Jana Income Dari Rumah Tanpa Modal

ASSALAMUALAIKUM… Hai semua, aku kenalkan diri as Kak J. Tadi Kak J ada terbaca tentang berniaga online (https://iiumc.com/macam-best-nak-meniaga-online-juga-tapi/).

Tujuan Kak J tulis di sini dengan harapan dapat membantu golongan yang tersepit di musim PKP ni. Yang dah kaya, yang rasa tak penting, boleh abaikan, kekekeke.

Kak J tahu ramai yang terkesan dgn pkp ni, jadi ramai yang ambil peluang untuk berniaga. Kak J bukanlah pakar tapi Kak J just nak kongsi pengalaman.

Untuk yang nak mulakan perniagaan, tak tahu nak berniaga apa, boleh cuba cadangan ni

1. DROPSHIP

Seeloknya mulakan dengan menjadi dropship. Ramai yang eager nak jadi founder, Kak J tak taula macam mana depa pikiaq, sebab Kak J rasa bukan senang nak jadi founder wehhhh!

Jadi dropship senang sebab kita hanya perlu promote sahaja, urusan postage semua HQ yang buat.

Kita tak perlu pegang barang tak perlu buat postage. Pendek kata, tak perlu masa yang banyak, just keep up promote sahaja. Untung mungkin tak banyak tapi sekurang-kurangnya ada, ye dak?

2. TANPA MODAL

Sebaiknya cari perniagaan/ dropship tanpa modal. Himpun dulu duit komisyen walau tak banyak. Apa yang Kak J perhatikan, ramai yang dapat duit bantuan (sara hidup/i-sinar dll) sibuk nak set up busniness.

Tak salah, tapi kalau Kak J rasa sayang duit tu. Bukan senang nak dapat, tiba-tiba kita labur seketoi untuk perniagaan yang kita sendiri belum pasti keuntungan. Maaf ni cuma pendapat Kak J.

3. KOMISYEN

Hasil komisyen dari jadi dropship tu, cuba konsisten menabung. kalau perlu guna, ambil sebahagian sahaja. Contoh komisyen RM10, guna RM5, separuh lagi usahakan untuk menabung. Kenapa?

Sebab kalau kita tak menabung, kita tak nampak nilai/ hasil yang kita dah dapat. Komisyen RM10 kita hanya akan nampak RM10 sahaja,

Tapi kalau kita menabung dan nampak hasilnya, baru kita sedar apa yang kita buat selama ni berhasil. Dari RM10 lah yang bakal menjadi RM100, RM1000, RM10 000 dan seterusnya.

Oh ya, perlu jugak buat rekod untuk keep motivated kita. Bila tengok apa yang kita buat, kita akan lebih bersemangat,

4. TARGET

Letak target yang kecil dahulu, supaya kita senang capai. Penting nya ada target, supaya kita akan terus berusaha untuk capai.

Untuk permulaan letak target seperti nak himpun komisyen untuk beli pampers anak. Jadi kita perlu buat magic number. Susu anak berapa RM? Jadi aku kena jual berapa pcs untuk dapat berapa RM? Jadi sehari aku kena jual berapa?

5. PRODUK

Cari produk yang demand tinggi dan mudah jual.

Berniaga ni sangat mudah, kalau kita usaha. Generasi hari ini, tak faham konsep berniaga. Hari ini daftar dropship esok dah mengharapkan sales ribu-ribu.

Takde dik. Nak berniaga online ni perlu sabar, nak pulak kita ni guna zero cost marketing. Kena sentiasa usaha, keep promote tanpa jemu, gandakan, jangan putus asa, dan bersabar.

Bila ada masalah, kita hadap. Bukan bila ada masalah, tukar produk, salahkan founder salahkan produk, salah sana sini. Sampai bila pon kita tak boleh grow ilmu. Ilmu yang paling mahal adalah pengalaman. Kak J mula berniaga tanpa ilmu tanpa mentor.

Kak J redah saja, macam-macam Kak J jual tapi, semua yang Kak J jual Kak J buat sungguh-sungguh, all out. Pengalaman banyak mengajar Kak J macam mana nak handle customer, nak promote, nak buat lebih sistematik.

Kak J takde pergi mana-mana kelas. Sehinggalah Kak J jumpa satu brand ni, dan dilantik menjadi leader. Kak J ada team sendiri yang mana Kak J bantu mereka untuk berniaga macam Kak J.

Ilmu dan pengalaman yang Kak J ada Kak J share pada mereka, dalam masa yang sama Kak J menuntut ilmu dengan founder.

Alhamdulillah dari dropship biasa kini Kak J dah ada office sendiri dengan 3 orang staff. Asbab terjejas pkp, Kak J mintak husband resign untuk bantu Kak J grow business. Alhamdulillah kami suami isteri uruskan sendiri anak 5 orang sambil berbusiness.

Penat? Ya, tapi takde kejayaan datang bergolek. yang penting usaha tanpa henti, stop bagi alasan.

Kak J dulu adalah surirumah biasa yang orang cakap menghabiskan duit laki. Tapi sekarang Kak J yang gajikan husband. Tapi Kak J tetap hormat dia as husband tau, tak anggap dia pekerja tapi dia adalah business partner, gitueeeee =p

Akhir kata, jangan malu jangan takut nak mula! Hasil takkan datang tanpa tindakan! Buang mindset pkp takde orang membeli, sedangkan sales Kak J mencanak naik time pkp asbab orang dok rumah asyik membeli ja.

Stop buang ketakutan dan alasan dalam diri, selagi tak cuba selagi tu kita taktau kemampuan kita.

Alhamdulillah pkp ni Kak J dapat bantu hampir 300 orang team dropship Kak J untuk jana income. Dari income sampingan boleh jadi passive income hanya dengan jadi dropship, Kak J dah buktikan.

Kak J doakan semua yang nak berniaga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Maaf jika ada yang tak setuju, Kak J cuma share pengalaman.

Assalamualaikum, terima kasih.

– BUKAN DROPSHIP BIASA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *