Emak Berubah Sikap

Assalamualaikum. Umur saya dah 26 dan dah dekat setahun bertunang. Kenal dengan tunang dah 6 tahun, sejak di zaman universiti.

Alhamdulillah selama tu, tak pernah ada masalah orang ketiga. Keluarga kedua dua pihak restu hubungan kami.

Tunang saya muda setahun dari saya. Orangnya sederhana, kerja biasa, level pendidikan sama dengan saya, keluarganya berilmu agama. Saya selesa dengan cara dia layan saya selama ni. Sangat memahami.

Tambahan lagi, saya tertarik dengan cara dia melayan ibunya (single mother) dengan penuh hormat. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah lagi 3 bulan akan bernikah.

Masalahnya, sejak dua menjak ni, emak saya sering lontarkan pendapat nak menantu yang berharta. Lebih lebih lagi kalau tengah tonton drama melayu.

Emak sering berkias dan tak pernah cakap direct kat saya tapi saya faham apa yang emak maksudkan. Saya terasa sebab saya sedar, tunang saya tidak lah berharta seperti yang emak saya mahukan.

Saya faham, sebagai seorang emak mesti mahukan yang terbaik untuk anak nya. Lebih lebih lagi, saya sorang je anak perempuan dalam keluarga.

Sebelum ni ada je lelaki yang berharta dan ada rupa nak kat saya, tapi saya sikit pun tak tertarik.

Bagi saya, perasaan dan hati lebih saya dahulukan. Buat apa kaya, tapi hati tak bahagia.

Mungkin kata kata ni akan makan saya pada masa akan datang tapi saya terkesan tengok usaha tunang saya nak memperisterikan saya.

Mana mungkin saya tinggalkan dia begitu sahaja sedangkan tarikh nikah dah makin dekat.

Keluarga saya agak senang dan ada kerja yang terjamin. Ada anak kawan ayah yang nak berkenalan dan memperisterikan saya, tapi saya tolak sebab saya tertarik dengan tunang saya je selama ni.

Ayah saya tak kisah tentang pilihan saya. Dia tak pernah persoalkan tentang kerja tunang saya.

Masalah ni tak pernah wujud sebelum dan semasa bertunang sebelum ni. Cuma bila tarikh nikah dah makin dekat, lain pula pemikiran emak saya.

Adakah ini salah satu dugaan bertunang? Kenapa baru sekarang emak saya bersikap begitu?

Kalau dari sebelum bertunang, mungkin saya tidak se serabut begini.

Sekarang hati saya dah mula berborak balik. Takut tunang saya tak mampu jadi suami yang terbaik untuk saya selepas kahwin nanti dan emak akan salahkan saya.

Apa perlu saya buat sekarang? Saya buntu dan serabut bila teringat kata kata mak saya. Sejujurnya, saya makan hati setiap kali teringat apa yang emak saya kata kan.

– Ella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *