Kedekut atau Berjimat Cermat?

Assalamualaikum semua. Aku perlukan pandangan dan nasihat mengenai perangai aku. Aku sudah bekerja, belum berkahwin dan menetap bersama keluarga. Aku berkerja swasta dengan gaji yang tetap kadang-kadang ada juga elaun tambahan.

Disebabkan latar belakang family yang susah masa kecil menyebabkan aku menjadi seorang yang berjimat cermat apabila berbelanja.

Pakaian beli yang jenama biasa biasa sahaja asalkan selesa pakai, makan pun biasanya makan di kedai biasa sahaja dan jarang-jarang aku makan di kedai yang hipster.

Kalau air Starbuck tu aku tak pernah beli sebab rasa membazir nak habiskan berbelas ringgit hanya untuk minuman. Kalau duit tu dibeli makanan mesti lebih mengenyangkan.

Tapi aku memang tak pernah miss bagi duit belanja dekat mak dan bila ada elaun lebih aku memang akan belanja family makan dan staff pejabat makan. Bukannya selalu jadi aku tak kisah.

Tapi kadang-kadang ada juga yang tak best bila ada staff pejabat tahu aku dapat elaun lebih mulalah minta aku belanja makan.

Macam memaksa pulak, bagi aku terpulang dekat orang tu la nak belanja ke tak, tak perlulah nak meminta-minta. Bila ada orang yang macam ni terus spoil mood nk belanja tu. Family aku tak pernah macam tu meminta minta untuk dibelanja makan.

Kemudian dengan kawan-kawan pulak, kalau dulu aku selalu advance duit untuk bayar dulu tapi last last diaorang tak bayar pun jadi aku niatkan la sedekah sebab segan nak meminta.

Tapi bila dah selalu macam tu, aku elakkan untuk advance bayar dulu sebab nanti aku boleh transfer saja dekat bank diaorang.

Selain tu, bila nak keluar sama-sama memang aku akan keluar dengan kereta aku dan aku akan pickup sorang-sorang dekat rumah diaorang sebab rumah masing-masing takdelah jauh sangat dan mudah nak berbual apabila satu kereta.

Aku tak minta pun duit minyak bila pickup sorang-sorang dan hantar balik sorang-sorang. Aku ikhlaskan saja sebab aku pun nak have fun dengan kawan-kawan.

Tapi bila makan pun asyik aku saja yang advance jadi fed up jugak. Bukan semua kawan aku macam tu sorang dua saja yang perangai macam tu tapi kami keluar sama-sama sebab satu geng.

Tapi baru baru ni ada sekali tu kawan aku yang selalu tak bayar balik duit makanan dekat aku tu dia yang advance duit untuk bayar dan dia terus beritahu yang dia belanja. Aku jadi serba salah pulak.

So aku terfikir adakah aku ni kedekut? Salah ke kalau keluar ramai-ramai masing2 bayarlah makanan masing-masing unless kalau orang tu betul-betul nak belanja.

Aku pun pernah belanja kawan kawan makan kalau ada rezeki lebih aku belanja la kek, air tealive ke.

Aku kecewa bila aku takde pun sebut nak belanja makan tapi bila ada kawan yang tak bayar so terpaksa la belanja. Unless aku beritahu awal2 yang aku nak belanja diaorang makan.

Kadang2 aku elak nak keluar hang out sebab takut kena paw tanpa rela.

Bila ada kawan yang minta aku belanja terus spoil mood aku dan aku bagi alasan lain untuk elak. Sampaikan aku rasa aku kena perli plak. Patut ke kawan aku directly minta aku belanja dia? it is not proper right?

Aku sekarang cuba untuk jadi lebih pemurah dan belanja kawan2 makan tapi kadang2 datang fikiran baik aku belanja family aku makan sebab family tu lebih penting. Tapi aku cuba jugak amalkan kalau kita bersedekah harta kita takkan berkurang.

Aku sekarang menabung duit gaji sebab aku perhatikan kakak dan abang aku diaorang dalam bank ada puluh2 ribu sebab simpan duit nak beli rumah/ tanah.

So aku menabung sebab suatu hari nanti aku pun nak beli rumah sendiri atau tu akan jadi tabung kecemasan aku.

Aku perasan aku susah sikit rezeki nak masuk. Aku terfikir adakah sebab aku kedekut? Tapi aku dah cuba seboleh bolehnya belanja family, kawan kawan, sedekah tapi aku tak pernah dapat komisyen sendiri.

Aku cuba amalkan surah Al-Waqiah setiap hari tapi tak berubah. Income bulanan aku hanyalah pada gaji tetap bulanan dan elaun tambahan yang tak menentu.

Aku boleh dapat income lebih kalau aku cari klien sendiri. Aku dan cuba tapi masih tak dapat.

Adakah aku perlu lebihkan berbelanja/ sedekah orang lain tapi takut aku tak ikhlas pulak sebab setiap bulan aku takmiss belanja family, staff pejabat dan kawan kawan something yang affordable la dan sebab aku jenis berjimat cermat.

Aku kira-kira bulanan aku boleh simpan 700-900 sebulan lepas tolak semua komitmen termasuk duit untuk family.

Jadi duit tu la aku guna untuk diri sendiri, simpanan dan sedekah. Alhamdulillah setakat ni kalau hujung bulan aku takkan pernah kekeringan duit dan tak perlu cut perbelanjaan aku.

Aku memang tak suka kalau hujung bulan aku kena cut perbelanjaan aku sebab aku tak nak stress tak cukup duit bila hujung bulan.

Aku cuma harap aku dapat income lebih untuk simpanan dan aku konfius dengan perangai aku macam mana yang aku cerita kat atas tu, adakah aku kedekut? Dan apa-apa yang aku perlu lakukan agar aku dapat rezeki lebih.

Terima Kasih.

– Anita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *