Ini kisah aku. Aku menyewa bilik kat satu Taman Perumahan ni. Aku duk serumah dgn dua org kakak yg aku tak pernah kenal pun sebelum ni. Nama diorang Lina dengan Hani (bukan nama sebenar). Dua2 dah berkerja.. Dan kedua mereka juga tak solat dan berpakaian seksi sangat. Bila keluar sama-sama dengan diorang, mesti orang akan pandang aku pelik, sebab aku bertudung labuh dan berpurdah.. Aku tak pindah sebab rumah ni dekat sangat dgn surau dan sewanya pula murah..
Suatu hari.. Kak Lina dgn Kak Hani ajak balik rumah mak ayah diorang. Rumah diorang dekat2 je. Aku ikut atas alasan, takkan aku nak duduk rumah sorang sorang. Lepastu aku pun pergi la. Mula pergi rumah Kak Lina dulu. Sampai je sana, aku tgk family dia semua tak solat, semua tak bertudung. Sampai tanya kiblat pun diorang taktau mana. Rasa nak nangis je.
Pastu pergi ke rumah Kak Hani pulak. Sampai2 je terus duk menyembang dgn mak dia.. Okayla mak dia, rajin sembang (keluarganya pun memang jenis tak solat juga) . Dah lama menyembang tu, tiba tiba je mak dia kata, "Kau panggil je aku mak, takpayah panggil makcik2. Abah tu kau anggap je abah kau. Takpayah la dalam rumah tutup2 sangat, pakai stokin bagai. Abah je pun, takdanya nak ada nafsu dgn kau sebab dia anggap kau anak dia. Bukak tudung pun takpa je, bila kau anggap abah tu abah kau takda yg haram dah. Yang buatkan haram, hukum islam ni. Benda mudah nak buat payah". Masa tu aku senyum je, takkan la nak berhujjah dgn orang tua yg takda ilmu kan (teringat kata2 IMAM ASY SYAFIE).
Esoknya kitorang pi jalan beli barang kat Pekan. Masa dlm kereta mak dia kata, "Kau tak pakai berwarna ka? Kawan mak pakai macam kau jugak tapi berwarna. Aku senyap je. Lepastu taklama lepas tu makcik tu kata, "Mak ni jenis terus terang je, mak memang pakai seksi tak bertudung, tapi mak nak cakap orang pakai tudung pakai macam kau ni bukan semua baik. Kadang-kadang lebih teruk lagi. Mak takkata mak tak suka kau pakai macamni, tapi ada sepupu mak tu. Dia pakai sebijik macam kau ni. Tapi lepas anak dia meninggal je dia terus bukak semua takpakai tudung, seksi pulak. Apa yg kita buat ni biar ALLAH je tahu. Sebab mati kita nanti kadang kadang lebih baik dari yg bertudung" Aku macam biasa, diam dan senyum je. Dalam hati aku rasa macam nak nangis. Kesian sangat dengan orang macam ni.
Dan pada hari nak balik ke rumah sewa.. Pakcik tu kata, "kau taknak salam abah ke? Anak abah kekawan Hani semua abah anggap macam anak sendiri. Diorang semua salam abah" Aku cuma tunduk dan senyum je. Pakcik tu kata lagi "ni Abah la" Tapi aku tetap tak salam. Aku cakap "Tak boleh pakcik." Dalam hati aku rasa geramm teramat sangat!
Balik je rumah aku, mak aku dapat tahu yang aku duk serumah dengan orang tak solat. Along aku la cerita kat mak aku. Terus mak aku suruh aku pindah rumah. Aku terpaksa akur.
Bukan tak pernah aku ajak diorang solat. Setiap kali ajak, jawapan tetap sama, "kamu pergi la dulu" sambil ketawa sesama sendiri. Waktu aku solat maghrib, dengan sengaja dibukanya TV rancangan hiburan kuat2 sampai mengganggu solat aku. Menangis aku waktu tu.
Aku doakan semoga keluarga Kak Lina dan Kak Hani di beri Taufik dan Hidayah, diberi petunjuk serta dibukakan hati untuk mendalami ilmu agama. Ampunkan aku Ya ALLAH..
– Anissyafs
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ameen.. selamat berpuasa sis!
Nasib baik pindah dah..
Ramai jenis ni dah.
Solat pun time raya ja.. tu pun kalau pi
Alhamdulillah…aamiin
Dari ikut penceritaan…bukan saja2 dia tak nak pindah…macam ada niat lain, ada nampak usaha dia…sis power cenggini (y)…
dugaan besarr
semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka…..aamennnn
wahhh.. cikgu da pndai dah komen2 kt iium conf nii…
Tgk kaki laaaa……cikgu baca semuanya…….amik pengajaran…amik pengalaman org len…jdkan sebagai sandaran hidup…..bukan hanya melihat dr pengalaman diri sendiri jer……hihihihi
Nak buat jahat sekalipun, solat jgn tinggal, drpd x solat, bnde prtama yg ditny nnt
Semoga sis terus istiqamah dan semoga ex housemate sis di berikan hidayah.kagum dgn sis :)
Teruskn bhubung dgn mereka kalau mmpu. Mnta tlg Allah.
Motif confessor apa ya?
Ramai orang tak solat. Memperlekehkan solat/hukum islam.
motif soalan nie apa ya?
Farah Mardhiah yezzaa apa motiff soalan ni
hanya Allah shj tau ape tujuan sbnr confessor ni. tp dlm confession ni ape yg sy nmpk dia cuma menjelaskan bagaimana kita hidup di zaman fitnah ni dgn muslimah yg x mengambil berat soal penjagaan aurat malah ada muslim yg memperlekehkan agama sendiri. wallahualam
En Siyah Muhammad & Hamidah Harun . betul tu , confessor bukan nak btaw perihal dia , dia cuma nak sampaikan , zaman ni betapa banyak fitnah berlaku , walaupun dia dah cuba menjaga maruah . boleh pulak main anggap2 then dah boleh bukak aurat . Allah . semoga Allah pelihara kita dan keluarga kita , dan Allah beri faham kpd yg tak faham . ?
Maybe dia nk bukak mata kita tentang keadaan umat Islam skrg ni. Jgn persoalkan niat org.
ntah bg sy, sy tgk dlm p0st ni betapa ramai nye umat islam sendiri mempersendakan agama islam..menganggap hukum Allah tidak lg applicable untk zman skrg..mcm salam, pakaian tu…
Aku pun pernah kena macam tu . wuwuwuw . dah lah dia perli kita kaw2 punya . masa tu belum kawen, dia siap cakap ، kau tutup litup ni mana ada lelaki nak , nampak mata je , baju gedobos , tak nampak fitting lah apa lah . haha . aku mampu diam n senyum je , dlm hti nak angkat kaki dh rasa , tp sbb aku tumpang orang , n kat rumah orang , tawakal kat Allah je .
Terima kasih mngceritakan dunia skrng..kita kna tahu umat sekrng tngh sakit..dan sma2 la dia kita dan kwan2 yg lain terlepas dr seksaan Allah..tahniah jgk sis
Nurhani Yusof tgk nama2 tu. Haha
eh..ade lina..kt pun trus teringat kmu n kak kmu..hahaha..
Tu la. Kt baca banyak kali takut2 silap baca nama. Haha. Alhamdulillah adik beradik. So cnfm bukan ktrg. Hehe
opkos bkn korg..teringat nm adik bradik same lak..hihi
Makcik tu defensive sangat kenapa. Boleh pulak dia cakap “orang mcm awak bukan semua baik”. Like are you for real?
kadang orang tak tutup aurat mati dlm keadaan baik dr orang tutup aurat . lulzzzzz .
Ye betul tu tapi perintah Allah kena la ikut.
Tak boleh la guna benda ni sebagai alasan.
Kebanyakan yg x tutup aurat ni mmg dorg akan rasa rimas dan skeptical dgn yg bertutup, konon yg bertutup mesti suci dr buat dosa dan agama tip top. so klu ade sorg dua yg bertutup buat hal mmg semua kena hina secara pukal padahal hati dorg tu yg dah rosak.
Knp sis kluar dri rumah tu??? Aduhhh sygnya
Dalam berkawan, kita pasang niat nak sampaikan islam kepadanya (mereka). Andainya kita ada harapan nak ajak dia/mereka, kita boleh exposekan mereka kepada kekawan kita yg boleh salorkan islam kepada dia/mereka dengan santai kerana takut pulak jadi gaduh. Rasulullah saw didatangkan untuk rahmat sdekelian alam dan beliau menyampaikan Islam secara berhikmah. Andainya beliau kasar dan bengis tentu orang lari dari Islam. So boleh kita ajak kekawan ziarah kita kerumah sewa itu dan kalau dibuat dengan doa dan istiqomah in sha Allah ada kesannya tetapi kena bersabar dan betul betul mintak pertolongan dari Allah. Jika berjaya, seorang saja pun jika dapat kita bawa kepada kebaikan lantaran kita, ganjarannya ialah dunia dan isinya.
Yup betul
Dalam beerkawan ada 2 kemungkinan. Kita dapat pengaruhi mereka kepada kebaikan atau kita sendiri dipengaruhi oleh mereka kepada kehaancuran. Jika ada tanda tanda yg pertama boleh berjaya, teruskan dengan istiqmah; sebaliknya jika ada tanda tanda yg kedua nak mengambil tempat, selamatkan diri dengan berpindah.
Klu dh x solat tu jgn la kacau org solat
Taniah sis dpt jga ttp kan pendrian..kalo sya jdi mak sis pun mst akan suh sis kuar dri rumah tu..bukan ap takut terikut..tmbh pula bila bca cerita sis pasal family diorang..kalo kita dah ajak tapi diorg xnak tmbh dgn mengajak ke arah keburukkan..baik sis kuar..kmi takut dia buat benda2 jht kat sis bub nk sis jadi mcm mrka..walaupun dh kuar rumah sis kawan la dgn mrka lagi..mna tau sis boleh bantu mrka berubah..sis doakan lah saya dpt kawan yg baik2..bub saya ni jenis mudah terikut kawan..
kawan je ngan semua orang , yg baik kita amik yg buruk kita betulkan . hehe . semoga Allah pelihara . ?
Mungkin ini lah antara maksud hadis ni.
Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.
(Hadis riwayat Turmizi)
Semoga diberi hidayah.. buat kita semua.. termasuk readers/followers iiumc ☺
hebat dugaan sis…aku jmp y xsolat..tp, xde la influence aku xsolat n xtutup aurat…kdg2 diarg y ingatkan waktu solat wlpn diarg xsolat…amin2…smg dimakbulkan doa kite sis..
sedih…bangse kita makin jauh!!
I feel u dear dunia dah tenat.
Btw kita dah terlepas dari tgjwb menegur dan lebih baik berhijrah. Moga Allah pelihara kita utk tak tinggal sebumbung dgn org yg tidak solat.
Wah.. seteruk inikah zaman sekarang
Nak buat jahat xyah lah sampai ganggu atau pertikaikan orang buat baik.. mashaAllah. moga diberi hidayah, Allah Aamin yra..
Igt DLM drama je ada org camni..sedih nyeee
may we all be guided to straight path always..
Semoga mereka kembali kpd Islam.
Raslina Mohd Razak
Lia Raz Nuraini Mohd Razak
Sehijau Warna Daun
Hehe apa yg kamu belajar dr kisah ni dik?
Islam hanya pada nama
Yah…. islam hanya pada ic sekali.
mcm macik tu tembak diri sndiri plak.
Nursha’im AzmanNor Shafiqah Balqis