Pencen Adalah Soal Kedudukan Kewangan Bukan Umur

Assalamualaikum wbt, saya kenalkan diri saya sebagai Thinker. Saya berusia 30 an. Saya seorang penjawat awam.

Macam yang kita semua tahu bila cakap je penjawat awam, mesti orang kata secure, ada pencen, boleh buat loan dan sebagainya.

Di usia berganjak ke 30 an ini, saya menyedari sesuatu berkenaan pencen. Saya sering mendengar rakan sejawat yang sudah memasuki 40 an mengeluh berkenaan pencen awal. Saya sudah jemu mendengarnya.

Apabila dikaitkan dengan pencen, mereka mesti mengatakan komitmen besar jadi tak boleh pencen awal.

Tak asing juga bagi kami yang dianggap muda ini adalah ayat seperti, kau orang muda lagi tak perlu fikir pencen. Tak boleh fikir pencen sebab masih muda jauh lagi perjalanan.

Saya sebagai seorang yang mungkin sedang mengalami mid life crisis, saya tidak boleh menerima perkataan itu.

Pada pandangan saya pencen bukan lah soal umur tapi pencen adalah soal kedudukan kewangan! Jika kewangan kita bagus kita boleh pencen bila-bila masa!

Dan satu lagi, sudah menjadi rukun wajib bagi penjawat awam untuk membuat loan bank.

Ini juga satu hal yang penjawat awam tidak dapat elak. Kerana ingin merasai kereta yang bagus, rumah yang besar dan indah. Loan yang dibuat juga dianggap reward diri setelah penat bekerja.

Pernah saya mendengar daripada pegawai bank yang mengatakan bahawa penjawat awam biasanya membuat loan sehingga meninggalkan hanya 400 ringgit sahaja baki gaji bulanannya.

Ya dan pasti tidak mengejutkan buat golongan penjawat awam. Kita harus sedar bahawa pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan.

Jika kedudukan kewangan kita baik kita boleh pencen seawal 40 tahun.

Saya tidak pernah membawa buah fikiran saya pada rakan-rakan sejawat kerana mereka sukar menerimanya jadi hanya di sini saya mampu meluahkan semuanya.

Saya faham ramai yang pasti mempunya perbalahan dengan pandangan ini saya hormati perbezaan pandangan dan saya juga harap pandangan saya dihormati.

Semoga saya dan rakan yang mempunyai kesedaran agar kita dapat pencen pilihan 40 tahun dan dapat memberi peluang yang lebih luas bagi graduan universiti yang lama menganggur.

Aamiin…

Sekian,

– The Thinker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul..saya dh suami penjawat awam.. kami plan utk pencen awal.. suami target pencen 40 dan saya 50.. apa kami buat ialah mula berniaga, setup kedai.. insyaAllah bila dh stabil suami akan mohon pencen awal.. suami anggota unit uniform..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *