“Macam Best, Nak Meniaga Online Juga Tapi…”

Hi assalamualaikum Salam PKP 2.0. Sedikit pengenalan. Saya merupakan seorang online yang menumpang di platform orang lain, dan tak jana pendapatan melalui website sendiri.

Setiap kali saya up pasal meniaga online mesti akan ada yang komen ‘bestnya tengok orang jual online. Teringin nak meniaga online juga tapi tak tahu nak jual apa’.

Baik saya teruskan saja kepada tajuk. Yang bakal saya kongsi ni mungkin sama seperti satu titik daripada air di sungai & tasik; terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan ilmu perniagaan yang wujud kat dunia ni.

Yang saya share kat bawah ni untuk orang yang NAK MENIAGA TAPI TAK NAK LA SAMPAI KENA BUAT LOAN untuk modal. Saya ada sikit saja ni duit sampingan. Yang ada duit berkepuk tapi tak tahu nak buat apa pun boleh juga cara ni.

Sebenarnya kita boleh jual macam-macam online. Sekarang ni boleh dikatakan hampir semua benda dijual online. Terlalu banyak sampaikan kita tak tahu nak jual apa.

Saya faham sangat perasaan tu sebab saya dulu pun macam tu. Tapi bila diri sendiri dah jadi part of the business itself baru faham.

“Nak jual PAKAIAN dan simpan stok sendiri TAPI macam kena guna modal besar”

“Nak jual TUDUNG TAPI macam dah ramai orang jual”

“Nak jual MAKANAN TAPI takut expired kalau tak ada orang beli”

“Nak jual PERABOT TAPI macam mana nak pos?”

Pernah terfikir persoalan-persoalan ni? Jangan risau saya dulu pun macam ni juga. Tahukah anda? Jika anda ada terfikir benda-benda ni bermaksud anda dah TERRRRlalu jauh saja depan.

Bagi yang betul-betul nak berniaga anda hanya perlukan 1 COMPLETE PRODUCT yang anda yakin anda sangat tahu tentang produk tersebut.

Bagi saya yang ini sangat penting ye sebab once awak dah mula berniaga awak akan dihujani dengan pelbagai soalan daripada pembeli yang sebelum ni awak tak terfikir pun orang akan tanya.

“Macam mana tu? 1 produk saja dalam kedai ada ke orang nak beli kat kedai aku?”

Ok dekat sini lah tricknya. Daripada 1 produk anda boleh kembangkan jadi beberapa produk. Saya guna contoh KAIN BATIK. P

roduk yang nak kata high demand pun tak juga, nak kata tak ada DEMAND langsung pun tak juga. Macam mana nak jual kain batik? Dengan kain batik saja anda boleh kembangkan jadi:

1. Kain batik siap jahit

2. Kain batik tak jahit

3. Kain batik lepas

4. Kain batik jawa

5. Kain batik kanak-kanak

6. Kain batik pasang

7. Kain batik tenun

8. Dan lain-lain

Senang citer awak pakar kain batik. Benda yang sama boleh apply untuk benda lain. Contoh kalau anda jenis yang suka perabot diy. Apa yang anda boleh jual? Ni contoh saja ye, yang pernah buat mungkin akan ada lagi idea bernas.

1. Kayu pallet

2. Kertas pasir

3. Skru

4. Gerudi

5. Paku

6. Pakej diy (item 1-5) free postage. Ni contoh saja

Mana nak dapat semua ni? Kita pun beli online juga. Ataupun kedai hardware kat kawasan rumah kita.

Bila dah kita konfiden sikit & start ada order masuk baru kita consider untuk beli pukal daripada tokey-tokey besar. Jadi dah terjawab kan persoalan tentang bisnes memerlukan modal besar.

“Saya rasa kalau jual makanan lagi senang laku kot”

Nak jual makanan pun boleh juga. Tapi seperti yang saya cakap awal-awal, makanan pun terlalu banyak jadi apa yang patut dijual? Focus kat 1 makanan je. Contohnya pes masakan.

1. Pes tomyam

2. Pes asam pedas

3. Pes rendang

4. Pes kacang merah

Semua ni kita boleh beli & jual balik ataupun nak buat sendiri pun boleh. Once kita dah konfiden dengan produk yang 1 ni bolehlah kita kembangkan ke produk lain pula.

Rasanya sekadar itu saja untuk kali ini. Kalau ada lagi yang berminat untuk baca & saya ada kelapangan insyaAllah saya akan share lagi untuk tajuk “Saya dah jual produk A, macam mana saya nak kembangkan ke produk B?”

Nak berniaga kena ada ilmu tak boleh semberono je.

1. Macam mana nak market?

2. Macam mana nak ambik gambar produk?

3. Macam mana nak promote?

4. Dah ada sale tapi macam mana nak tingkat?

Saya yakin readers kat sini ramai yang berniaga online & level2 otai. Boleh share dikomen, boleh kita sama-sama timba ilmu & bantu kawan-kawan yang nak cari pendapatan di musim gawat ni. Sekian, terima kasih.

– Penjual Online Juga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *