dengar sini aku nak kata,

saban hari, makin berkurang rasa hormat.
saban hari, makin bertambah rasa meluat.

sehelai kain di muka,
itu pakaian isteri baginda,
jaga adab, jaga tutur kata,
gusar jadi fitnah buat agama.

kesal…
niqab zaman ini, bukan lagi perisai buat wanita.
niqab zaman ini, bahkan jadi senjata menggoda jejaka.

duhai niqabis 'hipster',
hentikanlah ber-maskara ber-eyeliner di mata,
posing dengan lirikan manja,
untuk apa?

duhai niqabis 'hipster',
tak mengapa upload gambar di facebook, instagram dan twitter,
dengan alasan mudah menjejaki rakan sebaya,
tetapi bukanlah post gambar setiap saat, setiap ketika,
1080p (hd) terzahir segala yang ada di muka.

buat niqabis 'hipster',
ber-seluar dan berpakaian berwarna,
tak pernah dilarang oleh agama,
tetapi tolonglah berpada-pada,
lupakah 'tabarruj' itu apa?

duhai niqabis 'hipster',
melabuhkan hijab melepasi dada,
adalah lebih utama,
dari sehelai kain di muka.

duhai niqabis 'hipster',
ikhtilat tu tolonglah jaga,
tak manis lelaki perempuan bergurau senda,
bukan setakat agama tak suka,
kami yang tengok ni pun sakit mata.

duhai niqabis 'hipster',
ini nasihat terakhir saya,
jangan berniqab ikut trend semasa,
kerana niqab tu tinggi nilainya.

buat yang berniqab kerna-Nya,
aku tabik kalian semua,
aku doa kalian thabat selamanya.

– anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. The number of niqab posts is too damn high.
    :P :P :P
    Selamat berpuasa everyone.
    Dear admin I’m just joking K don’t take it seriously lewlz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *