Salam. Cerita aku xpanjangx tapi tak juga pendek. Diringkaskan, dua tahun lepas aku mengenali seorang lelaki ni. Baik budi bicaranya, tutur yang lembut. Kami selalu berhubung memandangkan kami satu universiti. Waktu itu aku di tahun dua & dia tahun 1 celpad. Cerita kami sama macam pasangan yang lain. Waktu aku kekurangan wang, dia yang selalu hulurkan duit tambahan kerna aku bukan dari keluarga yang senang. Cuma yang bezanya, dia bukan dari Malaysia. Perbezaan yang ketara.
Adik beradik, teman seperjuangan umum mengetahui perihal kami. Kawan kawan yelah sentiasa bagi dorongan nasihat, dalam erti kata lain mereka menyokong. Adik beradik aku tidak membantah & tidak juga menyokong. Kecuali abang yang no2, aku tahu dia tidak suka. Raya tahun lepas, kami adik beradik seperti biasa berkumpul beramai-ramai bercerita, bersuka ria & kakak aku timbulkan isu aku & bf aku. Bercerita serba sedikit. Mak aku pada mula okay. Yelah pada aku okay lah sebab dia mintak untuk tengok gambar & bertanya tentang laki tersebut. I was kinda happy that time.
Sebenarnya tinggal cuma aku & adik lelaki yang belum kawen lagi. Dalam diam mak ayah aku sebenarnya cuba untuk pisahkan aku dengan bf aku tu. Bila ditanya, jawapan yang aku dapat hanyalah kerna dia bukan dari Malaysia. So aku xkisah sebab bukan aku nak kawen sekarang pun. Awal tahun ni aku dapat panggilan dari mak mengatakan dia sudah berjumpa calon yang sesuai untuk aku & benda tu disokong oleh ayah aku sendiri. Terkejerut beruk nyah.
Ayah aku kata walau ape pun keputusan aku, dia akan terima sebab aku yang nak kawen. hewhew. Tapi sebenanrnya mereka agak mendesak untuk aku menerima lelaki tersebut. Atas alasan, dua2 ada ijazah & lelaki tu dari background yang elok (berduit, ada business sendiri, baik). Sejak dari tu aku mengalami depression yang teruk. Sukar untuk tidur, makan, apatah lagi untuk fokus pada kerja. Oh ya aku baru je habis bulan 5 haritu & terus dapat kerja di kl. Bf aku menyokong dalam setiap apa jua yang aku ceburi. Banyak perkara yang aku rujuk pada dia.
Aku cuba berbincang dengan si dia tentang hal itu. Dia cuma tersenyum. Tenang dia tuturkan kata satu persatu. Jika itu yang boleh bahagiakan mak ayah aku, dia redha sebab restu keluarga adalah yang utama. Bila ditanya, rupanya keluarga dia juga punya pandangan yang sama. Susah menerima orang dari budaya yang tidak sama. If you promise to stay, i wont leave you. Lets work on it together. Yang penting usaha. Aku bersetuju.
Dalam masa yang sama aku tak mengatakan tidak pada pilihan mak ayah aku. Aku setuju untuk berkenalan dengan si B (pilihan mak ayah) itupun atas nasihat bf aku & kawan kawan yang rapat. Sebulan lebih kenal, still aku tak boleh get along dengan si B. Mengongkong, sentiasa nak dilayan 24jam. Padiaa!! Walhal aku bukan siapa2 & tak pernah aku cakap aku suka dia. Satu hari tu, aku bagitaw dia yang aku xboleh terima dia, sebab aku xboleh terima cara dia y macamtu, & pada masa yang sama aku sayangkan org lain. Alhamdulillah dia boleh menerima dengan baik.
Berita tu sampai ke pengetahuan mak ayah aku. Ape lagiiiii ghiuh hoii berdering fon ring ring ayah aku call. Dia suruh aku terima si B tu. OMG!! Haritu kata xmemaksa, sekali suruh terima paksa paksa. Ni aku xrasa arrange marriage, ni force marriage. So dorang betulkan balik keadaan dengan keluarga si B tu. Aku tukang turut ja. Waktu tu rasa hati dah takdak kat dada. Rasa nak bawak bf den pergi kawen belah siam. Allah.
Kami sekali lagi duduk berbincang, capai kata sepakat. Aku akan cuba slow talk dengan family aku & dia akan slow talk dengan bapak dia yang garang nauzubillah tu. Still, sampai sekarang aku tengah membuat perkiraan. Mak ayah aku memang xnak terima bf aku sebab dy bukan org malaysia. Dan aku xboleh terima si B tu sebab nanti aku tahu aku xakan ikhlas menerima dia, akan dibayangi si bf aku.
So aku mohon jasa baik korang, bagi pandangan. Apa lagi yang perlu aku buat. Dah susut berkilo kilo dah. But if you cant speak good words, xyaha lah bagi pendapat. Its not helping at all. Thank you.
Selamat posa nah.
– PeeBee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Istikharah. Dan pilihla yg dkt dgn hati. Jgn tipu diri sndiri sbb yg akn beri kesannya bukan diri anda shj. Tp org lain juga. Smoga dlm rahmatNya.
takut nak komen.
Yg nak kawen akak..bukan mk ayah akak..khendak anak lagi baik di ikot slagi yg die plih tu elok…hati kalo x nk..memg x nak nye ….ni sy amik pndgn ustad trknal
Think so kadang pelik ngan certain parent
Penah dgr org bercakap. Baik buat pilihan sendiri soal jodoh ni. Kalau pilihan yg baik kira rezeki Alhamdulillah la. Tapi kalau pilihan kita tu buruk maka tanggung la sendiri kesannya. Tapi if parents pilih, kalau baik berganda2 baik jadinya. Kalau buruk mesti kita akan salahkan parents pulak kan.
Try awak duduk slow talk cakap kat parents. If awk setuju pilihan mereka then if perkara buruk jadi di masa depan. Of course awk akan salahkan mereka. Cuma nasihat sy, istikharah tu selalu kene buat. And pape pun yg kita buat kene ingt restu ibu bapa tu penting. Jgn ikutkan kata hati.
Antara pilihan sendiri, pilihan keluarga, atau pilihan Allah (mungkin ada yg lain). Jgn terhadkan x si A msti si B. X si B msti si A. Jgn lupa, istikharah.
Istikarah byk2. Bukan sekali. Bukan dua kali. Ni yg selalu mak aku suruh bila aku buntu nk buat pilihan wkwkwwk. Mohon pd Allah lapangkan dada. Lembutkan hati mak ayah sis. InshaAllah lmbt cpt, Allah tnjuk jalan yg terbaik.
Sapa yg nk kawin
Awak nak kawen cik kak, bukan family awak. Cuba lah slow talk. Susah juga kalo ad sesetengah parents paksa palsa ni
Solat sunat istiqarah 2 rakaat.. inshaAllah
Follow your heart
perkahwinan ni bukan untuk sebulan dua. sampai akhir hayat. jangan terima seseorang dengan keadaan terpaksa sebab nanti kita tak mampu nak jalankan tanggungjawab dengan baik. bawa lelaki tu jumpa parents. cakap dekat parents, awak dah cuba untuk kenal dengan pilihan dorang. apa kata parents pula cuba untuk kenal dengan pilihan hati. supaya adil and parents pun boleh menilai. cakap dekat parents elok2. awak memang dah cuba tapi memang takboleh. inshaAllah. doa banyak2 dan jangan melenting. just cakap baik2 dengan parents.
Sis, boleh PM saya?sy pun kahwin dgn org yg bukan senegara. Kalau segan, emel kat [email protected]
cari pilihan yg lain.
Hmm, hmm, mcm pernah dgr jew kisah ni, nsht sy, cari restu parents dulu, kalau xready lg nak kawen, tangguh, take time k, jangan trburu2, kalau org tua xbg tu adalah sebab tu, jgn risau, kalau da jodoh dgn si A, xkan lari kemana jugak, tggu, mnta restu, klau parents nk jugak dgn si B, ckp kt dyeorg yg wk xready lg, xtawla np sy kurang sikit dgn si B brdsrkn penceritaan wk, take time k, bina karier dlu, xkan cita2 nk kawen jew, bina karier dlu, mna taw masa bina karier tu terjumpa si C , on trus… (gurau jew) :p