Rapatkan saf

Assalamualaikum,
Pernah tak korang mengalami situasi ni. Bila solat jemaah kat masjid/ surau tapi saf tak rapat. Paling saya sedih, bila ada sesetengah jemaah tak nak rapatkan saf sebab nak solat kat sejadah yang dia bawak. Pernah aku tarik tangan mak cik sebelah aku, untuk rapatkan saf, dia jeling aku. Sedangkan niat aku nak bagi rapatkan saf. Sempena bulan puasa yang akan menjelma tidak lama lagi. Bukan sekadar ramadhan jela. Tiap kali solat jemaah, rapatkan lah saf kalian. Sejadah lawa ke tak lawa, tu tak penting. Yang penting, saf kena rapat. Moga solat kita di terima Allah. Jika kalian ada pendapat/ cadangan camana nak bagi jemaah rapatkan saf, boleh la bagi pendapat. Mana tau boleh di praktikkan nanti. Komen murni-murni je tau. Syukran ;)

– Gadis Sarawak

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Lololololol….pompuan pun ada..ingat laki ja..nak rapat saf,bersentuh jari kaki,dia elak.sentuh lagi,dia elak..nak tegur pun pakcik2..kang kata tak reti rapat saf,marah pulak.

  2. I jenis tak kisah. Makcik jeling sampai mata dia terkeluar pun I buat bodoh je. I solat jemaah kerana Allah. Lantak la makcik nak rasa saya jijik ke ape ke. Whatever la makcik.

  3. Ada org tak tahu keperluan utk rapatkan saf. Atau mungkin dia risau batal kalau gerak.

    Jadi, tegurlah dengan penuh hikmah. Atau minta org yg sedikit berusia yg fhm utk tegur makcik2 ni. Mgkn nmpk kurang praktikal cara ni kan.

    So selagi boleh, cuba sembang2 dan selit teguran.

  4. Ak penah nk rapatkan saf kt masjid kt kl ni beberapa tahun lepas..ak dgn pakcik tu smpai kt saf imam dh takbir..so pakcik tu bdiri sambung saf and ak sambung sblah pakcik tu…lepas 2 kali ak cuba rpatkan bahu dan tumit and pakcik tu jarakkan diri, baru ak nk takbir pakcik tu pandang ak tajam muka bengang..ak pun yg iman xkuat ni pun trus rasa nk marah..sudahnya solat pum xkusyuk..adoii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *