Asalmkm semua, salam ramadhan buat admin dan pembaca. Jika confession ni di approve, maka terima ksh admin.
Aku nak kongsi psal ayatul kursi.
Dari kecil mak selalu pesan, sebelum keluar rumah baca ayatul kursi, baca ayat penggerak, dan 3 Qul.
Aku ni pemalas. Jadi kalau rajin aku cuma baca ayatul kursi ja. Tu pun kalau rajin.
Satu hari aku balik dari sekolah, ada anging tengah makan tepi jalan. Bila dia sedar aku ada kat situ, dia mula menyalak dgn tunjuk gigi taring dia. Aku ni jenis takut ngan anjing, memang gelabah masa tu. Anjing tu memang dah bersiap sedia nak kejar dah. Aku kenal anjing tu. Dia gila sikit. Milik jiran aku.
Aku teringat mak pesan, baca ayatul kursi masa kita takut dan dalam keadaan bahaya. Aku pun baca, kaki aku dah start langkah nak lari. Tapi belum sempat habis, anjing tu lari ketakutan. Tadi garang bukan main. Tu keajaiban pertama Allah tunjuk bila yakim dengan ayat al quran.
Kedua masa aku bawa kereta. Ada polis tengahh check road tex(btul ke tak eja ni) time tu aku gelabah sbb baru perasan aku road tex aku dah tamat. Ada la dua tiga buah kereta dan motor kena tahan di bahu jalan. Aku ingatt pesan mak. Baca ayatul kursi. Ulang baca sampai tuba giliran aku. Redha ja klau kena. Tapi polis tu macam tak nampak aku. Dia kasi aku jalan. Terkejut aku time tu. Ni satu keajaiban aku alami.
Ketiga masa aku pergi pejabat pos. Masa tu ramai sangat orang. Bila ambil nombor giliran memang beratus la nbor aku dapat. Aku pun baca ayatul kursi. Moga Allah mudahkan segala urusan aku. Tiba2 datang sorang kakak bagi aku nombor. Dia terambil dua nombor. Seronok bukan kepalang, nombor aku dalam dua ratus something dan aku dapat nombor 100 something di mana nombor tu tunggu lagi 3 nombor lain je nak sampai giliran dia. Ajaib.
Keajaiban keempat aku dapat lecturer yg panas baran sikit. Benda kecil pun dia nak sergah. Aku pulak tak leh ngan orang garang macam ni, aku gelabah. Bila time presentation memang ada ja group yang kena marah ngan dia. Aku pun baca ayatul kursi. Teringat pesan mak, kalau jumpa org zalim,kejam dan garang baca ayat kursi dan hembus kat dia. Dengan izin Allah dia lembut hati. Aku pun buat,baca tujuh kali. Diam2 aku hembus dari jauh. Kikiki…alhamdulillah setiap kali group aku present, dia x pernah marah. Macam tak ada apa2.
Aku pernah alami pngalaman histeria. Tapi aku tak kena. Dulu aku ada msuk politeknik. Masa tu orentasi. Aku memg dh biasakan diri, paling malas aku baca ayatul kursi,kalau rajin aku baca la doa penggerak dan lain2 surah. Alhamdulillah aku di lindungi Allah. Hampir semua pelajar permpuan kena histeria masa tu. Allah jaga aku.
Disebabkn dh terbiasa amal, bila aku mimpi seram aku terbaca juga dalam mimpi. Aku pernah kena tindih. Aku baca ayat kursi ni dalam keadaan separa sedar sampai aku terjaga sendiri.
Aku da sorang adik. Bila suruh amal ayatul kursi, dia tak berapa percaya. Dia ego. Satu hari entah macam mana tangannya terlekat dlam bekas besi. Kalau nak ikutkan mustahil tangan tu boleh masuk ke dalam, kecil je lubang. Berhempas pulas la aku dok tolong dia. Berjam juga la. Masa dia duduk nak rehat sekejap, aku suruh dia baca ayatul kursi. Moga Allah mudhkn. Bila habis saja dia baca, entah macam mana tangan dia terkeluar dri bekas besi tu. Mudah ja. Dia pun mcm tak percaya.
Disini aku kngsi dgn korang bukan nk suruh korang obses ngan ayatul kursi. Tapi nak korang yakin dengan ayat al quran milik Allah. Yakin dan amal. In sya Allah kita akan di lindungi Allah.
Dulu aku hanya amal ayat kursi, sbb yg tu ja aku tahu selain al fatihah. Tapu sejak Allah tunjuk kekuasaannya aku dh belajar bc Al quran, dn cb hafal surah lain.
Ayat al quran semua hebat belaka. Kerana yang mencipta adalah Allah. Yakin dan amal.
Sekian.
– cik s
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Areff Arman
Wanie MatZin
Ejaan dia roadtax.
Adrin Abdul Wahab.. ayat penggerak tu ape eh..? huhu
B
Ayat pendinding diri : “Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…”
wahh Adrin Abdul Wahab bg clue B.. igtkn pe la b td tu.. rpenye bismillah 5 eh hehe.. tq Nu Ndhrhh
Apa kau ni
Hisam Shapirin
Sypn yakin dgn ayat kursi. Dlu time study klo balik sorg2 dr mahalah lain ke mahalah sy mesti bc ulang2 ayat kursi dlm hati. Alhamdulillah xde pape. Even lalu tmpt2 keras mcm pokok besar belakang mahalah asma tu. Kwn sy plak cerita, ayah dia kena santau siam. 3 bulan kena smpaikn mcm tinggal kulit dgn tulang n da xkenal org. Da usaha panggil ustz sana sini. Xde kesan. Ayah dia smpai bleh ckp bahasa siam kdg 2. Then kwn sy ni da abes akal, dia bc ayat kursi dr lepas isyak smpai nk dkt subuh. Dia bc kt tepi ayah dia. Esk paginya tu, ayah dia cri dia. Alhamdulillah ayah dia elok smpai skg.
Lg sorg plak kwn sy share, dia tgk kt rncgn mana tah kt tv9 x silap. Dia kata klo nk tau dlm bdn kita ada gangguan ke x, bc ayat kursi non stop lepas isyak. If rs sesuatu mcm x selesa ke apa ke, better pg cek kt mana2 perubatan islam. Kwn sy tu buat. N dia rs ada something kt bdn dia. Esk pg lepas subuh dia ulang lg. Dia rs sama jgk. Esk tu jgk dia n suami g darulsyifa. N bila kaki dia jejak je tmpt tu, dia terus rs takut n sedih. Bila dbacakn ruqyah, mmg btul ada jin menumpang kt rahim dia.
So kesimpulannya, mmg ayat kursi power sbgaimana yg confessor ni ckp.
Seriau pulak yg cerita kedua tu.. ;(
bole kongsikan x tntg pokok besar blkg mahalah asma tu? knapa dgn pkok tu?
Ms sy belajar dlu. Byk cerita2 seram kt situ. Ada org cerita. Budak2 yg balik malam lalu situ tjumpa sorg sis duduk mencangkung menghadap pokok tu tgh malam. Bila tegur x sahut. 2 yg sy igt la antara ceritanya. Da 5 thn tinggal mahalah asma. X igt sgt da.
Wan Syafiqah Husna. Aah. Kwn sy ni da 2 thn lbh kawen tp blm ada rezeki anak lg. Period dia pn ting tong. Dia saja2 try bc ayat kursi tu lepas isyak dgn suami dia. Tup2 dia rs pelik. 2 yg dia terus pg berubat tu.
Athirah Razak
wow, thanks for sharing ??
True story. Pernah naik satu bas full of PATI , and time tu sy sorg perempuan. Ontheway ke Bandar Batu Pahat, sepanjang jalan rasa takut tu Allah je yg tahu. Teringat, abah kata, amalkan ayat kursi- ayat kursi- bismillah 6. Bacaaaa sepanjangggg jalan, Alhamdulillah takde apa berlaku.
Lagi satu story, biasalah hidup student ank manja mak. Tiap minggu nak balik. Tp tabiat buruk sy suka beli tiket bas last minute. Time tu nak naik time tu la baru nak beli. Tiket bas ke Batu Pahat dpd Klang pulak tak banyak. Pagi tu dah call dah abah “kakak gerak dari Palam pukul 6.30 naik bas rapid sampai Klang dalam pukul 7.30 InsyaAllah sempat naik bas Trans pukul 8.30 pagi”. TAPI ! Bas rapid pukul 6.30 dah terlepas, tunggu utk yg pukul 7 lebih. Pun takda. Dah risau dah ni. Last2 pukul 8 baru ada. Yg pernah lalu Puncak Alam – Klang tau la cemana jalan kt Meru tu skrg teruknya en. Dgn bas rapid berhenti2 tu, nak kejar bas pukul 830 ke BP. Ayatul kursi tak lekang dari mulut. Hati dah debo takut tak sempat. Pukul 8.25 sampai Klang Central. Berlari naik atas beli tiket, Alhamdulillah ! Ngam2 dapat naik bas ke Batu Pahta pukul 8.30 pagi
Moral of the story, jangan beli tiket last minute. Hahahaha. * sorry terpanjang pulak komen *
Oh palam, hai saya salam
Mana2 ayat pun kalau kita amal n yakin..(selawat ke atas nabi or tasbih sekalipun) semua menjadi.. yg penting yakin yg Allah lah satu2nya tempat kita memohon pertolongan… sya pernah separa dlm mimpi smbil baca ayat qursi tu.. n pernah gak la nk kene tarik oleh something kat tndas kolej tp mulut masa tu sempat ucap subhanAllah je bende tu lepas.. yg penting yakinlah hanya Allah pelindung kita..
Alia Natasya Amran
NOura Ann
Nur Syamimi Izzati Roslan II selalu amalkan ayat kursy.. yakin dengan Allah.. inn shaa Allah akan mendapat prtolongan Allah utk abah
Atiqah Hisamuddin esok balik, byk byk baca ayat kursi tau
Okay terima kasih kakya :)
Sama sama dik :*
Thank you confessor
Subhanallah :)
Ana Nurfatihah Wan Siti Hajar
Ingat x yg kite cite tu? Yusdiana Yazid
Pernah sekali nak exam time tu…malam sebelumnya baca buku memang apa pun tak lekat…pagi tu lepas subuh sabung lagi tapi sekadar membaca sekilas…siap2 semua nak pergi exam, baca ayat kursi, minta Allah permudahkan…habit saya sebelum jawab exam baca Al Asr dan As Sharh tapi time tu tambah lagi ayat kursi…
Alhamdulillah..semutttt…
Nur Liyana Rashid
So now we can skip roadtax kikikiki.
Ya. Sy pun alami..ayat kursi pas baca tiup d bdan..sluruh bdan.. klu mmpi tu pun sama.. lawan guna ayat kursi..ayat kursi ni kalam Allah..jd Allah maha brkuasa ke atas smua prkara d langit dan bumi.
Eiza Salwani
Tq dik..akak pun pengamal ayt kursi setiap kali lps solat n dah jd zikir plak.dgn cite adik ni akk makin yakin dgn amalan ni..
Sy suka baca doa rabbisrohli sodri..wa yasirli amri… masa nk cari parking…macam tak ada kna mengena da tu dgn parking.. tapi tahap keyakinan kita pada Allah…. Alhamdulillah.. sentiasa dpt kalau kita minta dgn Dia..
Faizah Farahin
Nor Faezan bismmillah..
Nurul Iman Yusoff
Zulcarlnine Carl
Ummu Habibah
Saya pn start mengamalkan ayat kursi selepas dgr kisah dari abg ipar. Kwn dia accident jatuh gaung, kereta teruk tp dia alhamdulillah selamat. Setiap kali keluar rumah mmg xtinggal baca..
Nazrin Yen
allahuakbar..semuanya dgn kuasa allah..