Rumah Kos Rendah

Salam semuanya. Aku nak mengadu pasal rumah bantuan atau rumah kos rendah (apartment).

Rumah ni biasanya berharga bawah 300k di tengah2 KL atau selangor. Kalau rumah BUKAN bantuan pula berharga sekitar 500k ke atas.

Alhamdulillah aku dapat satu unit untuk keluarga kecil aku. Tu pun dapat selepas waiting list sebab ada orang kena reject loan.

Beberapa kawan aku yang kategori miskin bandar macam aku tak dapat.

Rumah kategori kos rendah ni, hari ni launch, esok dah fully book.

Lepas dah masuk rumah, aku ingatkan jiran2 orang senasib B40 macam aku la kot tapi aku silap.

Aku berkenalan dengan jiran2 ni melalui group WhatsApp tetangga yang management buat.

Aku di jemput ke 4 open house semperna rumah baru.

Kebanyakan jiran2 akan bercakap pasal kos renovation la kan sebab rumah baru. Ada yang nak contact number sekian2.

Sambil2 borak aku dengar total renovation 100k termasuk furniture. Rumah harga 290k tapi renovation 100k?

Lepas tu jiran ni minta aku teman ambil kuih di kereta. Rasa2 kereta apa? Kereta V ok.

Untuk spec V dia tu harga sekitar 400k yang baru, kalau second dalam 200k macam tu ye. Aku tahu sebab aku kerja kedai kereta second / recon.

Jiran ni kaya la kan sebab mampu buat renovation sebanyak 100k dan pakai kereta 200k-400k… tapi rumah beli rumah bantuan 290k.

Orang miskin bandar ni tak ada masa nak rasa entitled sebab siapa je proud jadi miskin bandar? Nobody.

Maybe ada orang kata hati aku busuk kot. Tapi memang hati tengah membusuk bila hadap orang2 yang ambil hak orang lain ni.

Belum lagi unit2 yang di beli untuk di sewa / homestay sedangkan agreement kata tak boleh sewakan.

Orang2 management pun bersubahat siap boleh buat homestay bawah nama orang ofis. 3-4 unit hadap swimming semua homestay ye.

Tu cerita lain next confession kalau ada orang nak tahu cerita.

Sekian..

– Ali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Rasanya semua rumah kos rendah dlm bndar mmg hadapi isu yg sama. Isu sewa, isu ada kuota2 cnthnya utk staf developer/& mereka berkepentingan dlm projek tersebut, isu management, isu homestay, & mcm2 lg. Kalau tgk kat parking lot tu, rsnya boleh kira bape ketul je kereta2 marhaen/local. Dunia ni bukan tmpt yg adil.. jadi kita jalanilah sahaja kehidupan.. ikut cara kita.

  2. semoga semua tak jujur menindas orang lain ni kereta dia bocor setiap bulan, paip jamban dia leaking sampai basah baju kerja dia setiap hari. orang yang betul betul layak jadi takdapat rumah ni semua padahal diorang yang dapat tu mampu je yang lagi mahal. akibatnya, yang macam macam kita sampai bila bila takde rumah untuk dibeli sebab takcukup nak beli dan terus menyewa dengan harga yang gaji takat leher dah. yang marhaen terus merempat, yang kaya makin senang. dunia oh dunia.

  3. Memang ada yang jenis mengambil hak orang lain dan tamak haloba macam ni. Nauzubillah min zalik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *