Future oh future.

Terima kasih admin sebab approve ye!

Assalamualaikum, pertama sekali aku bukanlah seorang student IIUM, aku hanyalah student lepasan SPM yang sedang tunggu nak masuk Matriks. Aku ada benda sikit nak share dengan korang lah.

Lepas habis PMR, alhamdulillah aku ditawarkan untuk sambung belajar di sekolah berasrama penuh. Aku ingat, aku betul betul boleh focus untuk belajar dekat situ, padahal hidup aku makin teruk once aku dekat sana.

Alkisahnya macam ni, I am girl who is blessed with a beautiful face (kata orang), baik akhlak dan agamanya, solehah, lemah lembut and sampai lelaki takut untuk kacau aku depan depan dan gelarkan aku 'wife material' (sangat.tak.matang.ye.) sebab aku ni mempunyai 'harga diri' yang tinggi dan terjaga. Sampai ada satu event annual dinner, aku menang gelaran "The Queen of batch". Kau tahu tak satu perasaan yang bila kau disanjung, kau dihormati walhal kau tahu keburukan kau lebih apa yang orang judge? Tapi takpelah tu mungkin salah satu ujian Allah Taala bagi dekat aku, nak tengok aku ni jenis bersyukur ke tak, riak ke tak dengan kelebihan yang aku ada. Tapi serious lah ni la perasaan aku, rasa tak layak je untuk semua tu.

Dan bila habis SPM, ramai je nak tau result aku. Ye result aku 5A alhamdulillah. Tapi minggu exam aku lah paling rajin, datang kelas paling awal, study lebih pada orang lain. Mungkin tak kena konsep dengan study smart. Tapi otak aku tak boleh nak nafikan yang keputusan aku ni mungkin disebabkan aku terlampau terganggu dengan lelaki lelaki yang suka kacau aku kat situ. Setiap hari ade je cerita pasal aku, tapi time nak exam aku dah belajar buat pekak.

Awalnya aku nangis sebab aku tak dapat nak penuhkan harapan mak ayah, dan waktu tu akal aku memang 100% dikaburi dengan statement "Peluang untuk sambung belajar di tempat best best ni sangatlah tipis." Macam biasa, aku apply for UPU. Aku banyak pilih UIA sebab UIA ni tempat yang aku betul betul nak pergi, lagi satu sebab kakak-kakak aku dulu study situ dan banyaklah aku tau kebaikan dia. First choice, aku pilih course Sains Kemanusiaan sebab aku memang suka Pyschology dan cita-cita aku nak jadi lecturer in Psychology. Aku betul betul berharap supaya aku dapat course ni, tapi rezeki Allah dah aturkan.

Aku tak dapat satu apa pun untuk UPU. Aku taknak pertikaikan "Keputusan SPM aku ni teruk sangat ke?" Haha. Jujur aku jealous dengan kawan-kawan aku yang dapat U baik baik. Tapi takpelah just be optimistic. Mujur aku masih ada pilihan untuk ke Matriks. Tapi satu benda ja yang aku tengah risau sekarang, benda apa yang mampu yakinkan aku untuk boleh dapat pointer yang bagus kat sana nanti? Dengan program aku yang setahun je tu? Aku mampu ke? Aku dah la semulajadi a slow-learner. Mampu kah aku focus macam dulu kalau dah pengalaman aku masa dekat sekolah dulu macam tu? Aku takut nak hadap dengan lelaki, serious aku cakap. Aku dah deactivate Instagram dengan Twitter sebab lelaki suka share gambar aku. Cakap pasal aku. Aku insecure, rasa macam hilang maruah diri. Aku ada masalah anxiety disorder, aku takut nak berhadapan dengan orang apatah lagi pasal masa depan yang tak pasti. Aku hilang confident bila berhadapan dengan orang ramai, aku jadi bisu untuk bagi pandangan, aku mengiakan je apa orang cakap. Aku tak reti nak luahkan perasaan, apatah lagi soal cinta. Sekarang ni ada je sorang ni tengah approach aku, tapi disebabkan dia dah masuk U, dia kata dia nak kejar cita-cita dan akan datang balik dengan kejayaan. Aku pun nak jugak buat macam tu, tapi kami dah kenal lama, and away macam tu ja? Eh? Awalnya aku taknak suka dia sebab aku tetapkan diri aku, kalau kau umur bawah 20, kau jangan harap kau akan faham apa maksud cinta. Aku taknak jadi hanyut di masa depan, tolong aku.

Tolong bagi aku semangat dan ingatkan aku bahawa bila aku makin membesar, aku makin faham apa itu kehidupan. Aku seorang hamba Allah yang baru belajar merangkak, masuk ke dalam realiti kehidupan secara perlahan. Bagi akak akak dan abang abang yang dah banyak lalui pengalaman pahit manis, asam garam kehidupan, aku mintak tolong pandangan korang. Jangan kasi negative feedback sebab fikiran aku sekarang dah cukup negatif. Please. May Allah SWT reward and bless every single word that you write, amiin.

– Sis Qowiy

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Hai sis qowiy. Haha kita sebatch. Saya tklah cntik mcm awak smpai dpt gelaran mcam tu. Klau awk nk kata2 semangat untk fight msa hdapan saya boleh lah nsihat kan skit2. Tu pun sdikit sbnyk dri senior dan org sekeliling saya jugak.

    Nasib kita sama. Tak dapat upu dan insyaAllah msuk matrik scnd ramdhan ni. Sapa lah tk sedih kan tgok org lain dpt u kita ni u mna pun tk lyak. Huhu. Ambik msa lama jgak sya nk move on dri upu. But brkat nsihat dan kata smngat org skeliling buat sya jdi lebih smngt nak fight dan tebus ksilapan dkt matrik.

    So adakah truk sngt life matrik ni. Tmbh2 dpt pst plak. One more thing sya jgak jnis slow skit nk catch up. But bila ambik dri sudt positive kita dah duk dikalangan org rjin tkkan kita nk bermalasan kan? Msti tak. And i’m pretty sure you have done a lot of research about life in matric.

    Jangan down! Anggab ni msa untuk kita fight dan tebus semua nya. Jgan dgr negative dri org lain. Bktikan mreka salah.

  2. Hi awak enjoy your matriculation life. Setahun matrik memang best sangat2. Walaupun memang banyak kena belajar dari masa yang singkat. Even skrg saya ni dah nak habis dah degree masih lagi rindukan zaman matrik n my spm pun biasa2 je but bila kat matrik, kira mmg start dri awal. Tak tengok dah result SPM tu. Ada je kt matrik tu spm dia hebat gila. Bila kt matrik dia jatuh. SPM biasa2 masa matrik mmg gempak gila pointer. Rezeki tu memang tp usaha tu penting jugak kan. Yang penting kt sini, jangan ponteng kelas. Boleh je nak enjoy2 cuma waktu belajar, fokus. Matrik memang kena struggle sebab masa singkat kan tapi lecturer akan banyaaak sangat bantu. Jangan risau ok Muda lagi and awak banyak lagi perjalanan nak pergi.

  3. Eh sama tak dapat upu mse lepas spm. Kita dpt 6a, apply course biasa2 je pun, admin, business mcm tu haa, satu pun tak dpt haha. Tp Alhamdulillah, dpt intake rayuan uitm but dip, then rezeki dpt buat degree kat uk, grad july ni. Jgn pernah lari fokus utk akademik, walau apa pun jadi. Kalau rasa tak perlu ada bf, then dont force yourself into it. Sbb nnt awk jumpa ramai lg abam hot haha. Lelaki ni, dia kacau suka2, test market, kalau tak dilayan nanti dlm sebulan senyap la dia. Other than that, banyakkan kawan dgn pempuan yg awk rse dia jenis confident, see how she do it, learn lastly, Have faith in Allah, He knows best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *