orang sedang menyentuh saya. Saya terus terbangun dan seseorang sedang lari keluar dari bilik. Saya buka lampu. Pintu bilik terbuka.

Tiada lelaki selain adik lelaki saya dalam rumah pada malam tu. Saya menangis. Saya rasa macam kenapa sampai jadi macam ni. Ini waktu saya sedar. Macam mana kalau saya tak sedar? Apa yang jadi dekat diri saya.

Sedangkan dia dan saya sangat rapat.

Sejak tu saya jadi benci dekat dia. Tersangat sangat. Terlampau banyak dia buat dekat saya sampai saya jijik tengok dia dan diri saya.

Saya warning dia if dia buat lagi saya bagitahu mama abah.

Saya tahu kalau bagitahu mama abah dorang tak percaya. Sebab adik saya satu satunya lelaki dalam rumah. Itulah next ketua selain abah. Lagipun kitorang one happy family. Sangat sangat happy.

What if mama abah hancur sehancurnya?

Saya pernah memberi sedikit hint tapi apa yang mama cakap mungkin mainan tidur saya je.

Saya jugak kerap rasa semput secara tiba tiba sedangkan tak pernah sempat pun sebelum ni. Dan sedar dia pernah duduk atas dada saya.

Bila saya cerita dekat yang lain, mereka salahkan saya. Dengan cara saya berpakaian semua dan tidak langsung tegur adik saya.

Saya jadi sakit hati. Kalau cerita pun macam ni, baik tak payah cerita.

Tapi sejak tu saya jadi semakin benci. Nampak dia je boleh bayang apa dia buat dekat saya.

Mama pernah menangis pelik kenapa saya benci dekat adik saya sendiri.

Saya sendiri tiada jawapan. Cukuplah saya jijik dan mama akan tidak percaya saya. Mereka juga cakap kalau bagitahu mama abah, mama abah kecewa.

Sampai nak tidur pun saya takut. Saya akan pakai baju t-shirt berlapis lapis sampai 7-8 lapis, masukkan dalam seluar dan pin.

Saya akan balut dada saya dengan kain balutkan untuk kempiskan dada saya dan ketatkan balutan incase benda tu jadi dia tak boleh bukak.

Saya kecewa. Adik sendiri.

Banyak nak cerita lagi tapi cukuplah yang ini. Kalau awak tengok ni, awak percaya saya kan? Cukuplah kalian yang baca ni percaya. Sekurangnya ada yang percaya.   

Terima kasih ya sudi baca sampai habis. Semoga awak yang baca ni takkan kena macam segiturupa. Semoga Allah lindung kalian dari benda jahat ya.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

18 Comments

  1. geramnya dengan adik lelaki tu eeee. awak kena bagitau mama dengan abah awak supaya dia mendapat hukuman.

    • Jgn harap mak abah yg bagi hukuman, kecewa je nanti, baik bertindak sendiri atau call talian kasih mintak diorg bantu. Klu perlu repot polis, repot jer.

  2. Sy percaya awk. Sabar & doa banyak2 adik awk tu berubah. Mungkin boleh minta parents awk pantau apa yg dia tgk dkt fon dia. Adik lelaki umur berapa?

    Boleh letak cctv dalam bilik utk rekod bukti kalau2 dia cuba masuk lagi. Dpt bukti boleh tubjuk kt family. Atau cctv yg dummy (fake). Kalau org tgk org xtau tu fake. Sbb ada lampu, dekat shopee ada jual. Option lain kunci pintu masa tidur/pasang selak kunci belah dalam. Org luar xboleh buka.

    Hugs utk awk.

  3. Adik, beli pepper spray atau alarm yg sekali tekan bunyi kuat tu – tak kiralah ganggu semua orang dalam rumah ke jiran ke…(hati2 di bilik mandi juga -cuba cari info tentang camera tersembunyi). Tido sambil pegang pepper spray….rasa je tangan yg tak sepatutnya berlakon sikit dulu & terus spray! Geram makcik baca pasal adik macam syaitan ni

  4. adik beradik yang lain tak kena ke? awak cuba la letak cctv dalam bilik/rumah tu sebagai bukti kalau jadi apa apa. nanti sambung belajar atau kerja, keluar je dari rumah. mungkin mak ayah memang takboleh terima tu sebab anak lelaki seorang kan but atleast you know and you have the proof why you hate him so much. semoga Allah lindungi awak dan adik beradik lain.

  5. banyk dh jadi dlm masyarakat malaysia, ni la pengaruh porno, zaman skrang, amat mudah nk tengok porno, melalui smart phone ja, awak dah trauma sebb perkara ni, klu adik awak teruskan jugak gangguan seksual ke atas diri awak, awak kena laporkan kt mak&bapak awak, tak boleh dibiarkan camtu jer, nanti bencana yg lebih besar akan berlaku, apa pun awak kena sentiasa waspada dlm apa jua keadaan, hati2 klu dibilik air

    • Muak laa org yg suruh lapor kt mak ayah ni. Takat lapor kt mak ayah boleh jadi apa? Bdk lelaki tu anak diorg juga kan. Baik terus repot polis je padan dgn muka bdk x guna tu.

  6. Betul semua comments di atas. Awak kena buat laporan polis jika awak sayang family awak. Tolak tepi.apa persepsi mama ayah awak. Tak keterlaluan jika lain kali dia akan ganggu gadis lain. Perbetulkan kesilapan dr awal. Mungkin adek lelaki awak boleh dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

  7. Saya bukan hanya bimbang ttg keselamatan awak tapi adik2 yg lain juga, cuba rekod dgn hp or other devices yg boleh rekod sbg bukti, bila dah dpt bagi copy kpd ibu ayah supaya mereka percaya. Bagi peringatan terakhir kat dia klu buat lgi, u buat report polis. Copy yg ori you mesti simpan sbg barang bukti. Jgn lembut hati dik, benda ni tak boleh biar, takut klu tak dibendung, nanti ramai lagi yg jadi mangsa

    • Saya pernah ada kenal satu kenalan ni, dia dah kahwin, dan saya rasa dia ada p**n addiction, kenapa saya katakan begitu? Sebab ada suatu hari dia datang rumah saya and sedang kami sembang sembang tetiba ada satu topik dimana mak isteri dia selalu manjakan adik dia, saya boldkan ya, selalu belikan apa yang adik isteri tu nak (so what your problem kalau mak dia nak belikan apa saja untuk anak dia) . Kemudian dia siap cakap depan wife dia, kalau senang sangat adik dia dapat semua dari mak si isteri (sebab dia tengah sembang dengan saya) baik aku jer yang main dengan mak dia. Astagfirullahalazim.. Terkejut seyy aku dengar dia cakap macam tu. Kesian kat wife dia dapat suami yang semua nak disondol. Bahayakan!! And topik tu jadi macam biasa utk both of them since dia sekadar cerita saja and maybe dia rasa that is a joke. Skrng aku dah banned dah nak kenal kenalan tu. Nasihat aku hati hati lah memilih kawan. Nampak baik di liar, caring, pandai ambil hati, tapi ada masalah p**n. sentiasa lah mohon doa semoga dilindungi dan dijauhkan dari manusia macam ni. Aaminn..

  8. Ya Allah takutnya. Jangan sabar, bodoh kalau sabar dengan manusia tak senonoh ni. Jerit dan lawan selagi boleh, tendang, gigit, tumbuk bagi lebam. Nanti biar makin teruk boleh jadi mengandung, awak yang akan disalahkan mak ayah dan masyarakat. Percayalah, orang akan tuduh awak suka sama suka. Musnah masa depan. Adik celaka tu bebas, buat orang lain pulak. Cuba report polis, atau cikgu perempuan kalau mak ayah tak jalan. Ingat, diri awak tak kotor tapi berharga. Jauh berharga dari adik perangai jijik

  9. Nampaknya seperti kurang didikan agama dalam keluarga. Sebab tu tidur pun boleh bercampur dengan adik beradik lain. Tidur dalam bilik pun takde gunanya jika pintu tak berkunci.

  10. Bagi pendapat saya lah tak kira lah akak perempuan ataw adik perempuan kena jaga pemakaian bila bersama adik beradik lelaki sbb kau kena tahu yg adik beradik lelaki kau pun ada nafsu… Bila kau jadi perempuan suka pakai pakaian yg menjolok mata mmg lah adik beradik lelaki tu tak dapat menahan nafsu dan bukan adik beradik lelaki je kalau lelaki yg bukan adik beradik pun boleh naik nafsu apa lagi adik beradik lelaki kita… Sbb tu perempuan kena jaga pemakaian yg boleh menujuk kan bentuk tubuh badan kepada lelaki… Kalau nak cakap kurang didikan agama pun tak boleh juga sbb ada je yg lagi penuh didikan agama pun buat hal yg sama sbb kita ni manusia ada nafsu bukan malaikat yg tiada nafsu.. So perempuan kena lah faham ye…

  11. boleh TT cerita dulu tak pakai TT masa tido…kadang benda tu yg jadi mengundang…sebab mcm terlalu mudah pulak nk jadi…maaf…tny je

  12. Berat juga kesnya,lebih kurang nasib diri jugak,tapi bukan adik beradik,sepupu pompuan buat hal,sekarang Alhamdulillah duduk jauh,rasa tenteram sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *