Assalamualaikum. Cerita saya ringkas je.. Nama saya Kantan. Belum kahwin. Anak ke lima. Bongsu.

Saya ada 2 abang dan 2 kakak. Abang sulong saya tu anak angkat tapi diharamkan dalam keluarga sebut dia anak angkat.

8 tahun mak ayah tiada anak. Bila ambil along selepas setahun baru lah mak mengandungkan abang ngah dan seterusnya.

Mak, ayah bin kan nama along kepada nama ayah. (Saya tau perkara ni lepas kakak saya jumpa surat beranak asal dan surat akuan serah anak dalam laci ayah lepas ayah meninggal).

Lepas kami desak baru lah mak cerita hal sebenar. Mak cakap Rezeki mak ayah melimpah ruah lepas jaga along.

Ayah ada banyak tanah, rumah sewa, ladang kelapa sawit. Mak cakap kami semua hidup senang & bahagia sebab tuah along.

Ayah meninggal 2021 kerana COVID. Masa tu saya umur 19. Ayah meninggal tidak tinggalkan wasiat. Semua harta atas nama ayah. Cuma tanah & rumah tempat tinggal atas nama mak.

Mak putuskan semua harta mesti dibagi sama rata. Mak cakap ayah pesan mesti bagi sama rata. Mak tak nak ikut faraid. Tak adil katanya.

Saya bantah. Sebab saya google pasal faraid & saya telefon pejabat agama tanya. Pejabat agama terangkan pasal faraid ni.. saya takut hukum Allah.

Saya bagitau mak along anak angkat tak layak dapat faraid tapi mak mengamuk marah. Mak cakap along anak susuan. Dia layak & sama taraf dengan anak lain. Mak cakap saya tak matang tak payah ambil tahu.

Abang ngah juga tak setuju. Abang ngah minta ikut faraid. Abang ngah juga cakap dia setuju bagi along tapi bukan sama macam anak kandung dapat. Mak marah. Mengamuk.

Dekat tiga bulan mak tak nak jumpa saya dengan abang ngah. Cuma 2 kakak je yang setuju. Dia orang cakap kalau betul betul ikut faraid nanti abang ngah je yang akan dapat paling banyak harta. Yang lain melopong jugak.

Saya sedih dengan mak saya. Mak selalu pergi ceramah agama. Solat tak tinggal tapi abaikan hukum Allah.

Mak terlalu sayangkan along dan tak mahu along hilang harta. Kakak pulak sayangkan harta dan tak fikir dah soal betul ke salah.

Mak lantik along sebagai wakil dan uruskan semua pasal pembahagian tu.

Abang ngah cuma berani merungut pada saya je. Nak bukak mulut bantah lagi dia dah malas. Mak ungkit macam-macam dan cakap anak derhaka je yang bantah cakap mak.

Awal tahun 2024 urusan dah selesai. Tapi betul lah kuasa Allah tu Maha Hebat.

3 buah rumah sewa yang ditukarkan nama ke nama along terbakar. Semua hangus. Ladang kelapa sawit yang dulu banyak hasil pun dah kurang berbuah. Semuanya macam tiba-tiba.

Raya baru ni saya balik kampung masa salam dengan along dia cakap dengan saya..betullah apa adik cakap. Harta yang milik orang yang tak ikhlas memberi memang tak berkat. Along menyesal sangat..

Memang nampak dia sedih sangat.. tapi mak cakap takpe.. takde hal.. rumah mak ni mak akan letak nama along.. nanti kita pergi tukar nama.

Saya cuma mampu pandang abang ngah. Tak mampu nak cakap apa dah..

– Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Hanya hati seorang ibu sahaja yang mengetahui bagaimana gembiranya dia, asbab kerana mengambil seorang anak angkat, dia dpt merasa adanya zuriat berada didalam rahimnya selanjutnya mendapat keturunannya. Memang kalau ikut faraid, anak angkat tiada hak. Tapi mgkin disebabkan mengenangkan asbab anak angkat itu, ibu sis dapat mengandung & dpt melahirkan sis adik beradik. Empati itulah amat penting dlm hal ini. Sis pernah dengar takharuj? Cuba sis baca akan tntg hal ni. Dari cerita sis, ibu sis berusaha utk bahagi sama rata harta ayah sis dgn niat utk adil sesama adik beradik, even abg long sis itu anak angkat. X salah kalau nak beri asal dgn persetujuan bersama waris2 faraid. Bermuafakatlah. Cuba sis fikirkan sis duduk dalam posisi ibu sis, yg dambakan sangat utk ada zuriat dr rahim sendiri, & asbab kerana mengambil anak angkat, Allah beri peluang pdnya utk mengandung. Dalam hal ini, Allah sedang menguji sis adik beradik tntg Hati, keikhlasan, keredhaan..

  2. nak salahkan mak seorang pun tak boleh,along pun patut sedar diri.pulangkan harta yang bukan miliknya. sesuka hati bahagikan harta tanpa persetujuan semua waris

    • Sedihnya. Mak tak fikir perasaan anak-anak yang lain. Along patut sedar diri. Jangan tamak dengan harta mak ayah angkat kau.

  3. harta pusakan tk boleh dibahagikan sesuka hati, ada hukum sebagai panduan atau kifarah bakal datang

  4. Sabar. Bertenang. Anak angkat memang tak ada bahagian dalam hukum faraid kerana anak angkat bukan pewaris yang sah.

    Tapi tahukah kalian bahawa 1/3 daripada jumlah harta pusaka itu boleh diberi kepada bukan ahli waris? Contohnya boleh diberi kepada anak angkat, anak jiran, rumah anak yatim, sekolah, masjid, etc. Maksimum 1/3 tu banyak ye. Boleh diagihkan samada kpd satu penerima sahaja atau beberapa penerima yg difikirkan sesuai. Buatlah keputusan dgn persetujuan semua ahli waris.

    Jadi, apakata betulkan semula kefahaman kalian dalam isu hukum faraid dan pembahagian harta pusaka ini supaya tidak ada sesiapa pun yg rasa teraniaya atau dianiaya. Buat dgn ilmu dan kefahaman yg jelas. Buat dgn mengharapkan redha Allah.

    Pada POV org luar seperti saya, kalau betul kalian sayang pada along, berbincanglah sesama ahli waris dgn berbekalkan jiwa yg suci murni dan apakata berilah 1/3 bahagian atau kurang dari itu kepada along.

    Anyway, kalau lepas berbincang sesama ahli waris pun masih tak sepakat, maka tidaklah berdosa kalau kalian tak beri walau barang sesen pun kpd along. Beliau tidak perlu rasa teraniaya atau dianiaya kerana begitulah ketetapan dariNya. Tapi org mukmin harus ada ihsan sesama manusia. Jadi, berlaku ihsan lah kpd along, kerana Allah. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kpd Allah dan mengharapkan pahala.

    Semoga arwah ayah tenang di barzakh dan harta itu boleh dimanfaatkan oleh semua yg berhak menerimanya. Why not kalian hargai along yang dah jadi sebahagian daripada keluarga kalian, susah senang pun sama-sama sejak sekian lama kan? Tanya diri dgn jujur; sudah hilangkah rasa kasih sayang antara kalian hanya kerana harta?

    Semoga hubungan kalian kembali harmoni. Semoga harta pusaka itu menjadi asbab kebaikan bukan keburukan. InsyaaAllah.

    Well, since harta dah diagihkan seperti yg diceritakan oleh confessor, saya jadi tertanya-tanya juga. Apakah solusi utk situasi begini?

    What to do to undo what has been done? Can it be undone? Is it possible to redo? Idk. Cubalah dapatkan nasihat daripada yg pakar dalam perkara ini.

    Sesungguhnya Allah Maha Adil dalam menetapkan hukum-hukumNYA, hanya saja kita yang belum faham hikmah di sebalik setiap kejadian. Wallahu a’lam.

  5. Anak susuan hanya utk hal2 mahram namun masih tidak setaraf waris qadim & mempusakai. Kadang2 emosi pun dpt mengaburi keimanan seseorg. Sebab tu diingatkan jgn buat keputusan time marah atau sedih atau emosi tgh berantakan, pasti ada kekesalan.

  6. Pelik la hang ni kantan. Along tu wujud dulu bertahun2 sebelum hang. Hang pun besaq dengan dia. Hang celik mata dia ada dah dlm kuarga hang. Tapi tu la. Manusia bila bab harta, darah daging sendiri pun boleh lupa lagi pulak saudara angkat. Mak pun cakap harta hampa ada tu rezeki dari mak ayah hang bela along. Awat hah nak rebut nak harap harta orang tua? Tak boleh cari harta sendiri ka? Dari hang cerita ni, aku dapat rasa along tu orang baik.

    Biaq la mak nak boh nama along pun. Harta mak kan. Kesian mak hampa tak paham dia. Dia bela along tu dari kecik kot. Yang bagi dia bahagia bertahun2. Bab harta dunia sampai nak gaduh ngan mak. Bukan hampa cari pun. Harta BAPAK hampa.
    Sekian.

    • Betul tu. Emak masih hidup, dia boleh buat hibah ke atas harta dia kepada along.
      Apa2 pun mintak nasihat kepada yg pakar.
      Jangan la gadoh2 pasal harta pusaka ni. Kalau dapat, berterimakasih kpd arwah ayah yg beringat nk tinggal harta kpd anak bini.

  7. saya tak berani nak komen bab hukum agama ni. cuma saya curious, along tu tak berlaku baik ke dengan adik adik selama mereka hidup sampai adik adik semua taknak bagi harta sikit pun dekat along, takde langsung simpati untuk yang sulung tu? kalau kita la, mesti la dah anggap along tu sebagai adik beradik kandung sebab dari lahir sampai ke tua memang itu la dia, along sebagai anak sulung walaupun bukan darah kandung. kalau along menjalankan tanggungjawab dia sebagai “along” memang patut la mak berfikiran macam tu sebab along tu dah jadi darah daging dia (ibu yang menjaga berpuluh tahun). lagikan kucing pun dianggap macam anak bila kita jaga dari kecik, inikan manusia, anak. pelik.

  8. sepatutnya dahulukan agama baru yang lain. simple. bahagikan harta mengikut faraid dulu baru berbincang sesama keluarga dan boleh diberikan kepada along mengikut yang dibincang. percayalah bahawa rezeki Allah itu luas. kejarlah keberkatan bukan kepuasan.

  9. Memang harta kena ikut faraid dan lepas faraid tak boleh ker sepakat adik beradik bg dekat abg long korang sorang sikit which pembawa rezeki dalam keluarga korang. Hargai lah along korang dgn iklas & reda dgn memberi semula sebhgian harta terbabit. Ilmu harus di cari dik, tak tau kena tya. Hati kena iklas…sedekah kan jer harta ayah awak utk pahala yg lebih besar. Ada tulang 4 kerat lebih baik cari rezeki sendiri.

  10. Wow.. bila bab2 harta, laju je eh guna hukum agama. Ye la kan, kalau ikut faraid, lama dah si Angah tu kaya raya.

    Harap2 rumah sewa terbakar, ladang yg x menjadi tu, bukan ‘kerja’ orang dalam lah ye. Manalah tahu kan…

    Semoga Allah murahkan rezeki Along. Si pengutip sampah yg sekarang jadi jutawan tu pun ladang jagung dia pernah terbakar hangus. Alhamdulillah Allah gantikan dengan rezeki yg lagi baik.

  11. Harta warisan boleh dibahagikan sama rata kepada anak-anak lelaki dan perempuan melalui persetujuan bersama. Perkara ini difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Muis dalam buku Kumpulan Fatwa 3 terbitan tahun 1998: “Pembahagian harta hukum asalnya adalah mengikut hukum faraid….ikot jela kata mak….tak salah…angah dgn yg bungsu kne redha…sebab tak resha jadi mcm tu..

  12. Bodoh tu simpan sikit dik… Blaja biar habis… Boleh je x faraid kalau sume setuju…mcm family ayah akak, harta arwah nenek akak dibahagi sama rata sbb dorg xnak ikot faraid sbb dorg ckp emak dorg sama2 jaga… Jd sume kene dpt dengan adil… Elok je… Yg jd masalah bila àde yg jenis tamak haloba mcm ko ni… Nampak sgt ko dgn abg ngah ko tu tamak haloba… Ni mak ko hidup dah tamak mcm ni, bila mak ko xde tah2 akak2 ko satu sen pom xdpt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *