Reply to ‘aku nak bunuh diri’

Assalamualaikum dik no name,

Akak ada baca confession adik pasal hadap dua masalah sekali gus. Bila akak baca confession adik tu, akak jadi takut.

Hati akak ni tak tenteram memikirkan kenapa adik nak ikut jejak langkah akak. Meh akak nak cerita serba serbi kisah hidup akak. Moga boleh jadi pedoman buat hidup adik.

Akak hidup dah 21 tahun dan dalam 21 tahun tu macam-macam akak hadapi. Namakan je..

Buli?
Cabul?
Mak bapak hampir nak bercerai?
Putus cinta?
Gagal akademik?
Kawan khianat?
Kena pulau?
Difitnah?
Kena gangguan jin?
Kena jumpa psikiatri?

Akak dah hadap semua tu. Yes, akak cuba bunuh diri dan disebabkan akak pernah buat cubaan membunuh diri, akak end up kena jumpa psikiatri.

Jangan fikir ujian akak habis dekat situ je. Berita akak kena jumpa psikiatri tersebar di kampus dan akak digelar pulak dengan pelbagai nama.

Ohh, akak pernah cuba bunuh diri tiga kali dan setiap kali akak nak bunuh diri mesti ada orang sempat selamatkan. Bukan, mesti Allah selamatkan…

First attempt akak umur 14 tahun, akak give up dengan hidup..akak dah tak tahan constantly kena buli jadi akak panjat balkoni sekolah. Akak dah nak terjun, kawan akak sempat tarik akak balik. Dia pujuk akak dalam keadaan dia menggeletar.

Second attempt, akak stress sebab kena pulau dekat campus (digelar budak hantu sebab kena histeria). Akak makan pil berpuluh-puluh bijik dan roommate akak nampak. Dia terus jolok jari dalam mulut akak supaya akak muntahkan balik. Dia buat sampai akak muntah kosong.

Third attempt, akak kelar tangan dengan pisau lipat sebab akak tak tahan dengar suara-suara negatif hari-hari dan inilah cubaan yang buat akak kena pergi jumpa psikiatri which lead akak ke ujian seterusnya digelar dengan pelbagai nama.

Satu hari akak duduk diam, akak fikir balik liku-liku hidup yang akak kena hadapi dan akak perasan yang decision akak pada usia 14 tahun tu yang jadikan akak sekarang. One thing lead to another.

Cuba kalau akak kuat masa usia 14 tahun tu mesti akak tak buat lagi 2 keputusan bodoh tu kan?

Apa pun benda dah berlaku, sekarang akak bersyukur Allah selamatkan akak dan bagi peluang untuk akak mulakan hidup baru. Doktor pun dah isytiharkan akak sembuh.

So kalau adik rasa bunuh diri keputusan yang bijak. Awal-awal akak cakap tak..ianya tak bijak. Okay? Akak ulang sekali lagi ianya tak bijak dan tolong…tolonglah jangan ikut jejak langkah akak.

Nasihat kedua akak untuk adik, kalau rasa ujian adik tu dah terlalu berat bayangkan ujian orang lain.

Adik, mungkin parents nak bercerai. At least dorang masih hidup. Adik bayangkan dua beradik yang hilang mak ayah dalam kemalangan DUKE tu. Sekelip mata hilang tempat bermanja, berkasih dan mengadu.

Adik kata stress sebab putus cinta, adik bayangkan isteri yang hilang suami dalam kehilangan MH370 dan isteri kena tembak di udara kapal terbang MH17.

Dorang lebih stress adik, dorang lebih teruk dan sedih. Dorang lebih layak untuk cakap give up dengan hidup but they don't. Dorang terima dan move on.

Apa lagi alasan yang adik ada? Adik sebenarnya takda alasan dan tak layak untuk cakap give up. Because for me…your problem baru sebesar semut.

Please la don't be stupid like me. Buang silly thoughts tu, kuatkan diri bergerak ke depan.

Allah ada sayang! Kalau rasa lelah lari cepat-cepat ke dakapan Allah.

Akak perasaan kehadiran Allah lambat..terlalu hidup dalam emosi dan bergantung pada manusia..look what happened to me.

Jadi akak nak sedarkan adik. Allah is here! Mintak tolong dengan Allah adik.

Just be strong sayang…

– Akak Qaisara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Di bumi ini ada orang yang paling bodoh. Nak tahu siapa? dialah orang yang bunuh diri.
    Disangkakan keresahan dan kesedihan serta kesulitannya akan hilang selepas mati, rupanya di sana nanti “Farji’..farji’ ”
    “Kembalikanlah kami ke dunia semula supaya kami lakukan amal2 soleh, sesungguhnya kami sekarang telah yakin”
    Nescaya, biarpun berair mata darah sekalipun, orang yang mati bunuh diri tak akan kembali ke dunia dan tidak akan cium bau syurga.

  2. Setiap kes yang masuk ke Jabatan Kecemasan dan ada tanda2 suicidal attempt akn dirujuk ke psychiatric.
    Bukan sebab anda gila.
    Tp Dr bahagian tu lebih soft spoken + communication skill yg baik.
    Lebih kurang mcm kaunseling.

  3. Usah bersedih jika kita diuji Allah. Hidup ini merupakan satu ujian kepada makhluk Allah dan di akhirat kita akan mendapat balasan ke atas apa-apa jua yang kita lakukan di dunia ini. Oleh itu setiap yang berlaku terhadap diri kita merupakan satu ujian. Lagi susah kita mendapat ujian, lagi tinggilah maqam kita di sisi Allah SWT. Jangan mengeluh, menyalahkan, dan merungut apabila menerima ujian Allah, kerana Allah sedang menyediakan markah atau pahala yang tinggi kepada hamba-Nya yang reda.

    –Prof. Muhaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *