Puasa penuh di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan buat umat Islam yg membaca iium confession ni. Dan thanks kpd admin andai confession ni berjaya di siarkan.

Aku seperti orang lain. Yg gembira hadirnya bulan yg penuh keberkatan. Excited nak berpuasa. Nak mencari pahala sebanyak yg boleh.

Tapi seperti perempuan normal yg lain, yg tidak mengandung. Pasti didatangi haid. Baru excited nak berpuasa, berterawih, khatam Al-Quran, suddenly datang haid. Tapi tak mengapalah. Normal juga aku ni.

Namun aku agak sentap dgn ada sesetengah perempuan. Antaranya kawan-kawan dalam whatsapp. Aku pun salah gak. Lurus bendul bila ditanya rakan perempuan, "Boleh ke puasa esok ni?" Bila dijwab, tak bolehlah. Period plak".

Diketawanya aku ini. "Kau raya dulu lah ni". Ditambahnya lagi, "Apalagi, pergi lah makan kat cafe tu lunch esok. Takpun pergi lah makan kat MCD ker".
Aku menjawab, "Eh. Aku period. Manalah boleh makan sesuka hati depan orang".
Rakan aku menjawab "Kau kan period, takde masalah lah. Takde problem pun lah makan secara public pun".

Aku geram betul lah dengan kawan aku ni. Dia ketawakan aku period di awal bulan Ramadhan. Apa masalahnya? Bukan boleh ditahan-tahan period ni. Lainlah dia. Memang aku tahu, haidnya tidak teratur. Ada kalanya dia mampu berpuasa penuh gara-gara tidak didatangi haid. Tapi itu bukan alasan utk kau mendabik dada yg kau mampu berpuasa penuh.

Harap-harap tiada lah perempuan lain macam dia nie. Mendabik dada n perlekehkan pula perempuan lain.
Tapi aku nak tahu juga, kata orang, ada ubat yg boleh dimakan utk tujuan menahan haid dari keluar pada bulan tersebut. Selalunya digunakan untuk perempuan yg ingin menunaikan umrah atau haji. Boleh ke makan ubat itu kerana ingin berpuasa penuh sebulan?

– Geramis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sy rasa emosi sis kurang stabil sbb tu terasa… biase la kengkawan bergurau.. jgn la stress sgt smpai nk ambik ubat2 taha period bagai… tenangkan diri ye sis… jgn sedih2… try to forget u shall be happier. ..

  2. tu gurauan je sis.. xde pon dia perlekehkan sis.. sis xbiasa bergurau ke? lg pon nie xdikategori sebagai gurauan kasar lg.. adesss.. lg satu mcm sis kata, sis period, jd sis normal.. yg sis nk buat benda xnormal sampai nk tahan period tu dah kenapa? sis first time datang period time bulan ramadhan sepanjang baligh ke?

  3. Kamu makan depan dia nak?
    Beli makanan yg dia suka pastu kamu duk depan dia om nom nom nom.
    Buat bunyi makan yg chap chap chap chap tu.
    Koh koh koh koh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *