salah ke solat dhuha?

aku nak tanya dekat korang n aku percaya antara korang ada yang tahu hukum dan boleh buktikan dgn dalil dalil dr al quran sbb aku buntu..

mcm tajuk dekat atas tadi salah ke solat dhuha ? aku bukan baik sgt ,tapi aku cuba jadi baik dgn berubah untuk mengamalkan solat dhuha hari hari , yup aku cuba sedaya upaya untuk buat hari hari walaupun kdg terdetik dekat hati aku nie malas nak buat.

aku bekerja , ada satu hari tu ketua jabatan aku panggil aku sbb tahu aku pg solat dhuha dekat surau kejap , dia kate dia cri aku tak jumpa dr pagi , demi allah aku cuma ambil masa dlm 10 minit je pg solat sekejap dan aku pastikan waktu tu kerja aku semua dah siap dah , dan ketua jbtan aku takde pulak bg task ape ape dekat aku so aku consider takde kerja lah untuk waktu tu n ketua jbtn aku tk ckp pape pun ad tugasan kejap lg ke ape ,

dia panggil aku masuk bilik n tnye aku pergi mana , aku cuma ckp pergi solat dhuha kejap ,mencerlung mata dia tgk aku smbil dia tgk jam "tak sangka ye u kerja pun boleh solat, sekarang baru pukul berapa" dia mmg marah aku gila gila hari tu , aku ? diam je lah.

tapi dlm hati aku sentap allah je tahu , seolah olah aku pg mengular minum kopi kat kedai berejam , yg aku sedih tu ayat dia ckp " jgn smpai gaji yg u dpt tak berkat sbb u kerja tk ikhlas , jgn ingat I tak tahu solat dhuha , tu cuma solat sunat je kan buat bila berkelapangan " pada aku aku pg solat tu sama lah masa yg aku amek untuk pergi tandas , tapi knp aku pg solat dhuha yg kene marah , hurm.

kakak tmpat kerja aku siap bg cdgn lg , katenye kalau dia ad jgn ckp nk pergi solat dhuha , ckp nk pg tandas sakit perut ke sakit kepala tp aku mcm allah itu pun nk kene tipu ke aku nk solat je kot.

malam pada aku kene marah tu , mak pada ketua jbtn aku sakit , sampai dia amek EL seminggu , staff lain semua ckp "tulah dah kene kifarah , sekejap je allah balas" , sbb pd dorang ketua jbtn aku marah aku tanpa alasan kukuh , takde sbb pun nk marah meningking gtu kat aku , hanya sbb aku pg solat dhuha kejap je dia marah marah mcm aku mencuri atau mengulat berejam.

bila aku utarakan masalah aku , one of kwn aku bidas aku , dia kate kerja tu wajib sbb dibayar gaji , solat dhuha tu cume sunat aje , jgn melebihkan yg sunat tp abaikan yg wajib, allah aku buat dhuha sbb wktu tu tkde kerja , kerja aku siap dah , kalau aku tahu ad kerja lg yg ketua jbtn aku nk bg , aku tak buat dhuha tu dulu , lebih baik aku buat dhuha dr aku tak buat ape bual kosong dgn staff lain , sedih lah , rasa cm nk benti keje , warghhh !!

fine kalau betul lah solat dhuha tu melanggar peraturan kerja aku buat waktu aku cuti je , tapi jgn lah ckp gaji aku tak berkat sbb gaji tu aku bg mak ayah aku , adik adik aku makan , hurm. dia punye sebak smpai bengkak mata aku seharian.

dah hampir seminggu dah kisah tu tp aku tetap tk tahu jwpn dia , salah ke korang aku solat dhuha waktu kerja ? tak lama pun 10 minit je , sepanjang seminggu nie ketua jbtn aku takde so aku tetap buat jgk dhuha dekat tmpat kerja , harap bole bantu aku.

– unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Tak salah sis.. Allah uji je tu. Mmg kebykn yg amalkan solat dhuha diuji mcm ni termasuk saya.

    Allah uji org bising masa kita solat, smpai nk baca pun tak khusyuk, Allah uji masa solat tu ada org sibuk panggil2.. macam2 lah.

    Tp takpe, mgkin dia berpegang pd “dhuha tu sunat je tak buat pun takpe” mgkin..

    Misal kata sis solat dhuha di lain hari dan perkara ni terjadi lagi smpai memudaratkan keadaan sis, sis boleh tukar amalan sunat dgn solat tahajjud malam2.. solat sunat qobliah & ba’diah.. inshaa Allah. solat sunat byk sgt yg boleh kita buat.

    Mgkin sis dh buat semua tu dan lebih byk beramal dari saya, Allahua’lam.. saya dgn rendah hati cadangkan je..

    Tabah ya sis.. Ramadhan Kareem.. ^_^

  2. Saudara confessor, sy dulu masa kerja buat solat dhuha kat rumah siap2 sebelum pergi kerja. Sbb sy takut x sempat dan mengganggu tugasan saya. Solat dhuda mmg afdal dilakukan pukul 10 lebih ke atas tp waktu dhuha masuk selepas waktu syuruk jd kita dah boleh solat masa masuk dhuha.. ini sekadar cdgn saya, buat lah solat siap2 di rumah sejurus masuk waktu dhuha.. maka hati kita lapang sbb x terkejar2, tak risau pandangan boss dn rakan sekerja. Sekadar pndgn dr pengalaman sy.

  3. saya ada terbaca kisah, seorang guru besar nampak gurunya solat dhuha di surau. lalu dia panggil guru tersebut, bertanya dan akhirnya dia suruh guru tersebut kembali ke bilik guru buat tugasan hakiki (walau takde kelas) seperti semak buku murid, sedia bahan pengajaran dll.

    sebabnya? menurut guru besar tersebut, buat tugas hakiki = wajib manakala solat dhuha = sunat. maka pd pandangan guru besar itu, kena dahulukan yg wajib.

  4. bos aku cina xkesah pon aku solat 10-20-30 mnt even waktu kerja..siap tggu aku habis solat dlu bru pggl ..aku secretly doakn moga2 die dpt hidayah..moga2 bos ko pon berlembut hati..amin

  5. Habis time kerja mengumpat sana sini, bertepuk2 laki pompuan; berkat pulak rezeki? Dah amik 10 minit untuk dhuha gantilah 10 minit tu balik. Dtg awl kerja ker balik lewat skit ker. Buat ot tpi tak claim ker untuk ganti masa. Tak salah nk dhuha. Kira samalah klu mengular masa yg hilang tu ganti ah balik nanti. Org ckp lah sya sampaikan jer

  6. ketua ko marah bukan sebab solat dhuha tp sebab dia tak jumpa cari ko. bgtau siap2 la. bos, saya nak pegi solat jap. kalau dia tak bg tak yah la pegi. mmg solat tu sunat pun.

  7. Tak perlu pendam² kalau dah sampai tahap runsing macam ini.

    Bagitahu sahaja ketua jabatan. Kamu solat sebab ada waktu lapang. Dan tak ada kerja yang perlu diutamakan waktu itu. Diam, memanglah runsing sampai ke hari ini.

    Lagi satu, solat sunat sebelum Subuh adalah lebih baik dari segala isi dunia. Amalkan. Boleh cari hadis mengenainya

  8. x perlu dalil…kte bukan ahli dalil…solat dhuha mmg dilakukan nabi..dlm dunia kte skrg prlu liht pd situasi untk pelaksanaanya..

    Bincg dengan bos elok2…klau die x bgi…x perlu solat dhuha…wktu dhuha ni pnjg..klau rse x sesuai dn x selesa brhenti la krja…termasuk dlm soal amanah dlm berkerja soal ni…

  9. Dekat company sy, solt dhuha dh mcm amln wjib. Bos sume xkesa. Tp dorg just pesan, klu solat td 10 min, blik la lmbt 10 min@ curi time rehat kita 10 min bt keje. So kira topup blik cmtu. Huhu

  10. Kau mkn gaji dgn majikan. Mmg kne minta izin utk solat sunat. Klu solat fardhu tu lain cite. Mmg time tu keja dh siap tp kne juga minta izin sbab kau dibayar gaji utk bekerja

  11. Solat dhuha tu boleh diqada’ dgn syarat sdh bniat tp thalang utk mlakukannya…jd saudara bolehlah mqada’ dhula jika ada urusan lain yg lbih wajib..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *