Suruh kawin

Thanks pd admin approve

Aku anak sulung dan tunggal lelaki, umur 20++. Tapi belum sampai 25 lagi la. Masih muda. Adik beradik yg lain semua perempuan dan masih sekolah. Kerja selesa gov dgn gaji yang alhamdulillah dan dalam masa yang sama ada 1 syarikat sendiri (kongsi dgn rakan sekerja) dan dalam perancangan untuk buka 1 lg syarikat (kongsi) juga dgn rakan yg lain. Yg penting bkn MLM. Xde hutang pelajaran. Dtg dri family sederhana. Ayah kerja sendiri dan mak suri rumah. Masih duduk dgn family dan berulang alik ke tempat kerja. Pendidikan taraf hanya diploma dan pernah gagal untuk lulus masa matrik. kerja shif. Double shift mmg standard. Agak pelik kalau x kne double shift.

Berbalik kepada tajuk. Seawal umur begini mak ayah dh suarakan hasrat mereka untuk ade menantu. Siap nk kenenkan dgn saudara bau2 bacang. sekampung. Sape yang x nak kawin kan. Tapi aku terbalik. X terpikir lg buat masa sekarang. Kalau jadi pon umur 25 nanti baru nak fikir. Masih ade 2-3 tahun lg.

Sebenarnya aku takut untuk kawin. Dan aku rasa banyak lg tanggungjawab yang x lepas.

Antaranya:
– Mak ayah dah tua. X de la tua mana pon. Ayah awal 50an mak pon awal 40an. Diorang dh penat banting tulang masa muda. Biarla diorang rehat skit bila dh berusia. Sebenarnya aku berazam nk hantar diorang pergi haji dulu baru kawin. Aku rasa x syok sungguh lepaskan diri kawin tanpa hantar diorang pergi haji dulu. Rasa macam x lengkap. Ye la dh aku sorang je anak lelaki yg ade. Sulung pulak 2. Adik2 pulak perempuan. Tanggungjawab pada mak ayah x lepas walaupun dah kawin.

-tanggungjawab pada adik2 perempuan yg masih sekolah.

-takut bini x tahan je dengan laki yg x de masa yang banyak untuk family. Kerja shif x tentu masa. Lps blk kerja sambung kerja uruskan syarikat. Tido 3-4jam je sehari.

-ingin majukan diri dalam perkhidmatan awam dan syarikat. Diberi kepercayaan oleh bos untuk handle segala aktiviti jabatan sehingga peringkat antarabangsa. Padahal masih baru lagi dalam perkhidmatan. X sampai setahun lg. Perkara nie juga menyebabkan kurangnya masa dengan family. Manakala yang syarikat pula sedang meningkat naik. Berpunca dari suka2 dan hobi x sangka pendapatan dari syarikat lebih dari perkhidmatan awam.

Isu yang utama adalah masa.

Aku takut nanti bila dah kawin aku x ade masa yg cukup dengan family.
Aku takut x jalankan tanggungjawab sebaiknya.

– X

Hantar confession anda disini -> iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Ada syarikat yg tgh improving kn,, nk tambah 1 cawangan lagi.. what if mr X quit je keja gov tu?? furthermore,, syarikat yg mr X ada tu kn ur passion.. so ada la masa tuk family.. just my 2 cent la.. tapi syg kn nk quit keja gov tu,, hehe..

    • yup..betul2..dh ada kerja sampingan teruskan kerja sampingan tu..bukn apa..bg peluang kat org yang luar sana masih menggangur..hihi.. mcm aku..

    • Sebab dia mention keje shif n gomen rasanya dia keje spital tajaan spa.. MA, nurse atau radiographer (juru x-ray), xleh nak berenti ade kontrak ngan kerajaan. Untuk confessor bagusla dia berfikiran matang. Semoga dipermudahkan urusannya..

  2. Saudara kene yakin bahawa perkahwinan bukanla sesuatu bebanan… sebenarnya perkahwinan adalah suatu nikmat… sbnrnya bila berkahwin,rezki akn lebih murah… bila dah bkahwin nanti tentu saudara akn lebih bijak mgurus masa lebih2 lagi jika sudah ada anak… Perkahwinan akn membuatkan saudara lebih matang… ibubapa saudara lebih suka saudara berkahwin,jadi itula yg sbnrnya lebih mggembirakan mereka wpun saudara bhasrat utk menghantar mereka ke Mekah. Gembirakanla hati ibubapa saudara dahulu dan Insha Allah, Allah akn permudahkan segala kerisauan saudara itu. Yang paling penting betulkan niat dlm segala perbuatan yg kita mulakan. Ingat,perkahwinan adalah Sunnah,bukan sesuatu bebanan. Jika dimulakan sesuatu dengan Nama Allah dan menghidupkan Sunnah Nabi,Insha Allah saudara akn mendapat ketenangan drpd perkahwinan itu lebih drpd waktu sekarang. AAMINN.. ALL D BEST

  3. Em… ce tanye ustaz2 punye pendapat… hehehe sbb sy selalu dgr jgn takut nk kawen… dengan kawen tu insyaAllah rezeki pon makin bertambah… rezeki dtg pulak dlm pelbagai bentuk… Allah Alam.., correct me if i am wrong

  4. I thought yor parents nk tgk ko kwen kot sbb dyorg dah tua kan..kalau tu yg boleh bt mak ayah ko happy..xde salahnye pun.lg pun rezeki lps kwen lg mlimpah ruah..in shaa allah allah permudahkan niat ko nk bwk dyorg g haji.. btw..kalau ad keje kosong,, bgthu lah aku..hahahha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *