Peminat Iphone

PEMINAT IPHONE

Assalammualaikum admin & salam 1 malaysia ?

Tq admin if app post aku.. Ok, berkait dengan cerita pasal peminat iphone ni. Aku salah sorang peminat iphone.. Memang minat gila ah. Tp aku rasa cam tak berkemampuan nak beli iphone ori. Aku ambil keputusan untuk beli je lah IPHONE CLONE.

Aku beli iphone clone tu online, alhamdulillah seller tu bagus laa..trusted punya seller. Ok, so aku pun order laa seketol iphone 6s dengan harga dalam lingkungan RM500. Kemain wehhhhh, dapat pegang iphone..walaupun clone.

Lepas tu, orang office tempat aku semua nak belek-belek aku punya iphone. Aku pun jujur dengan dorang, iphone aku tu clone ja, harga sekian-sekian.. Then pakcik sorang tu kata dekat aku,

Pakcik: Nie warranty berapa lama?
Aku: setahun pakcik.
Pakcik: Eleh, yeke? Nie elok sampai setahun konfem rosak ni. Dorang buat bg elok2 setahun ja pastu rosak ah.

Ehh-eh, berdesing jugak telinga aku masa tu. Tapi aku takda laa melawan/balas cakap pakcik tu..aku diamkan je. Nak dijadikan cerita lepas 3minggu aku guna, screen fon tu macam terkopak dah dari badan fon, bateri cepat panas.

Lastnya, screen fon tu terkeluar terus dari body phone, screen jadi rosak (blank) gitu. Tetiba aku terdetik nak tengok warranty. Warranty macam takde apa pun weh..tak boleh claim lcd screen, tak boleh claim bateri, tak boleh claim software. Cable charger, earphone awal-awal lagi dah rosak.. Aku buat dek je mase tu, aku beli baru.

Bila dah semakin rosak teruk gini. Serius aku kecewa gila. Rosak macam tu ja tanpa boleh claim warranty. Salah aku jugak, sebab tak minta dulu tengok warranty dari seller tu.. Time-time gini jugak lah aku terflashback balik kata-kata sentap pakcik office aku tuh ?

So, aku nasihatkan adik-adik yg dpt ptptn @ mara, abg kakak yg nak pakai ape jenis phone clone sekalipun, pikir habis-habis dlu.. Jangan jadi macam aku..menyesal tak sudah. Kalau dulu 500 tu aku beli samsung j5 pun still ok sampai sekarang. Iphone clone nie aku sempat pakai sebulan je.

Aku tau, ramai yang penah guna phone clone kecewa dengan kualiti clone tu sendiri. Tak kesah laa phone jenis apa pun same je..

– Ana

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

72 Comments

  1. Name pun clone, mmg takkan same dgn yang original. Kalau amek yang refurbished okey lgi. Next time dont ever beli clone demi nak tayang kat org. Tak kemane pun okey?

  2. dik, abang ni duit yg ada dlm bank tu pastu kalau campur dengan yg ada dlm tempayan kat dapur tu bolehlah nak beli pulau hawaii tu.. tp takde pun terfikir nak bazir beli henfon mahal2 ni dik… seumur hidop ni tak pernah guna iphone sebab rasa mcm mahal je, baiklah duit buat benda lain

  3. First rule buying electronic device, jgn beli clone or at pasar malam. Klau baju suar xpela clone or reject, ni electronic x payah, better spend mahal tapi tahan lama.

  4. PROMO PROMO PROMO PROMO @Kuku_besi

    KINDLY MAKE SURE THE DETAILS BEFORE YOU MAKE ORDER AND PROCEED THE PAYMENT ….

    IPHONE PRICE LIST

    IPHONE 5 RM220(16gb) RM270(64gb)
    IPHONE5s RM320(16gb) RM370(64gb)
    IPHONE5c RM220(16gb)
    RM260 (32gb)

    IPHONE 6….
    RM699 (16gb) REFURBISHED SET!
    RM750 (64gb) REFURBISHED SET!

    ONLY IPHONE 6s IS NEW SET WARRANTY 5MONTH

    IPHONE 6s….
    RM1300 (16gb) NEW SET IMPORT!
    RM1500 (64gb) NEW SET IMPORT

    KINDLY INFORM THAT ALL ITEMS ARE PRE ORDER 9-12 WEEK

    FOR THOSE WHO WANTS TO ORDER PLEASE FILL IN THE DETAILS BELOW.THIS ITEM NOT INCULUDE POSTAGE

    POSTAGE PRICE :
    1 unit Rm10

    COD ONLY NEAR IN TG MALIM ,PERAK

    NAME:
    PHONE NUMBER:
    EMERGENCY CONTACT:
    ADDRESS:

    PAYMENT MUST COMES FIRST BEFORE WE START TO PROCEED YOUR ORDER.

    ANY ENQUIRIES OR ORDERING: 017-5588024. (Arai)

    MAYBANK 158088484189
    (Muhammad shafiq)

    WISH YOU GUYS A BEAUTIFUL DAY AND THANKS FOR SUPPORTING! @Kuku_Besi

  5. Ni pendapat aku, aku xpenah ade rasa teringin nak pakai iphone sbb terlalu mahal. Bukan x afford tp bg aku benda lain lagi penting. Lebih baik duit tu simpan buat bayar down payment keta baru. Lagi syok weii.

  6. Mcm aku dlu lah, tp bkn iphone, lenovo je bli online la, bru pkai 2 bulan hancuss terus, hntar kedai sbb ada warranty still sama, xleh baiki. Berbulan gak la aku pakai fon torchlight screen itam putih sbb duit xde nk bli fon bru, time tu smartphone mahal lg, xdpt 2,3 ratus mcm skrg. Last2 decide bli sony xperia c3 kt authorize dealer, mmg mahal sikit, barang ori kan, tp puas hti, smpai skrg pkai ok, dh dekat 2 tahun, xde hang2, rosak2 da.. Moral of the story nk bli, bli yg elok terus wlaupn mahal sikit, jnji puas hti, duit pun xrugi

  7. Sbb tu kalau nk beli apa,beli ori.kepuasan diri tu penting.tkpaham betulla yg minat gila dgn iphone ni.hm tkpa lah,minat kan.saya pun smpai skrg minat dragon ball.hahaha

  8. Saya pernah beli ip clone mase sekitar tahun 2014 dulu. Luar je ip. Dalam guna android. Haha! Beli tu dalam rm300 lebih jugak lah. Bile dah slalu sgt buat hal, beli fon baru. Yg bukan clone, bukan ip. X mampu nk beli ip lagi. Haha! Pastu ip clone tu simpan jela dlm laci. Sebulan lepas tu, tgk balik ip clone tu, dah meletup! Barai.. Ya Allah!! Nasib baik tukar fon awal. Kalau meletup kat telinga ke mase on call tak ke parah. So jgn beli lagi fon clone ye pengajarannya kat sini. Just sharing. Hehehe. K bye!

  9. aku dah keje pun pakai phone lenovo yg asyik hang dgn kena repair port charger. sampai satu tahap handphone tetiap minggu kena antar kedai. berabis dkt 300 dh je baru aku beli lain. itu pun huawei je.

    • Sye pakai lenovo s650 dh nak dekat 2thun setengah.. Msa beli dkt 700 jgk regenye… (Bru keluar sekarang model ni dah xde) Alhamdulillah elok xde hang. Xde rosak walaupun tercelup dalam air, terjatuh dari moto… Tapi tak best nye selagi lenonoi (nama manja) ni tak rosak xboleh la merap suami nak pakai handset bru… Huhuhu

  10. Duh kenapa nak condemn die sgt korang ni? Die minat je pun, slh ke, biar papa asal bergaya xde die btau org kat ofis die yg iphone tu clone. Keje nak bash org je. Cuci hati sket, org nak bercerite pon salah.

  11. abg dlu pakai hnfon nokia butterfly .. pastu dh keje bru pakai ipong.. so far android snang download.. ipong mmg xkena virus.. untuk kterangan lanjut sila lawat laman sesawang iphone.com

  12. Entah kenapa hati aku belum terbuka nak beli iphone walaupun mampu. Hmm. Cuma nak pesan jgn beli Clone. Tak kisah model lama asalkan mampu beli dan original. Alhamdulillah Z3 ni dah 2 tahun. Ni pun nak terbarai dah haha

  13. Budak ni share pengalaman dia untuk jd pengajaran dkt kita.. ade jugak yg nk kutuk dia.. thanks adik share cerita.. nnt klu dh kerja beli yg ori ye.. tp jgn tukar tiap2 kali model baru keluar pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *