Assalamualaikum. Aku perlukan sedikit pandangan dari reader semua.
Sedikit pengenalan, perkahwinan aku baru berusia 1 tahun lebih. Baru di kurniakan permata hati bulan November 2020. Aku bekerja & suami juga bekerja. Namun kami tidak tinggal bersama, senang cerita aku & suami pjj.
Sebelum ada yang tanya kenapa aku tak berhenti kerja & tinggal dengan suami. Atas faktor kewangan & suami sendiri tidak galakkan untuk aku berhenti walaupun ada kala aku ingin sekali berhenti & merasa menjadi isteri.
Ya, sehingga saat ni aku tak sepenuhnya memahami watak seorang isteri. Aku hanya berjumpa suami sebulan sekali @ dua kali sahaja. Lagi lagi di waktu pkp sekejap ada sekejap tak ada ni. Suami masih tinggal bersama ibu ayah dia.
Ada beberapa perkara yang menjadi pertikaian kepada aku.
Yang pertama, keluarga si suami. Jujur aku kurang menegenali watak2 dalam keluarga suami sebelum kahwin. Ada juga suami bercerita tapi sekadar berborak kosong.
Bila kahwin, aku mula bergaul dengan keluarga mertua, aku dapat rasa aku tak dapat ‘blend’ dengan situasi mereka. Bermula dari sikap ayah mertua aku yang sangat kuat bagi negative judgement pada orang. Begitu juga anak2 nye.
Bila berkumpul aku di selubungi negative vibes yang bagi tekanan pada emosi aku. Sikit sikit aku mula nampak suami pun sama, suka bagi negative thought pada setiap perkara.
Golongan macam ni merasakan mereka saja yang betul, orang lain buat apa mereka lebih suka mencerca & menghukum.
Kedua, dari segi nafkah. Pada awal kahwin Alhamdulillah semua smooth. Nafkah tertunai selayaknya. Tapi makin bertambah bulan makin hilang tangungjawab terhadap nafkah.
Suami lebih utama kan keperluan keluarga dari aku si isteri. Bila tiba gaji, suami sikit pun tak tanya apa keperluan aku.
Tapi dia akan sibuk berceloteh pasal keperluan keluarga nya. Ya mungkin sebab aku sendiri bergaji. Tapi bukan ke nafkah itu wajib. Aku bukan meminta minta jumlah. Selama yang aku dapat di awal perkahwinan aku tak pernah merungut walaupun sekadar rm20.
Aku tahu itu nafkah yang dia mampu untuk aku dan aku terima dengan rasa bahagia. Tapi sekarang tak lagi. Dia lebih utama kan keluarga. Aku di biarkan, sikit pun tak bertanya. Kenapa aku ‘lorat’ sangat dengan duit belanja dari suami? Sebab aku isteri & nafkah hak aku.
Dalam 5 hak nafkah ini saja yang aku boleh harapkan. Nafkah batin sudah lama tergantung. Alasan dia letih kerja, alasan aku pregnant takut nak bersama. Sampi dah masuk tahun baru masih sepi.
Aku pun dah lelah nak persoalkan. Biar saja la aku kubur kan keinginan aku. Nafkah makan, sepanjang perkahwinan aku sendiri bertangungjawab atas makan aku. Nafkah makan cuma terlaksana bila aku balik rumah mertua.
Nafkah tempat tinggal apatah lagi. Aku faham kewangan suami & aku tak meminta sebuah rumah memandangkan kami pjj. Tapi aku cuma minta sebuah bilik yang selesa.
Bilik suami di rumah mertua sangat sempit & memang untuk orang bujang. Sampai kan tempat nak solat tak ada.
Waktu untuk aku berdua dengan dia cuma dalam bilik tu, tapi bilik pun tak selesa sempit gelap tak ada pengudaraan, aku lemas dalam bilik tu.
Yang lagi best, suami aku cakap bilik dia cukup selesa. Suami aku bukan nya tak ada duit, duit dia banyak sebab hanya guna kan untuk diri dia & family. Jadi simpanan dia banyak.
Dia selalu bangga dengan simpanan dia yang cecah puluh ribu tu. Sebab tu aku tuntut bilik selesa dalam rumah tu. Itu saja kawasan yang aku bebas & ada waktu untuk rehat.
Bila dia balik ke rumah mak ayah aku dia merungut bilik aku panas, suruh pasang aircond bagai. Sudah lah cerita pasal bilik.
Yang ketiga, dua orang abang suami penagih. Yang bebas keluar masuk rumah tu. Bilik suami aku sendiri pernah dia selinap masuk. Penagih memang tak berhati perut, apa barang makan yang aku beli habis dia ambil & bawa pergi port. Atau dia akan habis kan semua makanan.
Aku tak biasa hidup di kalangan penagih. Yang aku tahu penagih ni sampai waktu terdesak dia tak dapat kawal diri dia, dia akan buat apa saja. Bayangkan aku di biarkan bersendirian di dalam rumah tu dengan penagih ni. Suami aku?
Dia sibuk buat OT walaupun isteri balik. Mertua aku semua akan keluar dari pagi hari smpi la tengah hari. Aku? Berkurung dalam bilik yang sempit gelap & tak selesa tu sampai ada orang balik. Nak pergi toilet pun aku takot.
Yang ke empat, suami semakin pinggirkan aku dari segi emosi juga. Setiap kali aku ajak bincang satu2 masalah antara kami. Dia akan mengelak.
Atau dia akan bagi ayat ayat sarcastic. Jiwa aku makin sakit. Kenapa suami dah tak macam dulu. Sekarang susah untuk bawa bincang. Sudahnya aku banyak pendam perasaan & perasaan tu lama2 jadi racun dalam diri aku. Suami pun makin berkasar dari lenggok percakapan.
Rutin malam sebelum tidur kami akan call, perbualan antara kami makin hambar, bila aku tanya dia jawab sepatah atua dia buat bodoh. Kalau ada pun dia jawab berjela sajala tetap dengan ayat dari lidah tajam dia.
Sekarang aku jadi jauh hati. Aku pun jadi kurang nak update pasal life aku macam dulu. Apa yang dia tanya saja aku jawab.
Dia pun semakin suka kutuk fizikal aku, memperendahkan kemampuan aku. Baru terjadi suami mula memperlekehkan mak ayah aku. Aku rasa aku tak boleh berdiam lagi. Cuma aku tak pasti apa tindakan sesuai yang patut aku buat.
Aku tak nak bertindak ekot emosi, sebab aku tahu akan teruk kan lagi keadaan.
Suami aku lebih utama kan darjat dia sebagai suami. Dia warning aku jangan buat apa2 yang jatuh kan air muka dia. Dia tak sudah ingat kan aku syurga aku pada dia. Tapi tangungjawab hakiki pun terabai, apatah lagi soal tekanan emosi yang aku dapat.
Banyak lagi hal yang aku tak berapa suka. Tapi ni 4 perkara yang aku cuba tekankan. Persoalan nya, aku ke yang overthinking & overacting. Apa aku patut buat untuk aku rasakan nikmat seorang isteri tu.
Aku tak tahu nak luahkan kat orang rapat dalam hidup aku. Ye itu semua aib suami yang tak patut aku dedahkan.
Aku terpaksa cerita dekat sini sebab aku perlukan pandangan. Dengan sapa perlu aku rujuk perkara macam ni. Perlu ke aku terus terang apa yang aku tak suka ni bulat bulat pada suami.
Biar dia sedar & buka mata. Tapi susah juga, sebab dia memang dibesarkan dalam circle judgmental person. Dia akan tetap rasa dia betul & aku yang tak betul. Nak minta maaf dengan aku pun ego apatah lagi nak berterima kasih.
Andai tiada kata yang baik dapat reader berikan, cukup la dengan doa semoga aku dipermukan jalan untuk semua ini. Jangan la kecam. Orang dalam masalah ni kadang dia sampai tahap “bengap” tak boleh berpikir dengan betul, sebab tu dia perlukan pandangan orang lain.
Sekian…
– AF (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit