malam tadi je aku dah gaduh 2 hal dengan mak aku.
1. pasal minta kawin tak dapat.
2. pasal bela kucing dalam bilik kantoi
nak jadi cite semalam dah 3rd attempt aku minta nak kawin. sebab family belah laki dah tanya. mak aku tau aku bercinta, malam2 cakap tepon (pasal laki tu kerja jauh), tapi bagi mak biar jelah kitorg macam tu. mula tu dia kata biar bagi habis belajar dulu. aku kata la, "macam mana kalau habis belajar terus kawin?" (sbb aku tinggal setahun je lagi) dia kata kena cari duit dulu.. errrr… aku dah rasa annoying sikit. syarat pertama kena abis belajar, syarat kedua kena kerja dulu pulak dah… aku tanya, "nak tunggu kaya baru boleh kawin ke?" dia diam. btw, akak abang aku tak kawin lagi. umur dah lanjut. pasal apa? pasal mak aku macam tu. mak aku kata, "hang tak percaya Allah ka? Allah yang aturkan semua. kalau dah jodoh nanti tak kemana". bg dia kalau lelaki tu sanggup tunggu sampai aku dah kerja nnt dia lah jodoh aku. aku kata, "yela mak.. kalau ikutkan kalau dah ajal, esok pun boleh mati. macam tu jugak jodoh. kalau esok jodoh, esok pun boleh kawin." bagi aku buat apa nak delay benda baik, laki tu pun dah kerja. tua 4tahun dari aku. aku pun ada bisnes kecik2. kalau nak buat kenduri 10K inshaAllah mampu. tapi tulah, mak aku punya mentaliti. dia kata, entah mana mana jumpa laki tu, kenal ke hati budi dia semua. aku diam sambil berfikir, semua orang yang kawin mmg dah kenal ke hati budi masing2? mak2 yang izin anak dia kawin dah tahu ke hati budi bakal menantu diorang? bagi aku, theres no such thing la.masa first attempt tu aku da suh dia istikharah. so malam tadi aku tanya semula "mak dah istikharah belum?" dia kata "tak. sebab tak nak" rilek je jawab macam tu. aku tanya balik, "mak tak percaya Allah ke?" sejenis aku memang payah nak cakap belakang. apa aku rasa, itu aku express. degilnya mak aku haaa begitulah. maka degil tu turun pada aku. aku taktau la alasan yang dia bagi tu sekadar alasan taknak bagi aku dengan laki tu ke macam mana pasal dia tau laki tu takde degree, kerja dengan oil&gas sbb pengalaman je. sebab masa aku cakap laki tu kerja O&G dia kata, "alah… tu semua tunggu masa nak kena buang je…" (sbb petronas tengah buang pekerja en… fortunately, laki tu bukan under petronas) aku macam… apebenda la judge rezeki org camtu punya gaya? tertekan aku.
malam tadi gak aku kena tengking dengan mak aku pasal kucing. mak aku sejak azali mmg tak suka kucing, so aku bela kucing senyap senyap dalam bilik. bilik aku ada toilet complete. sekali masa dia buka pintu, dia ternampak kucing(akak aku lupa nak kunci pintu time tu). dia hambat kucing aku. dia tengking2 aku, aku boleh sabar lagi. tapi ni dia hambat kucing aku. hambat tu halau la. dia menjerit2 macam kena rasuk. padahal bukan kucing tu kacau dia pun. dia yang kacau kucing tu ada la. tunjal tunjal nye kucing aku. aku ecounter balik dengan melawan sebab bagi aku melampau sangat menjerit macam hilang akal. kucing je pun. bukan binatang haram. aku kata, "bawak masuk kucing bukan bawak masuk laki". kakak aku dah nangis2. aku nangis tapi mulut aku jalan lagi sambil cari kucing (bila mak aku hambat kucing aku, dia lari kat ruang tamu). aku kata lagi, "ni haiwan kesayangan nabi". mak aku jawab, dia taknak dapat dosa sebab tak suka kucing. pastu dia halau kitorang adik beradik dari rumah. bukan taknak keluar, boleh je keluar. nanti da keluar cakap anak derhaka pulak. ade ke patut dia kata kitorg tak patuh ibu bapa sebab bawak masuk kucing? tak kelakar ke tu? kucing yang aku bela baik gila. berak ngan kencing dalam poo box dalam toilet je. kalau toilet ada orang, dia takde buang merata. dia tunggu turn nak masuk toilet. kalau kitorg sibuk takleh layan dia, dia pi duduk sorg2 tak kacau. kadang2 tengok je ktorg buat apa. kadang2 tegur "meow" (aku assume dia tanya, "buat ape tu..?") .kalau nampak cam dah sudah kerja baru dia mengiau2 ajak main. manja jgn cakap, selalu cari tangan aku mintak belai. spesis maine coon. senang cite semua benda ok. kalau aku let go mmg sayang gilaaaaa :( kakak aku tu macam dah tekad je nak lari rumah makcik aku bawak kucing tu.
kadang kadang bukan aku niat pun nak menipu mak aku. tapi korg paham tak situasi strict dia yang buat aku terpaksa tipu?
the only person yang boleh sabar dengan mak aku sorg je, bapak aku. padahal bapak aku pencinta kucing tegar. dia terpaksa mendiamkan diri masa mak aku hambat kucing aku. tak cakap apa. bg bapak aku, ape keputusan mak aku, tula keputusan dia. sememangnya aku ngan adik badik aku mmg takde back up besar pun klau pape jadi.
huh. sedey.
Aku tulis sini moga geram aku habis sini. kut kut ada yg sudi bg nasihat buat aku yg rebel ni.
Sekian.
– Lisa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Mcm lawak pon ada confession ni. Hahaha. Tp tu lah plik plk mak awk tk suka kucing smpai cmtu skli. Ksiann kucing tu dh la baikk.
Pasal kawen tu tkpela tk hbes bljar lg. Jgn tergesa2 sgt ada lg byk peluang. Nt satu hari nt mesti awk terpikir rase beruntungg sbb tak terburu2 nk bt keputusan kawen dgn cepat. Masa2 mendatang mana tahu Allah ada janjikn habuan yg lbih baik, masa yg lbih tepat utk awk berumah tangga.
Mcm sy dlu baru umur 20-23..once dh knl seseorg tk pkir ape dah. Trus jumped into conclusion nk kawen! Tapi bila dah makin tua ni tak kawen2 pun lagi. Rase ok je pulak. Bahkan rase lega sbb tak kawen awal dlu2. Sebab lagi lMa lagi mkin kenal ohh ade lagi rupanya laki2 lain yg lbihh menepati kehendak and citarasa aku. Haha
Kan biarlah dlu..biar diorang berzina dlu pastu hamil ank luar nikah dlu..biar heret dlu ke hulu ke hilir..
Nak kawin awl semata2 nak lunaskan tuntutan nafsu serakah seks semata2 pun susah juga…???
Asal kawin je fikir seks jimak. Kawin tu “perkongsian + tolak ansur + tanggungjawab” jgk.. huhu peace yo
Dengar je cakap mak tu selagi tidak berlanggar syarak. Kalau tengah bujang pun takleh dgr cakap mak bapak, ape yg menjaminkan kamu akan dengar cakap suami kamu yg tentu2 org asing bknnye dr keluarga kamu sendiri.
Yess, sokong
Btul
Satu je nak tanya, awak dah tak ada ayah ke? Kalau xde, maafkan sy.
Kalau ada, p sembang ngan ayah la, sembang ngan mak, bukan mak boleh jadi wali awak pun..
dia cakap mak dia halau kucing, ayah dia mampu tgk je.. maknanya ayah dia masih ada, alhamdulillah
Maaf atas ketidaktelitian sy.
For no. 1, mother knows best
Ayah yg wli bukan mak.Hal kucing tu melampau….ntah la.mentaliti org2 tua.xleh layan sgt.
Betul dah tu apa yang mak awak cakap.
Kahwin ni bukan setakat majlis kahwin saja. Perlu stabil. Perlu matang. Kewangan perlu jelas.
Apa yang nak dikejarkan sangat? Belajar sajalah sampai habis. Kerja sajalah setahun dua, kutip pengalaman dan duit extra.
Rumah dah beli? Kenderaan dah ada? Kalau kahwin, bunting pelamin, duit untuk baby dah ada? Semua perlu backup plan.
Bukan lah nak suruh sampai kaya baru kahwin, tapi at least ada lah simpanan untuk emergency sikit.
Tapi kalau dah degil sangat, biaq pi lah.
Matang kan diri dulu..n lepas tu pikir balik perbuatan awak ni..betul ke idok
1)pasai nak kawen
Ur mom is right.eloknya cari la kerja dulu.dia cakap kena cari duit ja.tak kata pun kena tunggu sampai kaya.abang ngan kakak tu sure ka mak tak bagi?jodoh dan ajal tak sama.ajal kalau dah sampai,mati la.tak hidup balek dah lepas tu.jodoh kalau dah sampai,kawen la.tapi boleh jadi macam2 lepas tu.penah bawak tak laki tu jumpa mak?
Istikharah do not work that way.semayang malam ni,hang ingat esok dapat jawapan ka?allahhualam la kalau allah nak bagi esok tu jugak.
2)pasai kucing
First,aku pun suka kucing so aku paham la but tengok no 3.
3)overall
First and foremost aku nak cakap,JANGAN SESEKALI MENJAWAB DENGAN MAK.how u ask said pasai ajal and jodoh and bila tanya mak caya allah ka dak.sorry to say,orang yang buat perangai macam ni,memang aku pandang serong.apa2 hal,CAKAP ELOK2.mak nak marah ka apa,biaq ja.nak jawab pun,jawab elok2.pikir ayat cantik2.
Pasal laki tu,pangge abang ngan kakak,ajak sembang ngan mak,apa masalah tak mau bagi kawen.sembang elok2.bawak ayah sekali.nak kawen nanti dia la wali.mak bukan ada apa pun.
Pasai kucing tu,know ur priority.mak atau kucing lagi penting?aku ingatkan,aku pun suka kucing.dulu mak aku tak suka sangat kucing.tambah2 dia suka melepas atas sofa.memang bising la mak aku.but aku tak menjawab.aku biaq ja.lama2 mak aku ok dah ngan kucing tu.the point is,biaq ja mak hang.bela kucing tu diam2 dalam bilik.lama2 ok la.ayah pun suka kucing,ada la backup hang.
Saya setuju dgn Mohamad Amirul! Kipidap!
Dem stalka
mungkin si emak takut kesunyian bila anak2 dia dah kahwin nanti?
Actually, tau sgt kenapa mak awak xbg awak kawen. Sbb awak blm cukup matang untuk handle emosi awak.
awak mintak kt ayah awak untuk dikahwinkan. elak zina. lengkapkan iman.
Comment ni yg membina. I suka.
Qaish Qaiser ni ke lisa satay 10 cucuk..hahahha.
Halahaiii ko ni lisa dh bg satey pon byk soal
Lisa bg satay je.. nasi impit x bg
Dik, awak degil dan belum matang. Macammana nak kawen? Kasarnya awak cakap ngan mak awak ye? Maaf, dik. Akak pantang betul org yg cakap kasar dan kurang ajar ngan mak ni. Awak x tau pengorbanan apa yg dia dah buat sampai awak dah hidup sampai hari ni. Nanti awak dah kawen, mengandung dan bersalin baru awak tau peritnya mengandung dan bersalin. Awak x fikir ke, kesian mak awak dah bergadai nyawa mengandung dan bersalin, keluar2 dapat anak kurang ajar macam awak. Sibuk nak kawen awal, sepatutnya awak sibuk fikir nak balas jasa org tua dulu. Kahwin tu bukannya hal kecik tau tak. Hal kucing, ye mmg x patut mak awak buat camtu kat kucing, tapi mana tau dia ada kisah silam yg trauma dgn kucing. Pernah kena gigit ke, allergik ke. Sebelum kawen, belajar le dengar cakap mak awak dulu baru awak akan blaja dgr cakap suami. Mungkin sbb mak awak takut awak jadi bini derhaka, x reti dgr cakap suami plak lps kawen sebenarnya. Sbb kalau dah masa bujang pun, asyik menjawab dgn mak, dgn suami apatah lagi.
U confirm ke lelaki yg u bakal kawin tu akan setia dgn u sampai u meninggal? Incase dia tinggalkan u soon & dlm keadaan u xde pape, tiada kerja mahupun harta, mcm mana la ye? Terkapai2 sndri. Maybe ur mother want u to be full prepare with kind of that matters, especially ur knowledge.
Pd sy..ade hikmahnya mak awk xbg kawen lg..sbyk mne pn kita nk, bila blum dpt mksudnya Allah ada perancgn yg lbih baik..pcy tu ..pcy Allah..doa byk2 k..lg stu xmau la ckp ksr2 dgn mak tu…xelok k
Mak kamu bermasalah.
Alahai dengan baca cerita seorang anak tanpa penjelasan ibunya brother dah boleh kata ibu dia problematic? Base on what ground?
Halau kucing dengan jeritan.
Ada juga manusia yg xboleh dekat dengan kucing.. mcm nmpk lipas… so jeritla … ada masalah ke?
Baca betul² cerita beliau.
awk belom matang lg ni, sebb tak bg kawin lg pn nak jd hal ke, ade la sebb mak awk bt mcm tu, bljar pn tak abis lagi dh beria nak kawin.
kerje la dulu untk balas jasa mak ayah yg dh bkorban mcam2.. klau dh kawin nnt ntah sempat ke tak nak balas sebb dh ade komitmen lain..
Mak akak pon sruh habiskn belajar dulu thn kerje, pas2 baru kawin.. sebb ap? Back up untk diri sndri kalau ape2 berlaku terhdap suami, kite tak tau ap akan jadi nanti.. so kite bole berdiri atas kaki sndri.. semoga awk tabah
Dengar lah cakap mak tu dulu. Nanti jgn smpai dia dh x ada baru menyesal. Apa yg mak/parents buat mesti bersebab. Kalo rasa annoying, ko cuba jadikan setiap bebelan dia tu positif. Kerja, bgi mak ko merasa duit anak2 dia dulu. Penat dia besar kn ko smpai jadi manusia masuk U. Peace
Astaghfirullah al azim..sabar sis..restu ibu tu penting.pilihlah antara ibu y da lahirkn n jaga kita dr kecil2 kaki ibu jari kita shingga la dia lihat kita mmbesar hingga ad org blh tjatuh hati kt kita.besar harapan ibu..if kita da bsr n ad anak nt kita pn akn ad harapan y sm dkt anak kita.mstila kita nk dia ikut ap y kita harapkan.penatkn besarkan.teruskn bdoa.jgn mmberontak.
Ni aku nk tanya.. kau tak rasa berdosa ke lawan ckp emak utk lelaki y xconfirm lg jd suami?? Ilmu agama ilmu perkahwinan mantap dh ke?
InshaAlla ibu ayah lebih tahu apa yang baik dan sepatutnya utk anak anak.. Walaupun pahit cuba ikhlas utk menerima.. Ada hikmah utk semua yang berlaku..
Pasal kucing tu saya pun suka kucing..tp since kita menumpang rumah mak ayah..xyahla bela kalau smpi mcm tu sekali die xsuka..yes, kucing binatang kesygn nabi..tp mak pulak darjat die, kite pun sedia maklum tggi mana..nnt dah tggl sendiri baru la bela.. Bab jodoh saya setuju dgn mak awak, dah ada jodoh tak kemana..plus jodoh ditgn Allah bkn ditgn mak..hati mak awak pun Allah pegang, doa la dipermudahkan jln..awak tak boleh paksa nak ubah org, tp boleh cuba utk ubah diri sendiri.. Good luck! Semoga jadi anak dan isteri yg solehah..
……
Nazra NZ baca ni. Bab kucing tu comel and kelakor. Sedih sikit.
Slow talk dgn mak ayah kalau nak bela kucing. Bab kawen tu, tunggu je lah dah kerja nnt. Huhuhu
Dik, abiskan belajar dulu dik. Dh dpt keje sethn dua pengalaman, kumpul harta sket2. Jgn terpengaruh dgn kawen muda nk elak zina bagai ni. Ramai yang kawen muda ramai juga yg muda2 ni bercerai berai. Belajar utk hormati ibu. Barulah tahu mcm mn nk hormati org lain yg bkn darah daging. Ilmu rumah tangga bnyk nk kne blajar. Dah kerja nnt, bercampurlah dgn senior2 yg dh kawen, tny pengalaman rumah tangga diorg mcm mn, 1st to 3rd trimmester pregnancy, nak jaga anak siang mlm, mcm mn nk handle keluarga mentua. Ms dh kawen nnt, perangai sebenar lelaki tu smua akan kluar. Fikir semula, boleh ke awak nk hndle tu smua??
Ko duduk rumah ko ke ko duduk rumah mak ko? Hormat lah tuan rumah. Agaknya ko ni degil sangat tu yg mak ko tak harap ko boleh kahwin kot??? Kalau ko cerita pasal kahwin je mungkin aku boleh simpati, bila ko dah cerita pasal kedegilan ko tak hormat tuan rumah, inikan mak sendiri, baru aku faham kenapa mak ko tak harap ko berkahwin. Dia takut laki tu tak tahan kot?
Cece Aisha AJ-Nuttall 10 kali setuju aku dgn kau
Nak sewa rumah org pon kena tengok they allow pets ke tak…. Inikan lagi menumpang rumah free, lagi nak banyak songeh, dah tu tak sedar pulak dia yg salah…. Grrrr
Kakak siap nak lari rumah lagi??? Kucing tu ke yg dok bagi makan pakai ko, bayar bill internet ko suma tu?? Adoii budak2 zaman sekarang
Itulah. Ikut hati mati dik, ikut badan binasa. Hari ni kita tak nampak. Senang cerita mmg pengalaman bagi kita pengajarn tapi biarlah pengalaman manis
kan.nampk sgt tak matang.. pastu desak nk kwen, dgn mak sndri pun xreti hormat..
budak2….pengaruh drama kul 7
Jatuh cinta tanpa prkenalan bukan ptanda baik.salah tu caranya….kalo tgok dari critanya, memg btullah mak awk ada ikot emosi sikit..mane blh gitu.cume untk kucing tu, tmpatnya bukan dlm umah…kucing hidup di luar umah.bahkan Abu Hurairah pun x pnah bwak msuk kucing dalam umah
Mcm mne nk hidup ngn org len sdgkn ibu kndung sdri pun xleh nk jaga? Xreti nk hormat ? Kurang ajar molek budok nih.
Sorrylah kak (kot) kalau berani melawan mak gitu xyah kawen lah. Tah mak mertua bising mau nya kena lawan jgak.
Haha bukan orang Melayu suka kahwin muda ke.
Maaflah. Wlu mcm mana pn awak xlayak menjawab dgn mak awk mcm tu. nt awk dh kawen,pregnant n bersalin baru awak tau knp Allah letakkan syurga itu pd ibu.
dik, ada sebab kenapa mak awak x bg awak kawen lg. semua ibu bapa nk yg terbaik untuk anak² dia, xnk anak susah lepas kawen. berkaitan abang & kakak awak yg x kawen lg, x semestinya sbb mak awak, tp mungkin jodoh mereka belum smpai lg. ingt ye dik, semua ibu bapa nk yg terbaik untuk anak²..
kucing pulak, mungkin mak awak takut atau alah dgn kucing.akak sndiri bela kucing, tp ayah akak x suka sbb dia penat/alah, akak sndiri pun alah, tp akak bela, cuma akak x bela dkt rumah yg parents akak duduk..
Hal kahwin
Mak kita lebih tahu kita.. Lebih kenal kita.. Ada sebab dia xkasi kahwin.. Selain belum habis belajar, belum kerja, belum berduit mcm dia ckp kat atas, mesti ada sebab lain.. Awak dh berusaha ke yakinkan mak awk yg awk dh bersedia nk kahwin? Mayne dia tgk awk xreti masuk dapur, bangun tidur lambat, xpandai mengemas, belum matang kontrol emosi maybe? Awk kena usaha ambil hati dia, tnjuk yg awk dah bersedia, dh matang.. Pasal calon suami pulak, apa yg saya baca, besar kemungkinan mak awk blm kenal dia.. Xtahu budi bicara dia.. In common sense, mak mana yg xmarah kalau anak dara dia tiap2 mlm bergayut dgn org luar yg dia xknl tp that guy xde common sense pun nk dtg rumah kenalkan diri dkt parents awk? Bawak dia dtg rmh, borak2 dgn parents, ambil hati parents.. Maybe blh ajk smyg bjemaah sama2 dia jadi imam ke? Cair beb wa ckp sama lu kalau bkl menantu cenggini.. Ada usaha utk ambil hati parents.. Mest tertutup semua keburukan dia(no proper edu) kalau adab dia tiptop.. Saya xnmpk kt sini korg berdua nk ambil hati parents.. So, masih nk salahkan mak awk? Tepuk dada tny hati ok?
Hal kucing
Xbnyk blh ckp.. Rmai dh komen bnd sama.. Awk tumpang rmh org, kena hormat ya.. Setiap rmh ada undang2.. Even menyewa pn ada certain rmh sewa xkasi bela kucing.. Kalau nk bela sgt, elok lah duduk asing dgn parents.. Td kt atas ad ckp dh ad income sndr kn? Good time ni la nk berdikari.. Blh jgk tnjuk contoh yg awk dh matang.. Jgn lupa tetiap weekend blk rmh parents masak2 tlg ape yg ptot to show ur effort utk pleased parents ya
Goodluck utk semua tips kt ats.. But i dont think you will succeed.. Sbb you xmatang lagi haha
perghhhh akak kawasan bagi tips….lei hoo yeayyy (camni ke eja….bedal la)
Yela wei skt ati pulak aku baca confession ni hahaha.. Ko nk apply pn blh ape ade hal hahaha
perghhhh tau arr nk kawen dh….rilek sudah…xyah nk sakit ati…..
Hahaha
Baik kau dengar je cakap parents tu.
Kalau laki tu cukup baik laki tu akan back off and said ‘family first, if its meant to be it will be’ ♡
Tu mak kau la bodoh.. Jgn kutuk mak kau walau buruk mcm mana pun.. Ni siap buruk2 mak sendiri.. Konon nk confess.. Klu nk confes pasal mak ko, gi tanye yg arif bukan kat sini dol.. Ko cite sini nnti jadi org kutuk mak ko.. So ko suke la org back up ko n buruk2kn mak ko yg mengandungkn ko 9 bulan.. Samdol betul.. Jgn jadi anak derhaka x cium bau syurga
There’s something about mom that u cannot neglect.. sixth sense of mom..
Perkahwinan bukan semudah yg di sangka… antara punca kebahgiaan adalah restu ibubapa… walau macam mana pun kamu rs kamu yg plg betul,actually ibubapa adalah yg plg betul selagi mana dia masih menjalankan tanggungjawab mereka,xde parents yg nak anak dia xbahagia kan… sekurg2nya percayalah pd ibubapa kita yg menjaga kita sejak kecil apatah lagi ibu yg mengndung n melahirkan.. satu masa bila sis mengndung,melahirkan n membesarkan ank… sis akn menyesal apa yg sis buat skrg… percayalh… kerana ibu adalah insan yg plg mulia d dunia ini…
Nahu Nabila
Muhammad Faqrol Syazreen
ko ni mmg anak kurg ajar.
Sbb blum matang la kn kawin cpt. Dah kwn sok jd ibu kompom matangla…
sebernya ko budak² lgi dik. fikiran ko x mtang. yaa. ad sbb npe mak ko x bg ko kwin lg. akak pun dah 22+ xkwin lg calon pun xd lagi. ko x patut lawan ckp mak ko. allah bg cash dik akhir zaman ni.. ko kna pikir laki yg nk kawin gn ko tu dia akan kwin gn seluruh ahli keluarga ko terutama mak ayh ko .sbb dia kna tahu mak ayah pihak lg satu tu ibarat parents betul..jgn sbb cinta ko buta hati dik. ko majukn diri dlu. ko kwal nafsu mk mjwb ckp mak ko tu. mak dia lahirkn ko dia tau la tahap mana ko punya tgjwab.. mcm akak ni dlu ye nk kwin awal konon²..last² smpai sudah ak x kwin. ni parents akak tny bla nk kwin.. kt sini ko kna phm.. parents ko akn tau bila ko da faham erti tgujwab ..bru dia akan lpskn ko kt suami.. apa guna ko da berlaki kalau hal uma tangga nanti ko mgdu kt mak yg ko tenking2 n halang ko kwin dlu. pikir pjg dik .. ko nti bla kwin da beranak.. ko nk bpantang uma mak ko juga. ko sakit ke pe ke mak juga ko akan sebut.. bkan nama laki yg blm tntu jdi halal tuk ko.. ko sptut iskhrah supaya ko x melampau batas sbgai anak.. stu je dik mak tu satu dalam sejuta tuk ko. bila dia dah x de ko akn rindu mak ko gelagat dia. tapi laki ko boleh cri pganti.. mak xde pganti. ok tu je akak nk membebel.
Burn!
Childish
Kadang2 org yg rasa sahaja yang paham… yang tak rasa… xkan paham. Sekian