reply peminat iphone

Assalamualaikum. Terbaca cerita confessor pasal iphone clone tu.. haha.. laju laju aku balas..

Sebenarnya aku pun lebih kurang kisahnya.

Aku pakai samsung s3 mini dulu laa.. fon aku ni macam dah nazak.. tunggu waktu ajal memanggil je.. gtuh

Pastu memang aku dah lama usha iphone 6 kaler gold.. pergh lawa..

Aku beli online jugak, trusted seller, ke? Aku stalk kat instagram.. nak bagitahu nama instagram tu ke? Haha.. tak sampai hati plak..

Banyak laa komen kat instagram dia tu.. barang sampai laa, customer sume puas hati dengan fon clone dia..

Aku pun akal pendek, beli laa jugak iPhone tu sebijik.. harga dia 490 gtu, tak ingat.. bawah 500 laa.. promosi katanya..

Masa dapat tu eksaited laa sikit.. iPhone kut, bukan calang calang orang pakai.. tapi aku cerita laa kat orang, beli yang clone je..

Dah guna tak sampai sebulan, weyh… fon tu tak mau hidup dah. Hidup segan mati tak mau..

Aku whatsapp laa seller tu, cakap fon tak mau hidup sume, dia tak balas.. memang tak berkat hidup kau weyh. Pastu aku mesej laa, aku tanya, ada warranty ke fon ni sume, dia balas, dia kata “ada, setahun..” lepastu aku balas mesej dia, aku cakap, bang, “fon tak mau hidup” sampai ke sudah tak balas.. dah mati kut orang tu.. tapi aku tengok instagram dia elok je update..

Alih alih, aku bawak gi mines kat serdang.. kononnya tempat baiki fon laa.. cina tu cakap iphone tu memang one time use.. aku bengang jugak masa tu.. aku buang terus iphone tu dalam tong sampah kat ktm serdang.. sekali ngan kotak dia, charger dan plastik yang seller tu kasi masa aku beli.. biar dia meletup dalam tu.. aku tak peduli..

Dasar betul.. keje nak menipu je..

So, kepada semua tu, kalau nak beli fon, pastikan ori.. aku tatau pape pasal iphone, tapi aku Samsung user, so mungkin aku tau sikit sikit pasal ke”original”an fon samsung.. alhamdulillah, aku beli samsung s4, ori.. tahan sampai hari ni.. :)

– galaxy

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

29 Comments

  1. sebagai pengguna tegar iphone, sy pun nak komen laju2 dkt sini. sbnr nya kalau utk gadjet tak salah kita berbelanja lebih utk kualiti dan tahan lama. sy prnh beli iphone 4 3rd hand dah.. mmg tahan sampai skrg.. beli pun murah. iphone kalau pandai jaga mmg tahan lama. ikut production iphone 4 pun release 2010..da 6 tahun tapi still oke smpai skrg..bcause of what, because of the quality..

  2. Beli yg ori la dik…masa Iphone mula2 launch dulu,kawan hadiahkan kat saya..2g je version yg mula2 sekali…masa tu tk ramai lg pakai Iphone…and until now,phone tu masih boleh guna lagi…tak pernah ada masalah..

  3. Kalau nak beli produk apple beli terus dari website dia. Memang mahal nak mampos tp ori dan jatuh caner ade warranty. Tapi tulahh cekik duit lah hahahahaha maaf x membantu

  4. Kenapa la ramai sgt org pandang “tinggi” kt ip ehh? Pakat pulun masing2 nk beli smpai x kisah clone sekalipun.
    Dulu ada jgk rasa nk beli, tp sbb nmpk mcm susah, mls la nk beli.
    Tapi skrg ni x beli sbb tgok perangai pengguna2 ip yg taksub sgt, jd menyampah.

    One day nk try beli jgk, nk rasa ‘kelebihan’ memiliki ip.
    Tapi kena tggu samsung aku skrg sakit dulu la. Skrg ni dia sihat walafiat lagi.

    • Takde tinggi pun pakai iphone ni sis, org tetap kata sy pendek (?) ? Sy dulu android user lepas tu dpt hadiah iphone, memula meronta tak nak pakai, tp lps guna tak rasa nak tukar sbb simplicity dia – sync itunes & stuffs. Memang memula semua serba kurang sebab xbanyak benda free mcm android, nak backup kena sync and not so customizable but the smoothness and quality. Tp pada sy nasib je gadgets ni, ada yg elok dan tak. Yang taksub pakai iphone tu tak tau kenapa perangai macam tu. Yang pakai android pergi mengutuk org pakai iphone pun. Dunia, tak tau la kenapa so much hate #sissedih hihi dua dua ada best dia. Kwn pakai Mi kot cantik betul camera dia jeles sy ?

  5. Konsepnya mudah je, klu nak yg tahan lama, terjamin & berkualiti, beli yg original dkt Apple authorised dealer mcm Mac City atau Machines. Klu ada mslh dgn phone, diorg ganti lain. Sblum jual ada quality control check, jd inshaAllah lbh slmt drpd clone/tipu.

  6. Gadget better beli kat authorised dealer. Tak kisah la camera ke, lens ke, phone ke, yang mana harga ribu2 tu la. At lease bila rosak warranty still valid or warranty takde masalah la senang cakap. Nak exchange pun senang. Dorg tak banyak songeh. Compared to kalau beli kat kedai2 kecik ni. Ntah warranty or gadget tu sendiri ori or tak. Quite risky la.

    Cuma bilalah Apple Store nak buka kat Malaysia. Authorised dealer mcm Machines ni agak leceh jugak sebenarnya. Kalau kat Apple Store, ada problem dgn produk dorg, on the spot terus dorang bagi kita yang baru (maybe refurbished). Takyah nak kena tunggu seminggu ke, sebulan ke mcm kat Machines. Unless kalau dorg dah habis stok lah. Nak kena tunggu for few days ni leceh la. Nak kena datang balik etc etc. lagi2 kalau kita tgh outstation or ada emergency nak kena travel ke apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *