Mensyukuri Rezeki

Saya tertarik dengan kisah makcik T20 (https://iiumc.com/t20-yang-tersepit/). Dia rasa hidupnya tidak cukup dari segi material. Apa apa imbuhan dari kerajaan tak dapat.

Tapi makcik T20 tetap positif. Masih memasang macam macam impian. Keep your positive thinking, Semoga makcik T20 berjaya mencapai impian.

Sebenarnya kita sebagai manusia ni memanglah rasa nak money freedom. Takde kekangan untuk beli macam macam, bercuti bila bila masa. Sebab apa? Kita ni terpengaruh sangat dengan media sosial.

Bila ada media sosial, kita rasa kehidupan kita kurang ataupun kita berlumba lumba nak paparkan lifestyle mewah macam baju bertukar hari hari tak ulang baju yang sama.

Every weekend boleh buat weekend getaway. Cuti panjang boleh naik kapal terbang. Anak boleh hantar tadika kayangan, anak pergi sekolah pun pakai beg n peralatan smiggle, kalau berjalan, dari mak bapak anak semua pakai baju kasut berjenama.

Beli starbucks selang sehari, makan kedai mewah chicken chop sepinggan RM40.

Dulu, masa saya kerja, saya selalu rasa tak cukup. Komitmen keluarga dikongsi dengan suami. 80:20. Saya 20 tu.

Saya selalu berfikir fikir apa jenis bisnes yang saya nak buat. Saya nak majukan bisnes supaya saya boleh jadi fulltime housewife yang ada income.

Tapi hajat tu tak pernah tercapai. Sehinggalah kedatangan pandemik covid19. Agaknya cakap cakap saya selama ni jadi doa dan akhirnya saya jobless.

Dah la jobless. Bisnes pun tak ada.

Sebenarnya ada bisnes yang saya boleh buat. Kecil kecilan. Saya dah cuba. Ada sambutan. Tapi saya malas.

Saya seronok sangat menikmati kehidupan sebagai surirumah pemalas. Makan pun selalu nak beli je padahal masa kerja dulu, sebelum balik dah berfikir fikir nak masak apa.

Sebelum sampai rumah singgah mini market beli bahan dan balik rumah, tak salin baju kerja terus masak. Suami balik kerja, dinner pun dah siap. Anak pun dah mandi.

Sekarang adalah sikit sikit part time yang saya buat, tapi kalau ada job, adalah. Kalau takde. Melangut je lah. Pagi pagi tunggu air crash investigation di national geographic sambil sidai kain. Sementara tu tengok anak pdpr.

Tapi….. sejak saya tak bekerja ni, saya rasa hidup saya dan keluarga saya tak susah. Dulu saya takut sangat kalau hilang satu income, macamana kami nak survive?

Rupanya, banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga. Macam untuk smartphone saya dan anak anak, kami dah ambil pakej postpaid yang paling basic.

Lagipun kat rumah dah ada unifi. Saya pun duduk kat rumah gunakan phone sekadar nak main toonblast, whatsapp, tengok fb dan ig , buka jobstreet dan email. Jimat beratus kat situ.

Selepas pkp tahun lepas waktu anak anak dah sekolah, setiap hari saya sediakan bekal.

Jadi duit belanja dari RM4, tinggal RM2. Itupun sekadar spare kot tetiba nak beli aiskrim atau air milo kat sekolah. Selalunya diorang tak belanja pun sebab tak boleh ke kantin.

Tahun ni, saya belikan anak anak beg dan pensil box dari shopee dan MR Diy je. Tak lagi beg smiggle. Jimat banyak. Beg pun cantik cantik.

Masih nak pakai kasut/ baju berjenama? Boleh. Kami dah rajin pergi mitsui, pergi design village penang. Beli kasut/ baju yang off season. Murah banyak.

Kalau dulu, suami saya sentiasa nak pakai adidas ultraboost, sekarang dah downgrade ke kasut brooks ghost. (Bukan design terbaru) Lebih murah dan yang penting, selesa.

Kami masih boleh bagi anak makan mcd, kfc, pizza setiap minggu. Saya pun tak tahu macamana suami saya manage perbelanjaannya. Tapi tanpa gaji saya pun masih cukup.

Kami tak dapat moratorium. Kereta masih kena bayar, rumah yang dibeli masih kena bayar, rumah sewa yang kami duduki ni pun masih kena bayar. Bil utiliti apatah lagi.

Tapi, yang menariknya, saya rasa sejak saya tak bekerja ni, elaun/wang nafkah yang saya dapat dari suami lebih banyak dari masa saya kerja dulu.

Dulu saya selalu baca dalam iium confession, ramai para isteri yang kata dulu dia bekerja dan sekarang dah tak bekerja.

Masa bekerja, selalu rasa ekonomi keluarga tak cukup. Tapi sejak berhenti dan suami je yang bekerja, rasa duit tu cukup untuk perbelanjaan keluarga malahan kadang kadang berlebih.

Saya skeptikal dulu. Tapi sekarang, saya percaya. Sebab dah berlaku pada saya. Entah macamana. Tapi cukup.

Alhamdulillah juga. Sebentar tadi saya baru lepas meeting dengan seseorang. Beliau tawarkan saya bekerja part time dengan syarikatnya. Waktu kerja cuma 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari dengan gaji RM1.6k sebulan.

Jauh beza dengan gaji saya sebelum jobless. Tapi, pada saya, itu rezeki. Dah berbulan saya jobless. Harapkan isinar dan ilestari je.

Kerja lebih kurang 4 jam sehari. Isnin hingga jumaat. Saya sempat untuk ambil anak saya yang nanti akan balik sekolah pukul 1.30 petang dan saya boleh bagi tumpuan pada pembelajaran anak saya belah petangnya.

Saya boleh lipat kain, basuh kain belah petang. Saya boleh tidur petang juga.

Dulu , masa kerja, gaji tinggi tapi otak penat, badan penat. Responsibility tinggi. Jaga staff sampai 20 orang. Balik rumah penat. Tak sempat tengok pembelajaran anak. Malam pukul 9 dah masuk bilik nak tidur.

Rezeki, walau tak datang dalam bentuk duit yang melimpah ruah, tapi, ada rezeki untuk bersama keluarga.

Anak anak pun semakin besar. Nanti diaorang pun tinggalkan rumah. Kalau bukan sekarang, bila nak cipta kenangan manis dan quality time dengan anak anak?

Apa pun tahap ekonomi keluarga kita, saya harap kita semua dapat menikmati kehidupan dengan gembira dan sihat.

Bersyukur dengan apa yang berlaku dan apa sahaja rezeki yang dikurniakan kepada kita. Berbelanja mengikut kemampuan. Its okay untuk downgradekan diri sendiri ikut situasi.

Bersyukur dan live life happily.

– Lola (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit